Friday, July 9, 2010

Amalan untuk mengubati 'Angau'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ni, ana sempat mendengar ceramah Ustaz Kazim sempena Isra' Mikraj. Beliau memang seorang ustaz yang berkebolehan. Ceramah-ceramah beliau disertai dengan nasyid, cerita lawak, zikir, bacaan ayat Al-Quran dan doa berramai-ramai. Memang menarik! Masjid pada malam itu penuh 'jem' dan sesak, melebihi majlis forum perdana, memang menarik, sehingga kereta Volks Wegan (wak Segan) yang tak pernah nampak pun ada. MasyaAllah!

Ubat mengatasi angau
Dalam ceramah beliau, beliau banyak bercerita tentang manusia-manusia yang pernah beliau jumpa, pelbagai ragam. Antaranya tentang seorang perempuan yang 'angau' sampai tak terurus (teruk sangat la). Dan Ustaz ada bagi doa untuk mengubati 'penyakit' itu:
1) Baca Al-Fatihah 7x
2) Baca Surah Al-Kafirun 7x
3) Baca Innallaha wa malaikatuhu..( tiada font jawi,asif) 7x
4) Selawat 7x
-baca sebelum tidur, Amalkan sehingga 'angau' hilang .Insya Allah.

Bahana dan bahaya penyakit angau
Semasa ustaz sebut tentang angau tu, ana terus salin kerana ana teringat kepada sahabat ana yang sedang mula dijangkiti penyakit itu. Sahabat baik ana sering menghubungi ana dan sahabat-sahabat lain untuk merawat masalah itu. Maklumlah, mula melangkah ke dunia baru. Dunia kampus, sememangnya berbeza dengan Biah (suasana) di maahad. Mula-mula ana berfikir, perlukah takut sangat dengan angau ni, bukan apa, Terlalu ramai muda mudi kita yang ingin sangat dijangkiti penyakit ini. Hairan...


Telah begitu ramai yang menjadi korban penyakit ini, begitu banyak IMAN yang terguris, berapa berat dosa ditambah,betapa banyak nyawa tergadai gara-gara penyakit ini. Memang berbahaya!! melebihi H1N1. Kerana penyakit ini hanya boleh dikesan oleh diri sendiri (dan orang yang terdekat), sintom yang berbahaya seperti renyih(senyum) sorang-sorang, terbayang-bayang wajah si dia, Niat apa pun hanya ingin lebih dekat dengan si dia , memang bahaya. Niat kita berubah, beramal bukan kerana Allah, tetapi kerana si dia, maka sia-sialah amal tampa niat yang betul. Kerana " sesuatu amalan itu berdasarkan niat" ( Hadis)

Orang Mukmin perlu waspada !!
Maka dengan sebab itulah , orang yang menyayangi IMANnya akan takut untuk dijangkiti penyakit ini. Biar cinta tergadai ,jangan IMAN tergadai!!. Kerana dengan dihinggapi penyakit ini, hati akan bergetar, bukan kerana takutkan Allah, tetapi kerana 'si dia' ,Nauzubillah!! Maka hilanglah kemanisan IMAN yang selama ini dicari.Hilanglah cinta kita kepada ilmu.Semua itu adalah antara bahana angau sebelum kawin, sangat bahaya. Hilanglah segala apa yang IMAN ingini hanya kerana apa NAFSU ingini.

Semoga ana, anta dan semua yang membaca dan tersedar, terhindar daripada penyakit angau sebelum kawin ini. Semoga Allah menjaga IMAN kita sehingga masanya, kita 'berkongsi' IMAN dengan seseorang terjaga IMAN juga ,di masjid baru yang bakal terbina kelak. Insya Allah

6 17 ulasan:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM,syukran untuk info yang berguna,,,,may allah bless u

has_eyah said...

terima kasih sebab bgi info niii,,sbb kawan saya niii mghadapi masalh niii,,,suyukurlah,,,dapat cara ,,nk tolong dea,,,

Aku Faris Laaa!! said...

trime kasih diatas informasi in..

Unknown said...

Memang selama ni, tak pernah kena penyakit angau.. tapi betullah apa yg ditulis..sakit..penyakit ni memang sakit.. saya menangis masa baca artikel ni😢 thank you sangat

Ct said...

Sama la... Awk teringat kat awek ker pakwe? 😓

shaf2984 said...

Saya pun mula rasakan perkara yg sama. Sy seolah angau teringatkan dia. Sy sedar tp perasaan ni ingtan ni terbayang wajah dia. Sy nak pulihkan perasaan sy utk jadi normal. Sbb dgn keadaan skrg sy semakin sakit dan x terurus.

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.