Tuesday, November 17, 2009

Perjuangan Bermula !!!

Esok
Esok ialah tarikh keramat bagi mereka yang lahir pada tahun 1992 di Malaysia. Setelah belajar bertahun-tahun , inilah kemuncaknya. Dan disinilah juga bermula sesuatu yang baru bagi hidup kita. Sesuatu yang dikatakan amat penting dalam karier pendidikan di Malaysia ini. Segala onak duri, cubaan, dugaan dan pahit getir telahpun ditempuhi.Namun , terselit kemanisan dalam setiap langkah.

Indahnya perjalanan ke Syurga,
Namun , Betapa peritnya setiap langkah itu.


Kata-kata ini kalau dijelaskan memang mempunyai maksud yang mendalam bagi yang memahami. Perjalanan ke syurga semestinya indah, penuh dengan magfirah , berkat dan rahmat. Namun ingatlah, setiap itu ada bayarannya iaitu kepahitan, cubaan, fitnah ,kehilangan dan kekurangan pasti datang bersiggah. Kerana itulah jalan yang telah ditempuhi para pnecintaNya. (panjang lebar...)

sebelum terlupa
maafkan diri ku andai pernah mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat sekalian.
serius ni. tak tipu...

1 17 ulasan:

mhmi said...

Kita bukan org yg memulakan perjuangan, tp org yg meneruskan perjuangan Nabi

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.