Thursday, October 29, 2009

Kempen -Generasi bebas maksiat

Exam

Friday, October 2, 2009

Padang -Padang jarak Padang Tekukur










komen- Dunia ini makin berani berbicara "Sudah Semakin Hampir Ajal ku!! Dan manusia akan hancur !!"

PENGAMBILAN PELAJAR BARU PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN, JAKIM-UIAM SESI 2010/2011

DARUL QURAN JAKIM
merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran, mempelawa calon-calon yang
berkelayakan untuk mengikuti pengajian Persijilan Tahfiz Al-Quran, JAKIM-UIAM . Pelajar-pelajar yang telah
menamatkan pengajian tahfiz di Darul Quran dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan
mangikuti pengajian di bidang Profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

SYARAT SYARAT PERMOHONAN

SYARAT AM PROGRAM
( UNTUK SEMUA PROGRAM )
- Warganegara Malaysia yang belum berkahwin.
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2009 dengan
1. Kepujian Bahasa Melayu
2. Kepujian Bahasa Arab
3. Kepujian Bahasa Inggeris
4. Kepujian Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan Sunnah atau
Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam
5. Aliran Sains



SYARAT KHAS PROGRAM
( UNTUK PROGRAM YANG DIPILIH )
Bil Program Kod Syarat Khas
1
ASASI
KEJURUTERAAN

Y0400
- 4B dalam matapelajaran Matematik
- 5C dalam mata pelajaran berikut :
Matematik Tambahan,Fizik, Kimia,Bahasa Inggeris
2
ASASI
PERUBATAN

Y0080
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
- 3B dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia
- 4B dalam mata pelajaran Fizik , Matematik / Matematik Tambahahan
3
ASASI
SAINS HAYAT

Y0010
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik
Tambahan, Bahasa Inggeris, 7D Fizik
4
ASASI SAINS
FIZIKAL

Y 0020
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Matematik, Matematik Tambahan,
Fizik, Bahasa Inggeris, Kimia.
5
ASASI
FARMASI

Y 0060
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
- 3B dalam mata pelajaran Biologi , Kimia,
- 4B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan
6
ASASI PERGIGIAN
Y0070
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
- 3B dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia
- 4B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan
7
ASASI SAINS
KESIHATAN
BERSEKUTU

Y0030
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik
Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik
8
ASASI
KEJURURAWATAN

Y0031 - Kepujian dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik /
Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik
دار القرءان

Borang permohonan boleh diperolehi dan hendaklah diisi melalui;
i ) Laman Web:
- www.islam.gov.my.
- www.darulquran.gov.my
Borang Permohonan dan Borang Perakuan Diri yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar beserta

keputusan Percubaan SPM 2009 yang telah disahkan ke :
Unit Pengambilan Dan Kemasukan,
Darul Quran JAKIM, Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
Sebelum atau pada 10 Oktober 2009.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Unit Pengambilan dan Kemasukan Darul Quran, JAKIM
Tel: 03-60635333/03-60635350

Pemohon yang berjaya untuk mengikuti temuduga boleh menyemak di website Darul Quran
(http//:www.darulquran.gov.my) pada 19 Oktober 2009


PENGAMBILAN PELAJAR BARU
PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN, JAKIM-UIAM
SESI 2010/2011

Friday, September 18, 2009

Ramadhan berangkat pergi

Ramadhan,
Setiap perkara punyai ubatnya,
Dan kaulah ubat bagi seluruh tahun,
Yang menutup kembali segala dosa,
Hamba-Nya yang terkeliru di sepanjang tahun,

Ramadhan,
Permulaan mu rahmat,
pertengahan mu maghfiroh,
akhir mu kemerdekaan daripada Api Neraka,
Sesudah mu Aldil Fitri bertandang,

Ramadhan,
Hadir mu disambut mesra oleh pencintaNya,
Al-Quran dibaca sepanjang masa,
Malam-malam mu hidup bak bintang bercahaya,
Rezeki turun mencurah-curah,

Ramadhan,
Kini kau pergi mengadap Tuhan mu,
Dengan segala ibadah yang hambaNya lakukan,
Dan kami di tinggalkan di sini,
Kembali mendepani Nafsu dan tentunya Syaitan,

Ramadhan,
Alangkah baiknya jika kau hadir lebih lama,
Rahmat dan berkat berpanjanyan,
Tetapi itu tidak berlaku,
Dan itulah yang menjadikan kau Istimewa,

Ramadhan,
Aku ingin bertemu mu lagi,
Mendakap erat Rahmat dan Berkat Tuhan mu,
Zikir dan kyusuk beribadah di malamnya,
tampa gangguan Laknatulllah yang di belenggu,

Ramadhan,
Tunggu ku di tahun hadapan,
Agar dapat kia sama-sama bermesra semula,
Dengan Ibadah dan Zikir,
Kabulkanlah wahai Tuhan rabbul Jalil.

Lirik Khas

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

(Raihan -Raya)
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.