Sunday, April 22, 2012

Cerpen :Bunga Syurga menjemput Kumbang Dunia- Episod 1


Cerpen :Inspirasi Syurga-Episod 1

~Bunga syurga menjemput kumbang dunia~

Oleh M.Muhsin Hairudin

P/s: Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.Tolong betulkan mana yang salah dan tidak sesuai. Komen anda sangat dihargai ^_^

Selamat mebaca
                Kelas kimia pagi itu berjalan seprti biasa. Prof Dr. Faridah walaupun sudah berumur separuh dekad masih lagi cergas mengajar dan bertenaga. Itulah kehebatan orang-orang lama, menjaga makan dan beramal dengan ayat al-quran, umur mereka panjang dan berkat.

                Sekitar 25 orang pelajar sedang mengikuti kelas tersebut. Kelihatannya bilangan golongan perempuan lebih ramai daripada bilangan pelajar lelaki. Perkara ini bukanlah suatu kepelikan. Jika berlaku 20 tahun dahulu. Ianya memang pelik. Tetapi kini, perkara ini menjadi suatu kebiasaan.

                Tit Tit Tit

                Tiba-tiba satu bunyi menggangu tumpuan semua.

                Mata Dr. Faridah melirik ke seluruh kelas.

                Kelihatan seseorang berpaling dan sedikit menunduk.

                “Telefon bimbit siapa itu?” soal Dr. Faridah

                Semua senyap.

                “ Saya prof, maaf. Ini panggilan daripada budak baharu itu” seorang lelaki menjawab.

                “Maksud kamu Taki? Si Yahya Ayyash?” Tanya Dr. Faridah.

                Taki mengangguk-angguk. Seluruh kelas sedikit riuh. Kelihatanya ramai yang terpanggil untuk berkomentar mengenai perkara ini.

                “Di mana dia sekarang?” Dr. Faridah kembali menyoal.

                “Bawah. Boleh saya jemput dia naik ke kelas prof?” kata Taki sambil tersenyum.

                Dr. Faridah hanya mengangguk.

                Taki bangun daripada kerusi dan menuju ke pintu. Seluruh mata memerhatikannya.

                “Siapa agaknya pelajar baru itu ya?”

                “Hensem tidak?”

                “Pandai tidak budak baru itu?

                Soal para pelajar perempuan sesama mereka. Pelajar lelaki hanya berbual kosong.

                Tiba-tiba pintu kelas dibuka.

                Kelihatan Taki sedang melangkah masuk bersama seorang pelajar baru. Muka baru, tidak ada
siapa yang mengenalinya.

                Dia hanya tersenyum dan memberikan salam. Setelah dipersilakan oleh Dr. Faridah, dia
mengambil tempat dihadapan Taki. Bangku kosong sentiasa ada di depan.

                “Baiklah semua . Ini pelajar baru. Dia terlambat mendaftar atas sebab-sebab tertentu. Kamu
semua boleh mengenali beliau lebih lanjut selapas ini. Tetapi sekarang, seperti yang dijanjikan”

                “Kuiz minggu ini” kata Dr. Faridah

                Reaksi seluruh pelajar berubah. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Dan yang tidak suka
lebih ramai daripada yang suka.

                “Semua tutup nota. Kecuali Yahya”

                “ Agak-agak, kamu boleh catch up ?” soal Dr. Faridah sembil tersenyum terhadap pelajar baru
itu.

                “Insya Allah. Saya cuba” jawabnya sambil melirik kertas soalan yang baru saja diedarkan.

                ‘Macam susah saja’ monolong ikhlas dari hati.

*****************************

                Kedai makan itu penuh dengan pelanggan.  Pada waktu-waktu tengah hari begini, kedai itu yang
terkenal dengan menu masakan kampong akan diserbu ramai. Kedudukan yang strategik memang memberikan kesan. Terletidak di pinggir bandar Alor Setar. Banyak pekerja-pekerja pejabat yang berada di bandar raya itu pasti ingin menjamu selera .  Rezeki bagi mereka tuan kedai.

                Kelihatannyaa 4 orang sedang duduk di satu meja. Mungkin sedang menunggu makanan yang dipesan.

                “Macam itu ceritanya. Kamu sudah dapatkan nombor telefon saya daripada dekan. Saya ingatkan kamu dapat daripada mana tadi” Taki bersuara.atau nama penuhnya Takiyuddin.

                “apa-apa pun, terima kasihlah kerana tolong tunjukkan kelas tadi. Penat juga cari kelas tadi. Maklumlah, tempat baru”kata Yahya sambil memegang bahu Taki. Mereka tersenyum.

                “Mana nasi ayam rock ni? Lambatlah” lelaki di sebelah merungut.

                “Betullah. Selalunya tidak lama tunggu. Ini sudah separuh air sudah habis diminum. Tidak sampai-
sampai juga” rakan di hadapan mengiyakan.

                “Ayam rock? Pelik betul namanya. Nasi apa itu?” Yahya kehairanan.

                Mereka semua ketawa. Nampaknya ada seseorang yang masih belum diperkenalkan mengenai nasi ayam rock, nasi ayam yang sangat terkenal di sini. Terkenal kerana keenakkanya dan juga harganya yang sesuai dengan harga pelajar.

                “Nasi ayam rock itu samalah seperti nasi goring ayam biasa. Cuma ayamnya suka lagu rock” kata Taki berjenaka.

                Mereka tetawa. Muka orang baru mengenal nasi ayam rock memang lucu.

                “Ayam dia yang istimewa. Digoreng kecil-kecil seperti popcorn chiken. Sedap atau tidak?
Tanyalah si Firdaus dan si Rafi tu. Peminat setia”

                Firdaus dan Rafi ketawa kecil. Yahya hanya menggelengkan kepala. Macam-macam hal.

Di kejauhan. Sepasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka berempat.

**************************
“Kelas hari ini kita mulakan dengan sesi motivasi” kata Miss Ain. Pensyarah yang bertugas pagi itu. Bilik kuliah sudahpun penuh dengan para pelajar.

Beginilah kebiasaan kelas yang dikendalikan oleh Miss Ain ini. Selain mengajar subjek matematik dan fizik, Miss Ain juga gemar untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada pelajarnya dengan sesi motivasi 5 minit. Prosedurnya mudah, seseorang yang bertuah akan dipilih daripada kalangan pelajar untuk bangun memberikan pengisian motivasi selama 5 minit. Kemudiannya barulah Miss Ain menambah sedikit dan memberikan konklusi. Akal terisi, hati juga terisi.

“Ada cadangan?” kata Miss Ain mencari-cari pelajar bertuah pagi ini.

“Budak baru!” beberapa pelajar melaung memberikan cadangan.

Yahya berasa tidak selesa. Manakan tidak, baru beberapa hari di sini, ingin pula disuruh memberi pengucapan awam. Gugup juga.

Kata Miss Ain sambil tersenyum “silakan”

Seluruh kelas bertepuk tangan. Ceria seperti biasa.

Yahya bangun perlahan-lahan. Didalam fikiranya ligat berfikir isi. Apa yang mahu dikongsi? Nampaknya, tidak ada jalan lain selain berdiri dan berucap.

Setelah berdiri dan memberikan salam , Yahya mula berkongsi. Berkongsi apa yang ada di minda. Agar masuk melalui hati.

“Disebabkan hari ini adalah hari-hari pertama saya disini. Saya juga ingin berkongsi tentang perkara pertama yang dikongsikan kepada kita dalam hidup kita. Kawan-kawan tahu tidak apakah perkara itu?”

Beberapa pelajar menggelang. Selebihnya hanya mendengar. Miss Ain nampaknya sedang memberikan perhatian. Seperti mana perhatian yang diinginkannya oleh pelajarnya ketika kuliah.

“Tentang Tuhan. Kerana awal agama adalah mengenal Allah, tuhan kita. Tuhan sekalian alam. Tuhan kepada apa yang nyata dan yang tersembunyi. Segalanya tentang Dia”

“Siapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhannya. Sebagai contoh, jika kita renung tangan kita, jika kita berfikir sebentar, kita pasti akan dapat melihat kehebatan Tuhan. Cuba gerakkan jari jemari kita. Genggam tangan kita. Kita semua dapat rasakan betapa sempurnyanya sistem yang dicipta Tuhan untuk kita. Betapa bertuahanya kita mendapat nikmat tangan dan jari. Dan apabila digunakan sebaiknya dengan akal fikiran, kita mampu menakluk dunia. Semuanya bermula dengan tangan kita”

“Semua yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Belajar kerana Allah, mendapat pointer yang tinggi kerena Allah, makan juga kerana Allah, bahkan apa sahaja yang kita lakukan. Pastikan niatnya kerana Allah. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Bahkan, dapat pahala percuma” Sengihnya.

“Jadi, mesej utama saya pada hari ini ialah untuk menyatidakan, sepatutnya dalm setiap perkara dalam hidup kita, kita kena rasa kekuasaan tuhan sentiasa bersama kita. Niat hanya kerana Allah”

“Sekian”

Kelas senyap.

"Macam skema saja" gutus hati Yahya.

“Nampaknya ada ustaz dalam kalangan kita”  kedengaran suara-suara daripada belakang.

Mereka semua ketawa dan kemudianya bertepuk tangan.

Miss Ain bangun dan bergerak ke hadapan kelas. Kelas kembali senyap.

“Kesimpulannya , semuanya kerana?”

“Allah” seluruh kelas menjawab.

Miss Ain tersnyum. Kuliah kembali diteruskan.

Di dalam hati Yahya, lega. Lega kerana dapat menyelesaikan semuanya dengan baik. Bukan mudah untuk menjadi budak baru . syukur kepada Allah. Semuanya dipermudahkan.

Mengambil jurusan apapun di universiti, pelajar sepatutnya sibuk dengan belajar dan tugasan. Tidak kisahlah jurusan apa, yang penting semua perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Pelajaran adalah amanah. Amanah yang akan di soal kelak. Setiap sen yang dilaburkan oleh ibubapa kita hendaklah dimanfaatkan sebaiknya. Bukan digunakan untuk perkara-perkara tidak berfaedah.

Waktu ini, mereka ada tugasan di makmal. Menyediakan ujikaji mengenai elektrolisis. Subjek kimia. Apabila tiba waktu makmal, segala kepandaian di minda tidak berguna jika tidak dapat diterjemahkan di tangan.

Teknik memegang bahan, memanaskan, memotong, menitiskan, menggunakan pipete dan segala peralatan makmal memerlukan kesabaran dan teknik yang betul. Dalam ujikaji, sedikit ketidak tepatan data dan isian akan mengakibatkan hasilnya berubah. Inilah yang menyababkan ujikaji selalunya dilakukan banyak kali. Untuk meminimumkan peratusan kesalahan.

“Macam mana ini?” kata Taki merungut.

“Kenapa?” Firdaus disebelah bersuara.

“Ini, mahu masukkan air ke dalam tabung uji ini tanpa ada buih. Air mesti penuh. Tapi, buih tidak mahu. Sudah banyak kali cuba tapi masih tidak menjadi ” Taki mengomel.

Yahya di sebelah memebelek belek buku prosedur. cuba mencari jalan. Hari ini mereka berempat di dalam kumpulan yang sama.  

Yahya tersenyum.

“cuba bagi kepada saya” Yahya pula bersuara.

Taki menyerahkan tabung uji tersebut. Mereka berempat memandang tepat ke arah Yahya.

“bismillah” suara Yahya perlahan.

Tangan yang memegang tabung uji dicelup ke dalam kelalang berisi air. Kemudianya diangkat perlahan-lahan.

Mereka semua mendekatkan wajah ke tabung uji tersebut. Mencari-cari gelembung udara. Tiada! Mereka Berjaya.

Mereka semua ketawa! Akhirnya setelah mencuba beberapa kali.

“Macam mana engkau buat Yahya?” Firdaus hairan.

“ Aku buat tadi tidak jadi pun” tambah Rafi.

Yahya tersengih dan berkata “ Aku jampi”

“Hah? Jampi apa pulak dah?” kata Taki kehairanan.

“Puang tuku nakal, sapa nakal, biar dia rasa!” sebut Yahya perlahan.

Tiba-tiba semua senyap.

Apakah?” Terpancul ayat itu daripada mulut Firdaus.

“Bismillah, dengan nama Allah. Sebab tu jadi tu” kata Yahya bersahaja.

“Bohonglah” kata mereka tiga serentidak.

Yahya ketawa kecil sambil berkata “ Aku baca balik prosedur. Dalam tu ada tulis teknik bagaimana untuk melakukan ujikaji ini dengan tepat. Kita semua tidak baca habis tadi. Semua mahu cepat”

Mereka semua ketawa.

Pelajar-pelajar sekeliling hairan. Ada sesiapa buat lawakkah?

“Kenapa kau kata jampi dengan bismillah tadi?”  Taki menyoal.

“Saja, bagi kita semua ingat Allah juga” jawab Yahya ringkas. Dalam makmal juga mahu ingat Allah. Allah ada di mana saja. Begitu terang Yahya.

***********************

Setelah beberapa bulan di universiti itu, kini Yahya telah dapat menyesuaikan diri. Dia juga kini menjadi teman rapat Taki, Firdaus dan juga Rafi. Ibarat belangkas. Jika di waktu kelas, mereka pasti sebaris. Waktu makan, semeja. Cuma waktu tidur sahaja berpecah. Sampai begitu sekali.

Kebelakangan ini, Yahya agak terganggu dengan seorang pelajar perempuan. Selalu sahaja ada yang ingin dikatakan kepadanya. Itu dan ini. Kadang-kadang mudah pula marah dengan Yahya. Ada saja yang tidak kena. Tetapi, ada sesuatu aura yang agak pelik mengenai perempuan ini. Entahlah, mungkin perasan sendiri fikir dalam hati.

Namun, segalanya berubah apabila sesuatu berlaku. Sesuatu yang tidak mungkin dilupakan Yahya.
Dr Faridah baru keluar meninggalkan dewan kuliah. Pelajar menarik nafas lega.

“Lewat kelas tamat hari ini” ngomel Rafi.

“Macam biasalah, Dr. Faridah. Banyak yang mahu diajarnya. Macamlah kamu tidak biasa” kata Firdaus sambil mencuit tangan sahabatnya itu.

Yahya di sebelah endah tidak endah. Macam-macam perkara bermain di fikiranya. Banyak perkara perlu diselesaikan.

Tiba-tiba, seluruh kelas berubah sunyi. Beberapa pelajar perempuan tampil ke hadapan kelas. Mereka berempat hairan. Seperti ada pengumuman gayanya.

“Hari ini saya mahu membuat pengakuan, saya  suka…”perempuan pertama . Yahya hanya endah tidak endah. Apalah pula halnya ini?

Setelah perempuan pertama habis berkata, pelajar perempuan lain bertepuk tangan dan bersorak. Kini tiba giliran perempuan ke dua.

“Saya mahu buat pengakuan. Saya suka kepada Yahya”

“Suka Yahya pula? Siapalah Yahya itu” Spontan ayat itu muncul di benaknya.

Masih tidak sedar.

Di hadapan kelas ialah si perempuan yang sering cepat naik angin dengan Yahya. Yahya masih lagi endah tidak endah.

“Yahya, dengar tidak? Saya suka kepada kamu!” suara perempuan itu agak meninggi. Ditujukan terus kepada Yahya. Wajahnya memandang Yahya.

Wajah Yahya terus beubah. Terasa deras jangtung Yahya berdegup. Wajahnya panas dengan darah. Terkejut besar.

“Apa?”

“Dengar tidak?” perempuan itu bersuara semula. Wajahnya menunjukkan keihklasan, cumanya diseliputi dengan riak kerisauan.

Mukanya manis, namun kata-katanya itu tidaklah begitu manis bagi Yahya.

Benar, Yahya tidak salah dengar. Telinganya masih lagi sihat dan dapat mendengar dengan jelas. Perkara yang tidak pernah terlintas difikiran berlaku.

Yahya diam. Memikirkan jawapan terbaik.

Seluruh kelas senyap. Kawan-kawan Yahya juga kaku. Mereka menanti jawapan Yahya.

Yahya mula bersuara.

**********
BERSAMBUNG...

1 17 ulasan:

Anonymous said...

nice

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.