Tuesday, February 15, 2011

Selangkah hampir kepada mu



Selangkah hampir kepada mu

Saban tahun, kita akan menyambut Maulidur Rasul. Dangan menjadikannya sebagai salah satu cuti umum di negara kita, kemeriahan dan suassananya lebih terasa.

Meriah

Pelbagai aktiviti dianjurkan. Antaranya perarakan, majlis ceramah, forum, marhaban dan banyak lagi. Dalam media-media pula, akan diadakan program-program khas sempena maulidur Rasul seperti rancangan nasyid, forum perdana, drama-drama berunsur agama dan lain-lain yang menjurus kepada kebaikan. Semuanya ingin menunjukkan bahawa kita semua bergembira dan menyambut ulang tahun kelahiran Rasul junjungan kita. Semuanya meriah.

Tujuan sebenar

Tetapi, adakah sekadar itu sahaja? Sekadar sehari, ataupun seminggu dalam setahun kita ‘meraikan’ junjungan besar kita, penggulu sekalian Nabi? Pada hari ini, kita berbicara mengenai baginda, kita menceritakan kehebatan baginda, kita ketahui latar belakang baginda, dan seminggu selepas itu, kita tinggalkan semua itu bersama lipatan calendar yang menuju ke perayaan yang baru. Pada minggu ini, media-media seperti saluran tv dan lain-lain ‘meraikan’ baginda, dan selepas sambutan ini, meninggal segala yang diraikan tadi. Apakah tujuan sebenar kita menyambut Maulidur Rasul ini?

Cintakan baginda, ikutilan baginda sentiasa

Nabi pernah bersabda, yang mafhumnya bahawa Nabi Muhammad meniggalkan kita dua perkara, jika kita berpegang dengan kedua itu, kita tidak akan sesat SELAMA-LAMANYA. Apakah itu? Kitab Allah dan Sunnah Rasullullah.

Apakah yang kita lakukan dangan kedua-dua ‘harta paling berharga’ itu? Sekadar menjadi penghias di dinding rumah dan masjid?, sekadar menjadi pelaris perniagaaan? Sekadar untuk nikah dan kawin? Sekadar untuk majlis-majlis kematian? Ataupun sekadar perbincangan tentang teori dan tak pernah kita cuba untuk laksanakan?

Adakah kita benar-benar cinta akan Baginda dan Alhil Bait?

Adakah artis lebih kita sanjungi berbanding kekasih Allah?

Apakah bukti kita cintakan baginda? Pensyarah saya pernah bertanya, apakah bukti kamu semua mencintai Nabi? Ya, apa buktinya?

Jika kita beriman kepada Allah, buktinya kita bersyahadah. Jika kita cinta pada Baginda, buktinya? Buktinya adalah kita mengikuti apa yang baginda tinggalkan dan mengikuti sunnah-sunnah baginda.

“Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang”

(Ali Imran 3:31)

Adakah kita mengamalkan sunnah-sunnah baginda dalam hidup ini? Kita selalu mengambil banyak pandangan sebelum melakukan sesuatu perkara, adakah kita mengambil pedoman daripada Allah dan Baginda? Jika tidak, kita masih belum benar-benar mencitai baginda.

Sunnah itu penghubung

Apa yang menghubungkan kita dan baginda nabi? Selawat dan sunnah. Itulah jawapannya. Semakin banyak selawat yang kita ucapkan, semakin terasa dekatnya baginda dengan kita. Semakin banyak sunnah yang kita amalkan , semakin rindu kita kepada baginda. Baginda adalah ikutan terbaik, bahkan tiada yang lebih baik berbanding baginda. Jadi, mengapa kita masih tercari-cari ‘role-model’ dalam hidup kita?

“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah”

(al-Ahzab 33:21)

KEMPEN SUNNAH NABI

Dan saya juga ingin menyeru kepada semua, lebih-lebih lagi diri saya sendiri, agar ‘merapatkan’ hubungan dengan baginda dengan banyak melakukan sunnah dan banyak berselawat kepada baginda . Bayangkan, saban tahun sejak kita telah akhil baligh , berapa banyak sambutan Maulidur Rasul telah kita ikuti?, dan bayangkan betapa banyaknya jika setiap kali sambutan Maulidur Rasul kita mengambil 2 sahaja sunnah (2 pun cukup berat untuk diistiqamahkan)dan kita berterusan beramal dengan sunnah itu, dan setiap tahun kitakan menambah sunnah yang baru tanpa meninggalkan ynag sedang kita amalkan. Betapa banyaknya sunnah yang kita dapat istiqamahkan (berterusan melakukanya).Dan ini bermaksud kita makin rapat dan mesra dengan baginda, bahkan kita mendapt pahala yang besar.

“Satu Istiqamah, labih baik daripada seribu karamah” bagitulah kata-kata para ulama. Melakukan sesuatu dengan berterusan dan merasa tidak senang apabila meniggalkanya boleh dimkasudkan dengan istiqamah. Istiqamah dengan suatu amal adalah amat baik kerana ianya boleh dianggap sebagai ‘talian’ kita kepada baginda. Semakin kuat istiqamah, semakin ‘clear’ talian kita kepada baginda, dan semakin banyak istiqamah yang kita amalkan, semakin banyaklah talian kita kepada baginda. Itulah yang diceritakan oleh Ustaz Zainul Asri pada satu kuliah yang sempat saya hadiri.

Betulkan tujuan mulai saat ini

Jadi, tunggu apa lagi? Jika benar kita mencintai Nabi Muhammad, ikutilah ajaran baginda.

Jika tidak, kita akan menjadi pencinta yang bermusim. Mahukah kalian menjadi sedaif itu atau ingin menjadi rapat dengan insan pilihan Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

Ayuh!

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.