Saturday, April 2, 2011

Kopiah oh kopiah


Kopiah atau tidak?
Ramai yang mengatakan ustaz dan orang-orang agama perlu sentiasa berkopiah. Betulkah begitu?

Saya di sini ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang cerita-cerita tentang kopiah ini. Sepertimana yang Fatimah Syarhah pernah kongsikan tentang tudung labuh, begitu juga saya. Semua ini adalah kisah reality dan dialami oleh kebanyakan kita yang kadang-kadang berkopiah ini.

Minah Saleh pun pilih pak lebai?

Pernah suatu ketika dahulu, ketika menuntut di Maahad Mahmud Alor Setar suatu perkara menarik. Menjadi suatu kebiasaan untuk para pelajar menaiki bas untuk pulang ke rumah.Maklumlah, pelajar-pelajar di maahad datang daripada serata pelusuk Malaysia, bahkan ada juga dari Sarawak.

Suatu petang, ketika sedang berada di dalam sebuah bas yang penuh dengan pelajar-pelajar lain(selain maahad) .Seorang ‘Minah Saleh’ sedang terkial-kial untuk mencari jalan ke Butterwoth (kalau tak salah). Bak kata pepatah melayu, malu bertanya sesat jalan. Maka, minah saleh itu terus datang ke arah saya dan bertanya,
“excuse me, do you know?how can we get to Butterwoth?”
Saya tercengang seketika, dan kemudianya terus menunjukkan jalan. Kebetulan, dia ada membawa peta Kedah.Jadi, saya menerangkan bahawa bas ini akanke Terminal Syahab Perdana, di sana bolehlah kalian mengambil bas untuk ke sana terus.(tentulah dalam bahasa Inggeris)
“thank’s a lot”

Apa yang menghairankan saya ialah, mengapa saya? Sedangkan pada waktu itu ramai lagi pelajar-pelajar yang berpakaianlebihkemas beruniform. Sedangkan saya sekadar mengenakan baju raihan bersama seluar slack dan berkopiah sambil menggalas beg sandang. Memang menjadi suatu kebiasaan untuk pelajar-pelajar maahad berkopiah sewaktu keluar.Jawapannya hanya ada pada minah saleh itu, dan saya terlupa untuk berkenalan lebih rapat.

Perkara ini juga berlaku apabila orang kita sendiri yang ingin bertanyakan jalan. Dan ini berlaku berkali-kali.

Ramai orang mendoakan

Pernah juga saya dan sahabat saya keluar makan bersama guru kami di bandar. Guru kami itu memang seorang yang sangat penyayang dan peramah, jadi apabila ada masa lapang, beliau akan membawa kami makan di luar. Sambil-sambil itu, kami berbincang mengenai mata pelajaran dan juga perihal sekolah.
Satu petang sebaik sahaja keluar daripada masjid selepas singgah dalam perjalanan untuk keluar makan, guru saya terjumpa dengan seorang sahabatnya yang juga bekerja sebagai pencegah ‘maksiat’ di sekitar bandar.Saya juga meramahkan diri untuk turut sama bersembang dengan mereka. Beliau berkata,

“adik jangan risau, insayAllah kalau perangai macam adik ni, selamat”
Saya terkejut!
“saya ni bukannya baik sangat pun, buat salah juga”

Balas beliau,

“jangan kata macam tu, katakan Amin, semua itu doa!”
Ya, semua itu doa.

“Amin!!”

Kami semua ketawa.

Ramai yang ‘lebih’ berwaspada apabila bercakap
Jika anda teliti, pastinya anda akan mengatakan ya. Bagi saya ,ya. Saya pernah berexperimen dengan pemakaian kopiah ini. Bagaimana?
Satu masa, saya memakai kopiah .Apabila saya bergaul dengan orang ramai ,sayadapatimerekalebih ‘teliti’ dalam berkata dan sering bertanyakan kita untuk membenarkan apa yang mereka katakan. Contohnya, betulkan begitu ?Setuju tak? Macam tu kan?

Dan pada masa lain pula, saya berpakaian biasa dan tidak mengenakan kopiah, hanya di dalam poket untuk waktu solat di masjid.Maka keadaan orang ramai yang bercakap dengan kita berubah. Mereka lebih ‘terang’, lebih berani,lebih banyak ketawa, dan lebih mudah untuk menceritakan tentang agama dan bahasa Arab. Betulkah begini?Ya.
Sebagai contoh, apabila seseorang itu bercakap mengenai ayat Al-Quran,dia akan ‘merujuk’ kepada ‘pak lebai’ iaitu orang yang memakai kopiah. Jika tiada, mereka akan berkata-kata dengan yakin kerana pada tanggapan asas, tiada ‘pak lebai’ di situ dan ustaz untuk menegurnya, ataupun sekurang-kurangnya membuatkanya ‘segan’. Jadi, kita dapat mengenali mereka dengan lebih ‘jelas’.

Keadaan ini agak berbeza apabila berlaku di kalangan‘pak lebai-pak lebai’ ataupun di pusat pengajian islam yang pemakaian kopiah dan lebai begitu sinonim dan menjadi kebiasaan.

Berkopiah pun boleh menjadi ‘pakar Sains dan bahasa Inggeris’?

Manusia mudah membuat tanggapan daripada luar. Itulah kelamahan dan juga kelebihan manuasia. Secara umumnya, ramai yang menganggap bahawa golongan yang berkopiahini , ‘kurangmahir’ dalam ilmu-ilmu sains dan teknologi.
Kini tidak lagi, kita boleh lihat ramai doktor yang berkopiah,pensyarah yang juga kadang-kadang berkopiah,ustaz-ustaz muda, imam muda, mahasiswa yang berkopiah tetapi menagmbil jurusan sains, perubatan, engenering dan ramai lagi ‘pak lebai’ yang boleh bertutur bahasa inggeris, bahkan ada yang menguasai lebih daripada itu.
Mereka bukan ‘orang agama’ ,tetapi mereka ‘orang beragama’. Berbeza bukan?
Sunat yang mudah!

Daripada kitab Syamail Muhammadi ada menyatakan,


Anas bin Malik meriwayatkan,”Rasulullahs.a.w. sering mengenakan penutup kepala hingga pakaian baginda menyerupai pakaian penjual minyak” (riwayat Tirmizi dan Baihaqi)


Nah! Ini menunjukkan bahawa menutup kepala (kopiah,songkok, serban,dll) salah satu daripada ribuan sunnah Nabi Muhammad yang kita cintai yang dapat dilakukan dengan mudah sekali.

Kopiah=Siqah?

Apabila kita berkopiah, maka kita siqah(boleh dipercayai) danbegitulah sebaliknya.Benarkah? mungkinya, tetapi tidak 100%. Mengapa?
Kopiah BUKAN WAJIB! Ini berbeza dengan suruhan bertudung labuh ,dan berstokin bagi muslimat, itu semua WAJIB!Tak kisahlah apa jenis tudung dan fasyen sekalipun, tudungnya mesti lebih dan keseluruhan angota badan wanita yang tak zahir WAJIB ditutup daripada pandangan umum.
Berbeza dengan kopiah ,ianya sunat. Dan ingat, IMAN bukan terletak di kopiah! Tetapi di HATI. Jadi, tidaklah menjadi masalah ‘besar’ apabila tidak berkopiah.Tetapi, apa salahnya pahala percuma sekali sekala.kan?

NIAT

Begitulah sedikit sebanyak cerita-cerita yang dapat saya sampaikan berkenaan dengan perihal pemakaian kopiah ini. Sebenarnya ,ada lebih banyak lagi cerita yang menarik, tetapi cukuplah buat waktu ini.

Semuannya bergantung kepada niat.Saya juga sangat hormat kepada mereka-mereka yang tidak berkopiah secara zahirnya, tetapi berkopiah daripada segi dalaman.Mereka ini berusaha untuk berdakwah kepada masyarakat dengan cara masing-masing. Terpulanglah pada diri.

Tepuk dada,Tanya IMAN.

2 17 ulasan:

shah said...

wah... panjang lebar syarahnya..
apapun sgt menarik , yang pntg niat kan?? tak gitu?? mana2 pun ok ja.. pakai ke x, bkan prsoalannya y pnting iman..kan kan kan

khaliFah_maahad said...

insyaAllah, terima kasih syah!

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.