Sebagaimana sudah dijangka, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.

Menurut universitipts.com, hanya dalam tempoh lima minggu buku itu diterbitkan. hampir 30,000 naskah sudah terjual. Ini satu rekod bagi industri buku negara ini.

Laporan itu memetik Pengurus PTS Islamika Sdn Bhd (PTS), Imran Azmi.

Berikutan ia laku keras, tidak semua permintaan kedai buku untuk mendapatkan buku itu, mampu dipenuhi jabatan jualan syarikat itu .

“Banyak penjual buku bergerak datang membeli secara pukal dan tunai di PTS. Mereka menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar Uztas Azhar memberi kuliah,” catat web berkenaan.

Universitipts.com menyifatkan faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku ialah populariti Ustaz Azhar sendiri.

Pada masa ini beliau adalah penceramah agama paling diminati ramai di negara ini.

Menerusi buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, beliau merungkai pelbagai persoalan agama dan hukum hakam berkaitan.

Buku ini adalah kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar. Jawapan dipaparkan secara jelas dan padat supaya pembaca lebih memahami persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.

Ustaz Azhar memang tokoh agama yang tidak asing di negara ini. Keunikannya ialah kemampuan menyampaikan ilmu agama secara berkesan menerusi penjelasan mantap yang diselitlkan unsur humor sehingga mampu menarik khalayak pendengar yang ramai.

Buku ini dijual pada harga RM15 dan boleh didapati di kedai buku, rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Anda juga boleh melayari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku terkini PTS.

Menurut universitipts.com, buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses suntingan dan dijangka dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. - Dipetik dari inimajalah.com

p/s: Juga boleh dibeli di Humaira Bookstore cawangan Kuala Terengganu (dalam Giant KT)

Jom Beli Buku Soal Jawab Ustaz Azhar!!


Tahniah Ustaz! semoga terus diberkati Allah dan terus menyampaikan ilmu. ^^