Friday, September 7, 2012

Saya rindu

Hari-hari sibuk dan menyibuk di kolej berlalu seperti biasa. Terkadang terasa penat dengan semua itu, berhenti seketika dan cuba bertenang. bernafas, berfikir, dan kemudian teruskan semula kehidupan.

Waktu rehat itu ialah waktu solat.

Lima kali sehari. mengecas semula iman, taqwa dan tauhid.

Yang saban hari diuji dari setiap penjuru kehidupan.

Kita kidup dalam kepelbagaian.

Budaya, bangsa dan agama. Itu biasa.

Tetapi yang luar biasa ialah cara pandang kita terhadap kehidupan dan juga latar belakang kita. Itu juga faktor tambahan yang sangat penting setelah agama, budaya dan bangsa kita yang mebuatkan kita sebagai 'kita'.

Berbeza itu....

Saya teringat di waktu bulan puasa yang lepas. Berbeza dengan puasa-puasa yang pernah saya lalui sebelum ini. Hanya mampu senyum.

Kadang-kadang geleng kepala. hehe

Manakan tidak, kita dilatih dengan cara hidup berbeza, dan bukan semua orang sama. walaupun kita fikir itulah yang 'terbaik'.

(semestinya apa yang Allah dan Rasulnya ajarkan di dalam Al-Quran ialah yang terbaik, tak ada ragu-ragu. bak kata orang Kodiang , No Doubt about It, The BEST )

*******

"Ummi, puasa kat sana tak sama macam dulu" sambil-sambil menolong ibu di dapur, saya memulakan sesi luah pendapat . Senyum

"kenapa?" ummiku berminat.

Aku senyum

"dulu, semasa di Maahad, kalau solat tarwikh tu, memang wajib. sapa tak buat kena rotan. bukan itu saja, siapa yang solat 8 rakaat pun kena denda. dan yang solat 20 rakaat  pun, kalau solat sendiri tak berjamaah pun kena rotan" teringat kisah dulu di MMAS.

"tapi, sekarang kat sini. sangat berbeza. orang macam kurang ambil peduli berat semua itu. Contohnya, kita tanya nak pergi tarawikh kat mana malam ni? mereka jawab"

"aku tak pergi kut, esok exam. solat kat rumah saja la"

"kami rasa tak larat la hari ni. tak  solat tarwikh kut"

"bahkan ummi, ada yang puasa, tetapi solat? tak nampak pun. hmmm"

"Itu belum cerita pasal baca Al-quran, dulu memang satu kebiasaan la orang baca quran rajin dalam bulan puasa"

"sekarang"

"berbeza sangat" tampa aku sedar, ayam yang digoreng sudah mulai hangus!!

(setelah keadaan makanan selamat)

"itulah, kita berbeza latar belakang. Sebab itulah ummi hantar kamu belajar di situ. Ilmu agama dapat, ilmu akhirat pun dapat" Senyum ummiku menutup bicara.

(dan ayam goreng hari itu adalah ayam gorang yang paling sedap minggu ini!)

Berbeza tak semestinya buruk

Dalam masa yang sama, saya juga belajar banyak perkara. Yang mana tak pernah dilalui dahulu. Contohnya,
berurusan dengan pelbagai orang daripada pelbagai latar dan status.Berlainan agama. Berlainan jantina (sebab dulu kelas tak banyak campur laki perempuan ) Berlainan bahasa.
Dan yang paling menarik ialah

Ramai orang dalam dunia ini hatinya baik, cuma adakah orang dapat melihatnya?

Hati yang baik, ditambah dengan perbuatan yang baik. Memang terbaek!!

Dan semua ini perlukan asas yang membuatkan semua itu dikira sebagai pahala, ilmu dan islam :)

Dan kita jangan jemu dan mengalah dalam menyampaikannya

******

Mungkin post kali ini agak dalam mengarut. Tetapi, itulah yang bermain di fikiran saya. Selalu juga.

Dan inilah sebab saya merasa sangat gembira apabila berjumpa orang-orang yang mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama bahkan lebih baik.

Saya ada terjumpa junior yang bersekolah sama dengan saya dulu. Saya terus gembira.

Berjumpa sahabat-sahabat lama yang sama-sama ditarbiah . Saya bahagia.

Kerana apa? Kerana semua itu mengigatkan diri saya akan asal saya.

Tarbiah.



Ukhwah.

Fikrah.

Tauhid.



Betapa saya rindukan semua kata-kata itu.

serius, saya rindu

benar-benar rindu

:')



: )


4 17 ulasan:

Anonymous said...

Em...betul2, ada benarnya tu, sebab itulah kita kena nampakkan kebiasan yg sudah mula menghilang ini, agar ia mula menjadi kebiasaan kembali...biar ia menjadi qudwah untuk masyarakat di sekeliling kita ^^

Anonymous said...

Jika ditanya mengapa mujadah itu susah...jawablah..kerna syurga itu terasangatlah indah ^^ , selamat berusaha! Caiyok x2

khaliFah_maahad said...

Terima kasih ^_^

mohon doanya :D

Kak TeLeTuBBies said...

kalau bukan kita yg mewujudkan bi'ah solehah tu saper lg kan???

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.