Thursday, March 12, 2009

Cuti sekolah telah kembali

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cuti
Cuti sekolah telah bermula. Walaupun hanya seminggu. Bagi ana , itu satu tempoh yang sanagt berharga. Mungkin ada yang mengisinya dengan perkara yang perkara yang merehatkan minda ,setelah memerah otak selama 3 bualn berturut ataupun ada yang mengisinya dengan mengulangkaji matapelajaran yang yang kurang difahami dan menghilangkan keBluran tentang mana-mana subjek. Ada juga mengisinya dengan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru-guru. Apa-apapun aktiviti, pastikannya aktiviti yang bermanfaat.

masa lapang
Perkara yang merbahaya bagi seorang muslim ialah " masa lapang yang tak diisi". Sebenarnat , ianya ialah pepatah Arab, namun ana terlupa ayat Arabnya. minta maaflah. Mengapa masa lapang yang tak diisi ini bahaya, bukankah ianya dapat menghilangkan tekanan seseorang itu? mungkin ya bagi mereka yang tak mengerti. tetapi sebaliknya bagi yang mengerti. sebenarnya, jika sesuatu itu tak diisi degn kebaikan , maka musuh kebaikanlah yang akan memenuhinya.

Penting

Seperti pepatah yang lain, "jika kamu tidak membuat kebaikan , percayalah yang kita sedang membuat kejahatan" ,Secara mudah, seperti hati, jika didalamnya ada cahaya, maka kegelapan tidak akan ada dan begitulah sebaliknya. " dan janganlah kamu mencampur adukkan antara haq dan batil " ayat Al-Quran yang sangat lazim didengari. Dan dengan kata lain, kita hendaklah sentiasa di dalam kebaikan dan kebenaran, jika kita tak berada dalam kebenaran, bermakna kita berada dalam kesesatan dan keburukan. Inilah cantiknya Islam. Jika semua umat Islam berpegang dan faham dengan ayat ini, maka dunia ini akan dipenuhi dengan kebaikan.

boleh buat ka?
ya, memang diakui . menulis ni lebih mudah daripada membuatnya. Tetapi, ini adalah satu peringatan kepada diri sendiri dan juga para pembaca. InsyaAllah, denagn keazaman yang kuat , kita boleh . Marilah kita sama-sama ingat mengigati. " sampaikanlah daripada ku walaupun , dari satu ayat" (maksud Hadis)

selamat bercuti semua : )

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.