Saturday, April 24, 2010

KEM QIYADAH RABBANIYYAH

KEM QIYADAH RABBANIYYAH

Anjuran : Badan Dakwah dan Kebajikan MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Tempat : Kem Seri Julok Resort, Naka Kedah

Peserta : 80 orang

KEPEMIMPINAN CARA ISLAM MENJAMIN KREDIBILITI PEMIMPIN AKAN DATANG.

klik sini untuk gambar rasmi Kem Seri Juluk

Sunday, April 18, 2010

Syarah al-Hikam Jilid 1



Syarah Hikam

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.

Penulis
: Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri
Kod Katalog
: TBBK 1118
Kod ISBN
: 978-967-5102-35-6
Harga
: Semenanjung M'sia - RM50.00

: Sabah / S'wak: RM52.00

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1111
Kod ISBN
: 978-967-5102-40-0
Harga
: Semenanjung M'sia - RM12.00

: Sabah / S'wak: RM14.00


(komen) Ini terbaru dalam koleksi ana.Buku ini ,memang tidak mengecewakan. Pada pandangan pertama, ayat-ayat dalam buku ni agak 'kejiwangan'. Namun, semakin banyak lembaran dibuka. Semakin menarik dan munasabah isi-isinya.Sesuai untuk semua peringkat umur, terutama kepada mereka yang 'sering' didekati penyakit 'cinta'. Saya bagi 5 bintang !!

Thursday, April 8, 2010

Perisik Israel dalam PDRM calar maruah Raja-Raja Melayu

Perisik Israel dalam PDRM calar maruah Raja-Raja Melayu
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 7 April: Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.

"Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini.

"Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital," katanya.

Mahfuz melihat apa yang berlaku itu sebagai ancaman kepada negara ini kerana institusi keselamatan negara seperti polis telah ditentukan hala tuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan Israel yang disifatkannya sebagai entiti haram pengganas.

"Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret (Datuk Seri) Anwar yang mendedahkan perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan.

"Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu merentasi persoalan 1Malaysia ataupun One Israel tapi ini soal maruah dan kedaulatan negara yang dipelihara bukannya dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi pihak zionis.

"Perdana Menteri perlu berani memberi penjelasan bukannya menjadi seorang yang penakut berhadapan kenyataan sebenar kerana perlantikan itu atas keputusannya sendiri," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses zionisasi ke atas negara ini melalui proses ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.

Beliau juga meminta rakyat membuat penilaian sama ada ahli-ahli Umno akan memilih kesetiaan dan patriotisme kepada negara tercinta ini atau kepada pemimpin mereka ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan.

Anwar semalam mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kewujudan perisik Israel dalam PDRM.

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan syarikat terbabit, Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Katanya lagi, ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim zionis yang kejam," katanya.

Simbol Hebrew Pada Microsoft Office

Simbol Hebrew Pada Microsoft Office

oleh Ibnuyaacob



Dewasa ini semakin ramai yang berkemahiran menghubungkaitkan sesuatu simbol, objek, pernyataan dan tingkah laku dengan secret societies, Illuminati, Freemason, Kabbalah dan sebagainya.


Tidak kurang juga dengan Darren Garnick yang berjaya menimbulkan teori penting dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat konspirasi. Garnick bukan seorang blogger conspiracy theorist dan blognya tidak mengkhusus hal-hal konspirasi walaupun dia agak terkenal dari sudut penerbitan media.

Pada 21 Februari 2010 lepas, Garnick berjaya menimbulkan keraguan pada simbol-simbol produk Microsoft Office versi Mac dalam artikelnya. Garnick menyatakan keraguannya mengenai simbol perisian MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint (versi MAC) yang hampir 100% menyerupai simbol perkataan Hebrew.



(Gambar) Icon MS Word, Excel dan Powerpoint yang dikatakan menyerupai huruf Hebrew.

Namun, Garnick tidak berlebihan dalam menyatakan keraguannya. Dia sendiri mengaku dia tidak dapat membuat hubungkait antara huruf Shin-Aleef-Koof yang terdapat pada perisian Microsoft Office itu.

Walaupun tidak menghabiskan teorinya, Garnick menamatkan artikelnya dengan nada sinis kepada Microsoft;

The Israeli government should hire the Apple-Microsoft team to do a complete Hebrew alphabet redesign.

Yang lebih menghairankan, teori Garnick yang sangat ringkas itu mendapat perhatian akhbar utama Yahudi di Amerika iaitu The Forward.

Wallahu’alam …

Monday, April 5, 2010

LAMBAI 2010

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.