Thursday, February 5, 2009

Ustazahku Ummiku

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

3.2.09 merupakan tarikh yang akan ana ingat. Ustazahku @ ummiku dipindahkan ke sekolah cawangan lain untuk menjadi penolong kanan yang baru di sana.
Pemindahan ini berlaku secara tiba-tiba. Sebenarnya , pemindahan ini sepatutnya berlaku pada tahun lepas namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Ummi adalah panggilan yang sering ana gunakan kepada beliau.

Ummi merupakan antara guru-guru yang senior dan berpengalaman di Maahad a.s. Beliau merupakan guru yangmenyokong kuat BDK , Pembingbing Rakan Sebaya, Badan Bahasa Arab dan juga kaunselor sekolah. Setiap pelajar maahad pasti mengenali beliau. Kata-katanya sentiasa berhikmah dan indah. Wajahnya sentiasa tersenyum penyejuk hati. Nasihat diberi pada bila-bila masa. Tahun lepas, beliau diberi anugerah 'guru Penyayang' pada hari guru 08. Sebenarnya, beliau bukan saja ummi kepada ana, tetapi juga merupakan ummi kepada setiap anak maahad yang pernah belajar di maahad.

Namun, setiap pertemuan ada perpisahan. 'Selamat tinggal' bukanlah ucapan yang ana ucapkan. Ya, kita memang terpisah. tetapi kita tidak saling meniggalkan. InsyaAllah, hubungan kita semua akan lebih rapat dan moga kami lebih bersemangat untuk belajar. Allah akan temukan kita lagi, InsyaAllah..

Kepada ustazah ana ada satu puisi:


Ustazah,
kaulah ummiku,
selepas ummi kandungku,


membingbingku tika ku celaru,
Menasihatku tika ku buntu,
menyokongku tika ku ditentang,
mengingatkanku tika ku alpa,

Ustazah,
kaulah ummiku,
selepas ummi kandungku,

Setiap pertemuan,
Ada perpisahan,
hari ini itu terjadi,
ummi pergi,
anakmu disini,

InsyaAllah,
Allah akan temukan kita lagi,
ummiku aku ingat padamu,
Semoga Allah berkati perjalananmu,
ummiku..

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.