Monday, June 1, 2009

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,"
katanya selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkatam daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek. - Bernama


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ana rasa banyak dah antara kita yang sudah mengetahwi perkara ini. Ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya. Atas dasar tersendiri, semua mereka berhujjah. Mungkin ini sekadar 'pembaharuan' yang ingin di lakukan oleh Menteri Pendidikan kita kang baru ni iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerana, ramai yang berpendapat, setiap kali Menteri baru yang dilantik, basati mereka akan menukar sesuatu untuk 'di kenang' dalam lipatan sejarah. Contohnya, bagaimana tulisan Jawi mula dilupakan, an kini menjadi satu masalah kerana kebanyakan orang Melayu sendiri 'Buta Jawi'. Mengikut ustazah ana yang dulu, orang yang buta jawi ini selalunya buta Al-quran.Contoh lain seperti pengenalan sistem PPSMI. Mungkin perkara ini tak perlu di cerita panjang kerana sudah diketahwi umum.


Ana tak setuju
Ana tak setuju. JIka perkara ini di jalankan di semua sekolah termasuk sekolah Aliran Agama. Sebagai contoh, Maktab Mahmud Alor setar mewajibkan pelajar aliran Sains mengambil 12 subjek. Dan aliran Ekonomi juga 11 subjek. Jika subjek SPM ini dihadkan, maka semua cara pembelajaran yang sedia ada akan terganggu. Ini mungkin situasi di kebanyakan sekolah-sekolah Agama di Malaysia. Jika di sekolah kebangsaan biasa, perkara ini mungkin tidak memberi impak yang besar.

Ilmu itu tak ada had

Ni adalah faktor utama yang menyebabkan ana tak setuju. ilmu itu tak boleh disekat. Jika jumlah matapelajaran dihadkan kepada 10,maka hanya 10 sahajalah matapelajaran yang hanya dipelajari oleh pelajar. Jika ada juga yang belajar lebih, mereka hanya sekadar belajar tetapi pasti tidak akan memberikan perhatian 100%. Kita di Malaysia , kebanyakan pemikiran pelajar kita adalah 'berorentasikan peperiksaan'. Maka, mana-mana matapelajaran yang tidak disenaraikan dalam SPM, pasti akan dipandang 'enteng' dan 'remeh' oleh pelajar.Maka, ini sudah pasti tidak membantu lansung pelajar-pelajar kita.


Pilihan Sendiri

Sekarang ni sapa yang nak periksa? Sapa yang nak SPM? pelajar-pelajarlah! bukannya yang dok cakap banyak tu. Maka biarlah kami sendiri iaitu para pelajar yang membuat pilihan. Pelajar-pelajar yang berpotensi patut diberikan peluang yang lebih. Maka dapatlah kita lahirkan pelajar yang berani menyahut cabaran selain cerdik. Jika kita dihadkan matapelajaran . Samalah ertinya seperti di kurangkan pendedahan ilmu . Maka pelajar kita akan terus terkebelakang dalam persaingan dalam pembelajaran.

Fikirkan semula

Ana harap , pihak kerajaan dapat memikirkan semula dasar yang baru ini yang pasti memberikan kesan yang negatif kepada pelajar,khasnya pelajar-pelajar sekolah agama. Ataupun, kecualikan sekolah-sekolah yang sememangnya perlukan matapelajaran yang lebih seperti sekolah agama.

nota: ini adalah pendapat penulis semata-mata,sekadar pengetahwan dan ilmu yang cetek. WaAllahhua'lam

1 17 ulasan:

beautiful minds said...

salam..
sistem pendidikan Malaysia sememangnya berkonsepkan menghadkan daya dan pemikiran pelajar. definisi setiap istilah dan konsep pun kebanyakannya diprogramkan kepada setiap pelajar. Maka, lahirlah mahasiswa yang tidak se gah dan seberani tahun2 70-an. juga mahasiswa menjadi pengikut setia dalam menegakkan pendapat masing-masing. seperti kata pengkritik popular sistem pendidikan Malaysia, Prof Khoo kay Kim: pelajar yang bijak itu didefinisikan sbg yang mengikut jawapan gurunya atau hampir sama jawapannya dengan jawapan gurunya. sebaliknya pelajar yg bodoh itu cara pemikirannya yg lain dari gurunya.oh! alangkah terperuknya minda pelajar kita..
apakah ini yang dikatakan ingin melahirkan rakyat minda kelas pertama? kelas ke 3 pun belum tentu andai sistem pendidikan masih belum diubah. jangan hanya tahu berslogan. aku sudah jemu dengan slogan. bertindak mengikut realiti.

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.