Saturday, June 26, 2010

Penyertaan ulama tak jadikan Umno parti ekstrem- Najib

Penyertaan golongan ulama ke dalam Umno tidak akan menjadikan parti itu sebagai parti yang ekstrem terhadap perjuangan Islam, kata Datuk Seri Najib Razak.


Sebaliknya, Perdana Menteri berkata penyertaan itu membuktikan dasar perjuangan Umno dalam menegakkan syiar Islam di negara ini diiktiraf oleh golongan berkenaan.

"Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah, anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di Kuantan.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman.

Seramai 40 ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Najib, sebelum bermula mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur malam semalam.


Najib, yang juga presiden Umno berkata parti itu sentiasa mengalu-alukan penyertaan golongan cendekiawan agama untuk menyertai parti itu.

"Saya berharap ini sebagai satu titik permulaan kepada lebih ramai lagi cendekiawan Islam untuk menyertai dan menyokong perjuangan Umno," katanya.

Beliau berkata Umno telah membuktikan bahawa dasar-dasar perjuangannya selama ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan yang tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan sukan, Najib berkata perkara itu tidak perlu berbangkit lagi.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan kerajaan selain pandangan majoriti rakyat.

"Kita mendengar isi hati rakyat dan membuat keputusan bahawa lesen judi sukan tidak akan dikeluarkan," katanya.

- Bernama

(komen: Ulama masuk Umno? biar la, mungkin nak TARBIAH ahli-ahli Umno yang lain.Mungkin... dan Najib kata kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi tu, nampak sangat tipu, Syarikat Berjaya Holdings dah untung dan sudah HALAL berjudi. Baru kerajaan kata tak bagi lesen judi. Tipu punya orang...)

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.