Thursday, August 25, 2011

Cerpen : Sejadah Kosong

Assalamalaikum semua.

Ramadan Kareem.

Semoga kita semua memanfaatkan Ramadan yang kini di penghujungnya. moga kita semua bertemu dangan lailatul Qadar.

Saya baru sahaja belajar-belajar menulis cerpen. mestilah wujud seribu satu kekurangan. jadi saya minta jasa baik pembaca semua untuk komen cerpen pertama saya ini. berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.

InsyaAllah, cerpen lain akan menyusul. Ini yang pertama.

Cerpen ini diinspirasikan daripada satu kisah benar.

Ok, tidak mahu cakap banyak.

semoga bermanfaat :)



Sejadah Kosong

oleh : M.Muhsin Hairudin



Suasana bilik darjah itu bising. Riuh rendah dek suara-suara pelajar yang rancak bersembang kosong bahkan ada yang bergelak ketawa.

Sepatutnya, pada waktu-waktu begini, Cikgu Akmal sudah masuk untuk mengajar. Mata pelajaran Biology menjadi amanah untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar kelas 4 dinamik, antara kelas terpandai di sekolah itu.

Cikgu Akmal seorang yang komited pada pengajaran dan juga pengamalan islam di sekolah ,seringkali mencuba pelbagai kaedah untuk memudahkan para pelajarnya faham akan apa yang diajarnya.Namun hari ini, sesuatu telah menghalangnya untuk hadir ke kelas.

“Bangun!!” tiba-tiba arahan dikeluarkan oleh ketua kelas.Kelas yang bising itu tiba-tiba saja senyap .

“Selamat pagi cikgu!!” seluruh kelas bergema.

Cikgu Akmal berdiri di hadapan kelas sambil tersenyum . Di sebelahnya, seorang lelaki muda berkaca mata, mengenakan baju raihan biru muda dan seluar slack hitam. Raut wajahnya tenang dan meyakinkan.

“Assalamualaikum semua. Apa khabar semua?”

“Hari ini kita tak akan belajar Biologi lagi, kita cube untuk bertukar angin sebentar dengan sedikit motivasi. Kamu semua kenal siapa di sebelah cikgu ini?” ucap cikgu akmal ramah.

“Tak kenal”

“Adik cikgu”

“Cikgu baru”

Jawab pelajar-pelajar meneka. Lelaki itu hanya tersenyum manis.

“Ini ialah..”

“peminta sedekah!”

Kelas gamat. Percakapan cikgu akmal dipotong oleh farid, pelajar ‘terkenal’ di sekolah.kelas riuh dengan ketawa.

“Bukan , ini Ahmad Fahmi Umar. Seorang anak muda yang baru sahaja mendapat ijazah dalam bidang usuluddin dan kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa baru-baru ini. Beliau adalah alumni sekolah kita. Jadi pihak sekolah menjemput saudara Ahmad untuk memberi sedikit motivasi untuk kita semua” jelas Cikgu Akmal dengan wajah yang agak kurang senang perbuatan anak muridnya itu. Cikgu Akmal kemudianya mempersilakan lelaki tadi.

“Assalamualaikum semua.Sihat semua? Pertamanya, jangan panggil saya cikgu ,panggil sahaja abang Ahmad, boleh?

“Abang akan bersama adik-adik semua seminggu sekali, buat satu bulan ini.”

Sebahagian palajar-pelajar mengangguk-anguk, sebahagian yang lain hanya bersahaja. Kelihatan Farid hanya memandang ke siling sambil tangannya diletak di belakang kepalanya. Otaknya memikirkan sesuatu.

“Baiklah, hari ini kita taaruf, boleh?”

****************

Hari ini adalah hari kedua Ahmad bersama-sama pelajar 4 Dinamik. Setelah mengenali para pelajar tersebut, hari ini adalah pengisian pertama.Solat

“Siapa yang solat subuh bagi tadi?”Ahmad melontarkan soalan pertamanya hari itu.

Semua pelajar memandang antara satu sama yang lain. Senyap.

“Jawab, abang tak marah.Cuma nak tahu saja”

8 pelajar mengangkat tangan perlahan-lahan.Selebihnya cuma menundukkan muka.

Jumlah keseluruhan pelajar di dalam kelas itu ialah 26 orang.

“Apa? Biar betul?”

Ahmad perlahan-perlahan bersandar di tepi meja guru sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Fikirannya terusik.

“Jadi, ynag selebihnya? Tidak pernah solat atau kadang-kadang sahaja solat?”

“Selalunya zohor dan maghrib saja”

“Saya jarang solat subuh”

“Selalunya zohor saja, itupun kerana wajib solat di sekolah sebelum pulang ke rumah”

Mata Ahmad memandang satiap seorang yang memberi jawapan. Jari-jarinya kini menyisir janggutnya yang kemas.

“Ayah saya tak pernah ajar pun, mak saya pun tidak kisah”

Kelas yang hidup tiba-tiba sunyi.Farid telah bersuara. Matanya memandang tepat ke arah Ahmad. Seperti saja ada satu renjatan elektrik yang muncul akibat pandangannya itu.

“Adik-adik, mengapa kita perlu solat?”

“Adakah sekadar mengikut orang lain sahaja? Ataupun sekadar satu tradisi Melayu ? Ataupun kita takut dimarahi?”

Ahmad mula melangkah di celah-celah pelajar.

“Saya rasa, solat itu tak penting.Dunia sekarang telah maju, solat hanyalah amalan orang-orang Arab dulu yang kita ikut” jawab seorang pelajar perempun. Teg namanya tertulis Maslina.

“Jawapan lain?” Ahmad masih mencari.

“Ramai orang tak solat sekarang. Tapi, hidup mereka senang lenang, bahkan ada yang kaya” Farid pula bersuara.Mungkin tercabar dek jawapan Maslina.

“Solat itu wajib! Tiang agama! Barang siapa yang meninggalkanya, samalah macam meruntuhkan agama kita sendiri!” Satu suara lantang memecah kebuntuan.

“Eleh! Hanya mereka yang kolot sahaja seperti kau Fahmi yang akan solat! Mak dan ayah kau pun bukannya kaya sangat pun” farid membidas fahmi.

Riak wajah fahmi berubah. Dia bingkas berdiri . Tangannya dikepalkan.

Tiba-tiba.

“Sudah! Kita di sini berbincang, bukannya ingin menghina siapa-siapa”Ahamd pantas mengawal suasana. Dia tahu, jika dibiarkan pasti buruk akibatnya.

Farid tersenyum puas.

“Farid, jangan buat begitu lagi ya”

“Jawapan Fahmi itu betul, tapi Fahmi, jangan mudah marah. Saya faham, ini masalah besar, tetapi jaga-jaga”

“Apa? Mengapa jawapan dia yang betul?” Farid membentak.

Ahmad hanya tersenyum.

”Mengapa kita perlu solat? Jawapanya kerana itu suruhan Allah. Salah satu daripada Rukun Islam. Nabi Muhammad S.A.W. juga ada berpesan, solat itu tiang agama”

“Mungkin ada yang tak dapat menerima jawapan ini. Baik. Kita gunakan kaedah lain. Semua sila keluarkan mykad masing-masing. Ada perkataan Islam kan? Jadi,apakah yang membezakan kita yang ditulis ‘Islam’ dalam mykad berbanding dengan mereka yang bukan Islam? Pastinya kita bersolat dan mereka tidak”

“Contoh lain, dapatkah bagunan sekolah kita ini, bilik darjah ini, berdiri kukuh tanpa tiang-tiang yang sedia ada? Pastinya tidak. Beban yang berlebihan akan menyebabkan sesuatu binaan itu runtuh atas kosep fizik yang mudah. Pastinya kamu semua faham mengenai perkara ini bukan? Begitu juga dengan agama kita, Islam. Jika runtuh agama kita? Apakah agama kita?”

“Siapa dikalangan kamu semua yang apabila mati nanti, tidak mahu dimandikan, dikafankan, diurus, dan ditanam?”

Seluruh kelas menggelengkan kepala. Ada juga yang terlopong kosong

“Semua urusan ini adalah ajaran Islam. Jika kalian bukan beragama islam, semua ini tidak akan dilakukan,kecuali prosedur asas bergantung kepada pihak hospital. Inginkah kalian mati dalam keadaan seperti ini, tanpa diuruskan?”

“Mungkin juga ada dalam kalangan kamu semua yang percaya terhadap senaman-senaman tertentu yang dapat menyihatkan badan.Percayakah kamu semua, jika saya katakana bahawa solat juga membawa impak kesihatan yang sangat mujarab? Bahkan dapat mengelakkan penyakit kronik. Pelbagai senaman wujud di dunia ini, dan semuannya dicipta oleh manusia.Tetapi, Islam hadir dengan membawa satu ibadah yang dalamnya ada senaman kesihatan agung daripada tuhan sekalian alam. Search sahaja di Google, carilah buku-buku ilmiah di perpustakaan, semua kebaikan solat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Jadi adakah kalian semua masih ragu-ragu?”

“Berapa ramai orang bukan Islam yang memeluk Islam setelah mengetahui tentang perkara-perkara hebat yang terbukti benar yang terkandung dalam Al-Quran. Islam tidak pernah menentang sains, bahkan sainslah yang menyokong kebenaran Al-Quran. Di antara isi kandungan Al-Quran ialah mengenai kewajipan solat lima kali sehari”

“Adakah kita begitu ‘buta’ untuk melihat semua kebenaran ini?”

“Cuba buka fikiran kita sebentar”

“Fikirkan”

“Apa salahnya kita bersolat?”

Para pelajar senyap. Kata-kata Ahmad mula mengetuk hati-hati mereka. Perkara yang sebahagian besar daripada mereka menganggap enteng.

Solat.

Sembahyang lima kali sehari.

Tanpa selang melainkan sebab-sebab yang dibolehkan.

“Abang Ahmad, tak pernah pun, selama hidup saya ini. Seseorang bercerita mengenai solat di hadapan saya sebegini rupa. Boleh ceritakan lagi?” Maslina bersuara perlahan.seakan-akan ada satu kesedaran mula tumbuh daripada benak sanubarinya.

Pelajar-pelajar lain turut sama mengangguk-angguk.

“Alhamdulillah”

Ahmad terharu. Selama ini, masih ada manusia yang tak pernah diceritakan tentang solat bahkan ada yang tidak pernah solat. Semoga Allah memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya yang berusaha mencari kebenaran.

Sesi motivasi pagi itu diteruskan dengan penerangan lebih lanjut mengenai solat.

Kini, mula terpancar sinar keimanan dari hati-hati yang telah lama leka dan gersang.

**************

Minggu ini adalah minggu akhir persekolahan sebelum sekolah bercuti selama setengah bulan. Setelah tiga minggu memberi pengisian,Ahmad kini sudah mesra dan rapat dengan pelajarnya. Bahkan Ahmad sendiri pernah dijemput oleh pelajar-pelajarnya untuk makan malam di rumah mereka bersama keluarga mereka.

Ahmad juga kini sering bersukan bersama pelajar-pelajarnya. Mereka pernah bermain futsal,badminton dan bola tampar bersama.

Hari ini Ahmad dijemput oleh Farid untuk makan malam di rumahnya. Ahmad dengan senag hati menerima perlawaan Farid. Dia tersenyum. Setelah agak lama bersama Farid, kini Ahamd telah dapat melihat perubahan pada diri Farid. Kini, dia tidak lagi suka bergaduh bahkan menjadi orang yang meleraikan banyak pergaduhan. Dan perkara yang terbesar yang berlaku ialah, Farid kini telah rajin bersembahyang.

Setiap kali azan Zohor berkumandang di surau sekolah, Farid memimpin kawan-kawannya untuk bersama-sama solat berjemaah . Bahkan, pada waktu petang, jika ada akitiviti kokurikulum, pasti pada waktu Asar, surau sekolah akan disinggahinya. Sebagai seorang yang ‘berpengaruh’ di kalangan pelajar-pelajar sekolah, tindakannya itu dituruti tampa didisurh. Sehinggakan, pengetua juga hairan dengan keadaan tersebut. Apabila pengetua bertany kepada Ahmad, Ahamd hanya menjawab ,

“Sesungguhnya hidayah itu hak mutlak Allah”sambil tersenyum.

Kereta viva milik Ahmad itu di letakkan di bahu jalan. Matanya memandang sekeliling.

“Betulkah alamat ini? Ini kawasan dato’-dato’’ sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tangannya terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail number Farid. Tiba-tiba, cermin keretanya di ketuk perlahan. Ahmad mendongak sambil menurunkan cermin kereta.

Seorang lelaki betubuh besar dan mengenakan cermin mata hitam.

Ahmad hairan, “sejak bila aku berutang dengan along ni? Tak pun, kenapa FBI cari aku?” Ahmad bermonolog.

“Encik, boleh turun daripada kereta?” lelaki itu berkata, tanpa perasaan. Suaranya yang garau itu mengusik telinga Ahmad.

“Mengapa? Saya tak kenal pun awak. Dan awak tak beri salam pun” Ahmad menjawab tegas.

“Encik memang tak kenal saya, tetapi bos saya kenal encik” lelaki itu menawab. Tangannya menunjukkan ke arah bosnya. Ahamd menandang.

“Farid?”

“Ya, saya bekerja dengan Tuan farid” jawab lelaki itu tanpa ditanya.

Farid berlari-lari anak ke arah Ahmad sambil tersenyum. Tenyata dia bukan anak orang sebarangan.

“Assalamualaikum ! Kenapa abang tak bagitahu yang abang sampai awal” sambil bersalaman denagn Ahmad.

“Waalaikumsalam. Sebelum itu, ini siapa? Dan kenapa dia panggil farid ‘tuan farid’” soal Ahamd kehairanan.

“Perkenalkan , ini Bro Ali. Dia ini bekerja dengan ayah saya sebagai bodyguard kelaurga kam”.

Ahmad tersenyum. Kaya sungguh keluarga Farid ni, getus hatinya

“Silakan”

*******************

“Farid!, Mari makan” panggil Pn. Zainab, ibu Farid.

“Ok, sekejap lagi Farid turun”

Sarapan pagi itu siap terhidang. Telur separuh masak, sosej bakar dan juga roti bakar. Seperti selalu disediakan oleh Mbak Noni, pembantu rumah keluarga Farid.

“‘Ayah solat subuh di mana tadi?” soal farid sebagai pemula bicara.

Surat khabar berhenti diselak, Tuan Azmi hairan.

“Kenapa dengan kamu ini farid? Buang Tabiat?” sambil disusuli tawa ibu dan ayahnya.

“Ya lah, ibu pun hairan dengan kamu. Sejak kebelakangn ini, rajin pula solat, baca al-quran dan perkara-perkara yang tak pernah kamu buat sebelum ini.” Tambah si ibu.

“Bukan apa ibu, saya rasa setiap manusia ada tujuan diciptakan Tuhan, dan tujuan untuk kita ialah ibadah. Jadi, tak salah jika saya penuhi tujuan itu. Tidak begitu ?” jawab farid sambil tersenyum.

Ibu bapanya saling berpandangan. Kemudia tersenyum semula.

“Ikut suka kamulah. Yang penting, prestasi akedemik kamu jangan merosot. Itu saja yang penting.”jelas si ibu sambil diangguk-anggukkan ayahnya.

“Sudah lewat, papa perlu pergi ke pejabat sekarang. Ada perjumpaan dengan klien daripada Qatar. Duit masuk lagilah jawabnya”ayahnya terus bangun tanpa menjawab persolan awal.

Farid hanya tersenyum. Dalam fikiranya, benarlah kata abang Ahmad, hidayah itu milik mutlak Allah. Diberi kepada mereka yang terpilih sahaja. Semoga keluarga ku dipilih Allah, amin.

*********

Setahun berlalu. Pantas. Walaupun Farid diambang peperiksaan besar, Sijil Pelajaran Malaysia , Farid masih seperti biasa. Bahkan bertmabah-tambah amalannya.

Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Telah masuk waktu magrib bagi wilayah persekutuan , kawasan rumahnya.

Farid masih bersila di atas sejadah. Di belakanganya, bahagian kanan, terbentang satu sejadah kosong. Diatasnya terlipat kemas kain pelikat dan baju melayu. Tetapi terbiar kosong.

Farid sengaja solat di ruang tamu rumahnya, luas dan indah. Di bahagian kirinya pula, ibunya siap bertelekung bersama Mbak Noni. Bersedia untuk solat magrib.

Begitulah setiap hari sejak setahun yang lalu. Farid akan membentangkan 4 halai sejadah. Satu untuk dirinya, satu untuk ayahnya, satu untuk ibunya dan yang terakhir untuk mbak Noni.

Pada awalnya, tiga sejadah dibelakangnya kosong. Namun setelah beberapa ketika, ibunya menyahut seruan suci itu diikuti mbak Noni.

Walaupun pada awalnya agak kekok, tetapi setelah dijemput ustazah khas mengajar ibunya dan mbak noni, solat kini bukan satu masalah lagi. Ustazah itu ialah ibu sahabat Farid, Fahmi. Namun, sejadah di bahagian kanan masih lagi kosong.

Biarpun begitu, Farid sentiasa menyediakan kain pelikat dan baju melayu. Bersih dan kemas dilipat diletakkan di sebelah sejadah kosong itu. Farid mengharap, agar seruan tak bersuaranya disahut.

“Ya Allah, bukalah pintu hati ayahku, sebelum Engkau menjemputnya kembali kepada Engkau” doa Farid yang tak pernah putus. Terus mengarap tanpa jemu.

Di luar pintu, ayahnya bersandar.

Dadanya sesak.

Kata doktor, asma ayahnya makin teruk. Akibat banyak aktiviti dan juga kualiti udara yang rendah di bandaraya ini. Penyakitnya semakin serius.

Penat.

Matanya berpinar-pinar, Tuan Azmi kemudianya terduduk. Dadanya tiba-tiba sempit, bagai dihempat gunung. Nafasnya menjadi tak menentu.

“Tuan Azmi! Tuan Azmi!” laung Bro Ali yang berada disebelahnya.

Dunia semakin gelap. Pudar.

“Papa! Papa!” Suara farid terdengar sayup-sayup.

Gelap.

*****************

Seminggu setelah kejadian itu, Tuan Azmi berehat di rumah. Segala urusan di pejabat diserah kepada timbalannya. Kata doktor, Tuan Azmi perlu banyak berehat. Tekanan kerja boleh meningkatkan risiko serangan asmanya.

Di sebalik semua itu, doctor turut menasihati tuan azmi agar melakukan senaman ringan dan yang paling digalakkan ialah, solat.

“Papa lambat sedar. Sedar batapa pentingnya solat. Papa lupa dunia ini bukan milik kita, biarpun sekayamanapun kita, kita tak mampu membeli kesihatan. Tidak mampu membeli masa. Papa lupa dunia ini milik Tuhan” kata Tuan Azmi perlahan.

“Syukurlah Allah memberikan peluang untuk papa berubah. Dan papa baru sedar, bahawa kamulah asset termahal papa, lebih daripada semua projek papa. Kamu Farid, kamu”

“Kamu tak pernah berhenti berharap. Tak pernah berhenti beusaha. Farid, Kamu anak yang baik” luah Tuan azmi. Farid hanya tersenyum di sisinya.

“Setahun papa. Setahun saya sabar dengan papa. Tetapi papa sabar dengan saya, 17 tahun. Membesarkan saya. Tak mungkin saya dapat balas jasa papa” balas Farid.

Sebentar lagi, mereka akan solat bersama.

Satu keluarga. Satu jamaah solat. 4 sejadah, dan semuanya dipenuhi.

Sesuatu yang patut berlaku sejak dahulu lagi. Kini terjadi.

Sebuah keluarga sakinah.

Keluarga bahgia.

Islam pegangannya.

Cinta tautannya.

Allah penjaganya.

*******************************

Kini , 15 tahun sudah berlalu. Farid sudahpun menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dengan MD (medical degree) di UKM. Dan kini, sudah mempunyai teman hidup. Teman yang akan sentiasa bersama dalam bahtera mencari redha Allah.

Teman di dunia dan teman di akhirat hendaknya.

Husna Maslina kini menjadi isterinya yang sah sejak setahun yang lalu.

Teman sekelasnya yang telah banyak berubah. Jika dibandingkan dengan ustazah, tidak nampak perbezaannya. Padahal lulusan fakulti bio teknologi.

“Sejadah itu untuk siapa bang?” soal maslina lembut.

“Untuk sesiapa saja” ujar farid sambil tersenyum.

“Untuk putera kita ya? Awalnya?” usik maslina.

Farid hanya mampu ketawa kecil.

Sejak 15 tahun lepas, farid sudah terbiasa menyediakan sejadah untuk keluarganya. Dan yang paling diingati sejadah di bahagian kanannya.

Kini, walaupun hanya tinggal berdua dengan Maslina. Sejadah itu tetap terhampar,mungkin itu yang menimbulkan persoalan di benak Maslina sejak awal perkahwinan mereka. Namun baru kini soalan itu terpancul keluar.

Ayahnya, tuan Azmi sudah 3 tahun pergi mengadap Allah. Meniggalkan Farid dengan empayar koperat yang terkenal, terkenal disebabkan kakayaan dananya dan banyaknya aktiviti membantu masyarakat secara percuma. Ibunya menuruti tidak lama kemudian.

Sejadah itu kini kosong.

Dan setiap kali Farid melihatnya, matanya berkaca. Terkenagkan ibu dan ayahnya. Dalam kesedihan itu, terselit juga syukur yang tak terhingga. Allah telah ‘mengembalikan’ mereka sekeluarga kepada Tuhan sebelum nyawa mereka terhenti.

Sungguh Tuhan itu dekat. Lebih dekat daripada apa yang kita bayangkan, bagi mereka yang mencari.

Syukur Allah telah pertemukan aku dengan abang Ahmad, jika tidak. Tak tahulah apa yang terjadi pada kami sekeluarga, detik hati kecil farid. Baru sahaja petang tadi dia bertandang ke rumah gurunya itu. Dulu sekadar guru, kini sebagai teman rapat yang sangat disegani.

Syukur.

“Abang, kenapa sedih? Marilah kita solat, waktu sudah masuk” suara maslina menyedarkan Farid.

“Maaflah sayang, abang terkenang kisah lama. Mari! Kita solat” sambut farid sambil tersenyum.

Dua jiwa yang bersatu, atas dasar cinta dan iman.

Yang akan menghasilkan generasi baru.

Generasi baru yang juga beriman.

6 17 ulasan:

Anonymous said...

muhsin... thniah! mabruk..truskan usaha.. ntuk Islam trcinta jua.. =) -ilham-

Anonymous said...

mabruk alaik... may allah bless

khaliFah_maahad said...

insyaAllah ilham. syukran utk sokongan dan doa wahai sahabat~ :)

Anonymous said...

mabruk, mantop, enta ada bakat untuk berdakwah dalam penulisan...teruskan usaha utk ISLAM...

pOHon HiJAu said...

subahanallah...nice sgt2
andainya bisa aku spt i2

Anonymous said...

MasyaALLAH,dakwah yg berhikmah...sgt tersentuh...

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.