Tuesday, August 16, 2011

Graf TAQWA kita OK atau KO?

Graf TAQWA kita OK atau KO?

Ramadan Kareem semua!

Diharapkan para pembaca sekalian telahpun berjaya menghadapi Ramadan dengan keimanan dan istiqamah yang jitu. Sedar atau tidak, Ramadan yang mulia ini hanya tinggal separuh sahaja. Bak kata Ustaz Hasrizal, Separuh masa kedua Piala Taqwa.

Adakah anda sedar?

Ya. Adakah anda sedar bahawa bulan Ramadan yang amat istimewa ini sudah berlalu 15 hari? Jika seluruh hari dalam bulan Ramadan ialah 30, ini bermakna sudah satu per dua (1/2) daripada bulan Ramadan yang mulia ini telah berlalu.

Secara tidak langsung, kita sudah separuh perjalanan untuk mencapai TAQWA!

Tidak percaya?

Firman Allah Ta’ala:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُم الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لعلكم تتقون }
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang yang hidup sebelum kamu agar kamu semua bertaqwa”.

Jadi, benarkah sudah separuh jalan?

Kaji semula Ramadan kita

Adakah graf keimanan kita semakin meningkat? Atau sebaliknya?

OK?


Atau

KO?



OK , sekiranya amalan kita semakin bertambah.Sunat semkin kerap.Al-Quran makin akrab. Nafsu amarah makin malap. Berbelanja kian cermat. Tidur kian kurang (kerana beribadat)

KO, sekiranya hanya bersemangat di awal Ramadan. Sunat semakin surut. Nafsu semakin rakus. Berbelanja kian boros. Tidur kian panjang?

Jika OK, tahniah dan teruskan.

Jika KO, takziah dan berubahlah
.

Masa masih ada. Jangan putus asa.

Ringkasan

Buat kesekian kalinya. Sedikit ‘ancaman’ bagi mereka yang beriman.

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadan, namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika dia mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjatuhkannya. Katakan: Amin!’ Aku pun mengatakan : Amin!”
(Riwayat ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)


Sekadar peringatan ringkas untuk diri sendiri dan para pembaca .
Tidak sampai 5 minit pun

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.