Monday, September 12, 2011

Itu Pakwe saya!?


Itu Pakwe saya

Kelihatan seorang perempuan muda sedang membelek-belak mushaf Al-Quran yang dipamerkan. Nampaknya sangat berminat untuk membelinya untuk koleksi peribadi. Walaupun gaya pakaiannya bertudung , ianya masih agak belum melengkapi pakaian muslimah sebenar.(bersambung di perenggan di bawah. Rugi kalau tidak baca ^^)

Begitulah pandangan ringkas yang boleh saya katakan terhadap apa yang akan terjadi hari ini. Sesuatu yang agak kelakar dan tidak kurang juga ada pengajarannya.

Gaya Pekan

Tempat saya berkerja terletak di tengah-tengah pekan (bandaraya) di Alor setar. Pemandangan pemakaian ala-ala artis memang biasa. Biasa di sini tidak bermaksud saya redha apatah lagi setuju. Jangan ‘biasa’ dengan maksiat dan dosa yang ‘biasa-biasa’. Kerana apa?

Kerana redha dengan maksiat itu, satu maksiat juga.

Sememangnya artis memainkan peranan yang sangat besar dalam gaya pemakaian remaja sekarang. Itu tidak dapat disangkal lagi. Buktinya di bandaraya dan di pusat-pusat beli belah, ramai ‘artis-artis celup’ yang berkeliaran. Tak kurang juga mereka akan memilih pemakaian seperti Yuna dan sewaktu dengannya. Jangan pandang rendah juga pada mereka. Mereka juga antara pembeli setia buku-buku agama dan Al-quran.

Tidak percaya? Percayalah

Taufik dan HIdayah

Siapakah hidayah dan Taufik? Ianya ialah bimbingan ke arah kebaikan dan kemampuan untuk melakukannya (sihat tubuh badan). Kedua-duanya baik. Tetapi lebih baik apabila berpasangan.

Mereka bukan pasangan yang berpacaran. Pakwe nama Taufik, dan aweknya nama Hidayah. Bukan. Tolong jangan salah faham.

Pakwe saya.

Ini adalah isi utama perkongsian kali ini. Saya amat terkejut, bercampur lucu tak kurang juga insaf.

Sambungan daripada perenggan pertama.

“Al-Quran ini berapa?” soal gadis itu.

“ini RM20 sahaja” jawab saya yang bertugas.

Dia mengangguk. setuju untuk beli.

“kerja di KFCkah?” saya cuba beramah bersama pelanggan. Agar mereka senang hati dan datang lagi. Uniformnya tertulis begitu.

“Ya” jawabnya sambil mengeluarkan wang.

“Oh, saya ada seorang kawan yang bekerja di situ. Namanya Nazman (bukan nama sebenar). Kenal?” kebetulan kenalan saya bekerja ditempat yang sama.

“Pakwe saya” balas gadis itu pantas dan girang.

Saya terdiam. Tidak faham.

“Dia itu Pakwe saya” dia cuba menerangkan. Mungkin perasan dengan riak wajah saya yang keliru.

Terkoyak sengih besar daripada perkara saya.

Lucu dengan jawapannya dan cara dia menjawab. Juga lucu yang kawan lama saya sudah ‘berpunya’.

Selama ini , saya mungkin pernah terdengar mengenai orang yang berpacaran dan ber’couple’. Tetapi belum pernah sebegini. Teman wanita ( awek) mengaku dia berpacaran dengan sahabat lama saya. Perkara ini agak lucu bagi saya.

Terkejut

Dalam masa yang sama saya agak terkejut. Kerana saya baru saja berjumpa dengan mata kepala saya dengan orang yang berpacaran ini. Saban waktu penerangan mengenai hukum bercouple dan segala usaha yang dilakukan. Masih lagi wujud.

Insaf

Dan dalam masa yang sama. Saya insaf. Dia membeli al-quran. Untuk apa? Pastinya ingin dibacanya. Benar. Memang ramai pelanggan yang membeli Al-Quran daripada kelompok ini (ustazah-ustazah dah memang selalu beli). Pakaian mereka tidak seperti ustazah, tetapi mereka masih mempunyai hidayah untuk membeli dan seterusnya membaca Al-quran. Mereka sendiri sedar. Agama itu suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan.

Yang tinggal ialah sama ada mereka ingin terus melangkah menjadi muslim yang baik. Ataupun , menangguhkan hasrat mereka. Saya insaf. Rupanya , ramai pencari Tuhan.

Sangat ramai.

Semoga kita juga tergolong dalam golongan pencari Tuhan, pencinta Tuhan dan paling penting, Hamba Tuhan. Allahlah Tuhan kita

Ada juga untuk kamu

Sebelum beredar pergi, saya sempat memesannya untuk mennyampaikan salam kepada sahabat lama saya itu. Sebagai ingatan.

Friendly reminder.(peringatan lembut)

Saya juga mengomel sedikit, “ish, sekarang ini semua sudah berpasang-pasang. Tinggal saya sahaja yang masih belum” acuh tidak acuh. Masih lagi friendly reminder.

Dia tergelak dan berkata. “InsyaAllah, ada juga untuk kamu”

Saya ketawa kecil.

“Bukan macam itu maksud saya. Saya hanya ingin mencari dan berkahwin terus.” Tegas dalam gurau.

Dalam erti kata lain, saya mencari isteri yang solehah dan ibu untuk ummat, bukannya teman wanita, awek, atau apa-apa yang sama waktu dengannya.

Dia terdiam. Kemudianya tersenyum dan mula meniggalkan perkarangan kedai.

Penutup.

Jika saya tidak berada di sini. Pasti saya tidak dapt merasakan perkara ini. Mungkin sekadar tahu, belum sedar. Dan kini saya sedar.

Tak perlulah saya ceritakan tentang berpacaran, semua sudah tahu bukan?

Sungguh setiap hari itu ada hikmah dan pengjarannya.

(buat kawan lama saya itu. Jangan tersinggung. Ukhwah kita masih utuh. Ukhwah atas dasar agama. Jangan marah ya.) ^^

P/s: KFC itu bukan nama sebenar juga.

15 17 ulasan:

Hamba Ilahi said...

cuba baca terjemahan (sebab tak jumpa karya asal) kitab al-muntalaq bab kewajipan berdakwah..

khaliFah_maahad said...

saya akan cuba cari, syukran akh naimul :)

shortiee :D said...

salam. post ni menyedarkan perempuan supaya menjaga maruah mereka. dan apa itu kepentingan maruah. pada pendapat saya, seorang wanita, atau perempuan, bila dia mengaku dia merupkan *awek* kepada seseorang itu dah menjatuhkan air muka serta maruah dia. suka sangat post ni. tahniah kepada pemilik blog ! thumbs up !

khaliFah_maahad said...

menjatuhkan air muka? hehe. lebih kuranglah.
jadi, moral of the stories, jangan ber'awek-pakwe' sebelum nikah.

Kalau dah berkenan, jumpalah ayah dan ibu

MERAH said...

Jzkk untuk entri ni, inilah realiti anak muda sekarang.perkara kapel tu seolah-olah keperluan, kebiasaan. Malu hilang terus, yang dengar pula malu.risau, risau dengan adik-adik.

semoga al-Quran yang dibeli, di baca dan di fahami.

PEREMPUAN, HIJAB & PUJIAN

khaliFah_maahad said...

semoga al-Quran yang dibeli, di baca dan di fahami.
(nice one)

Teacher Koko said...

like this post..its the reality that happened nowadays...tq for sharing...

khaliFah_maahad said...

realiti kadang2 pahit.

Ana Fatihah said...

no couple before akad..insya Allah!!cinta Ilahi xpernah mengecewakan kita.. ^^

Unknown said...

syukron share artikel ni, tp sy ni lambat paham skit,

boleh tak kongsikan cara/ methode yg lebih senang, dalam situasi sy, boleh dikatakan stp hari sy jumpa org yg sama "bercouple", makan dan sebagainya bersama, tak kan selamnya sy nak kena benci dgn hati, bg saya, Allah asyik temukan saya dgn mereka utk saya teguQ, cumanya, saya tak tahu bagaimana nak teguQ. buntu2...T_T

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

dh seakan satu "gaya'..Brpakwe dan bermakwe'..

TUAN BLOG bleh bg idea bernas nk "tegur" pakwe makwe ni??

LIVESTRONG said...

tak boleh klik share kat FB ye;)

khaliFah_maahad said...

sangat dialu-alukan untuk share.
mungkin boleh letakkan linknya @ kopi pasta sahaja.

hikmah perlu dikongsi bersama kan? ^^

buat yang bertanya tentang cara untuk menegur mereka yang bercouple, maaflah jawapn belum ada.

sedang menyusun modul praktikal mungkin.

tiada jawapan yang mudah kerana ini bukan perkara mudah.

syukran ^^

L.I said...

kita ialah pencari tuhan...semoga dipermudahkan jalan kita untuk bersamaNya...insyaALLAH

Anonymous said...

nice one..

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.