Friday, March 27, 2009

60 earth hour





60 earth hour. Dikatakan suatu cara untuk menyelamatkan bumi yang tercinta. Tapi, sebagai muslim yang selalu berfikir, apakah sebenarnya motif di sebalik 60 earth hour ni?

Ini hanya pandangan ana. mungkin tak sama dengan antum (para pembaca). Ana rasa, sebelum kita bergelap pada malam ni, fikir-fikirkanlah dahulu.
1) kita semua menutup lampu ni untuk mengurangkan pengeluaran gas-gas berbahaya CO2 ,CFC dll. tetapi, ingat, kita bukanlah negara penyumbang besar kepada masalah ini. Negara-negara besar seperti A.S , China, Jepun, Jerman dan negara perindustian yanglain patut mengadakan 60 earth hour ni setiap hari. Bukan kita. Dan negara kita juga bukanlah pengguna Nuklear yang mencemarkan tu. Kita ada tenaga hidro. Walaupun tak banyak

2)Mengapa diadakan pada hari sabtu? kenapa tidak diadakan pada hari-hari yang lain? Hari Sabtu adalah hari kebesaran bagi bangsa Yahudi. Jika alasannya adalah untuk mengelakkan kerugian, maka bermakna mereka tidak sanggup berkorban demi bumi

3) mengapa di Malaysia , ianya dilakukan pada pukul 8.30 malam-9.30 malam. padahal itu adalah waktu solat (Isyak) ! mungkinkah ada agenda lain?

4) mengapa tidak diadakan saja pada waktu-waktu yang lain . contoh 12.00 tgh malam ka. kan mereka suka sambut sesuatu perayaan pada waktu tersebut?

5) Apa akan jadi dalam tempoh sejam tu. Mungkin kecurian akan berleluasa?. pada waktu yang berlampu pun mereka mencuri, inikan pula seluruh bandar@ negara bergelap. Mampukah polis mengawalnya? dan ini juga akan membebankan pihak polis yang sememangnya sentiasa sibuk

Itu adalah 5 pekara asas yang boleh ana persoalkan. buakn bermakna , Tak boleh 'join' tutup lampu tu. tapi, fikir-fikirlah dahulu sebelum tutup lampu tu.

Allah taala berfirman, mafhumnya" jika datang kepada kamu seorang Fasik dengan berita, maka pastikanlah kebenarannya (chek)"

tak kan bila kata. seluruh dunia tutup lampu, kita juga kena tutup lampu? yang banyak tak semestinya benar . Mungkin acara ni akan dijadikan acara tahunan sedikit masa lagi.
(mungkin ni adalah test Yahudi kat kita, nak ikut tak. sebelum ni , depa hamtar budaya-budaya depa, sekarang? )

Fikir-fikirkanlah

IC
11.47 a.m.
Alor Setar,kedah

khaliFah_maahad

1 17 ulasan:

Mohamad Zulhelmi said...

Tak sangka ada jugak yang berfikiran cetek macam ni ya...

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.