Monday, August 2, 2010

Jaulah Atau Redah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jaulah adalah perkataan bahasa Arab, yang boleh ditafsirkan dengan merantau, bermusafir, jalan-jalan dan juga makan angin. Dan 'redah' adalah perkataan bahasa Melayu yang boleh juga titafsirkan sebagai serbu, terjah, bergarak secara membabi buta dan juga berjalan tampa perancangan. (bagi yang tak faham)


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
[10]Al-Rum


Berdasarkan ayat diatas, boleh dikatakan Allah menyuruh hamba-hambanya berjalan di muka bumi dengan TUJUAN memerhatikan kebesaran dan kekuasaan Allah. Bak kata pepatah Melayu terkenal, Jauh perjalanan luas pengalaman.Dan bukan pula hanya jalan-jalan cari makan...

Redah?
Ada dikalangan kita yang merantau, berjalan ke sana ke mari. Pernah ke Paris, Kaherah,London dan mungkin juga Alaska. Dan hanya bertujuan, jalan-jalan cari makan. Maka adakah segala jerih payah mereka mengembara itu dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah? Ingatlah, sabda Nabi yang terkenal, Mafhumnya "setiap amalan itu bergantung kepada NIAT" . Maka pastinya ganjaran pahala tidak diberikan, sebaliknya diberikan makanan sahaja, bukankah itu yang diniatkan?

Makan untuk hidup? atau Hidup untuk makan? Bunyinya hampir sama, namun maksudnya jauh berbeza. Jika hidup untuk makan, maka 'makan' itulah yang menjadi 'tuhan' kita ataupun tujuan hidup kita. Munasabah? ya , munasabah, jika kita ini hanyalah binatang di dalam hutan.(binatang pun Hamba Allah juga). Sebaliknya, jika di terjemah makan untuk hidup, maka itulah yang sebaiknya. Sahabat Rasullulah dahulu, hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mereka makan sekadar untuk hidup, dan hidup mereka hanya kerana Allah. Makanan itu semata-mata alat untuk kita sampai kepada Allah. Jadi perbetulkanlah fikiran kita..


Jaulah?

Kebanyakan sahabat Nabi juga tidak meninggal di tempat kelahiran mereka sendiri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W.sendiri wafat di Madinah, bukannya di negeri kelahiran baginda iaitu Makkah. Mengapa? Sebanarnya hidup kita ini sendiri adalah satu pengembaranaan yang terus menerus, jaulah yang begitu panjang. Bermula daripada Allah dan akan berkakhir dengan bertemu Allah juga. Setelah 5 alam ditempuh , akan sampailah kita di destinasi kita, Allah. Maka patutkah kita menjadikan makanan sama taraf dengan tujuan kita iaitu Allah? berubahlah, jika tidak...

Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
[11]Al-Rum


Maka mereka yang mempersendakan peringatan akan dibalas Allah , di dunia, apatah lagi di akhirat sana.Maka ingatlah semua, kita sedang berjaulah, untuk mencari Ibrah dan semestinya redha Allah. itu sahaja
"Always begin with the end in mind"

sama-samalah kita membetulkan semula koordinat destinasi kita, Allah atau makanan(dunia). Jadi...

JAULAH ATAU REDAH?

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.