Monday, May 6, 2013
Friday, April 12, 2013
Kisah Ketua Kelas : Satu Pandangan
Isu minggu lepas.
Bagi saya bukannya lambat, cuma saya memerhati.
Orang muda kata 'usha'.
Kisah Ketua Kelas
Seperti biasa, saya meninjau perkembangan berita sahabat-sahabat di FB, dan disitulah saya berjumpa dengan isu ini.
![]() |
| bahan bukti |
Di mana linknya? Mahu lihat?
Sudah-sudahlah. Tak perlu lihat.
Kalau lihat pun video itu, saya yakin banyak yang akan menyumpah seranah, maki hamun, keji, dan tak kurang juga yang beremosi.
Tahu tak apa itu Schadenfreude ? suka dengan video, gambar yang ganas
Sudahlah. Mereka sudahpun tertangkap. Ambil pelajaran.
Kes Polis
Itu semua (kutukan yang melampau) bukan ajaran Islam, bukan ajaran Nabi.
Pandangan saya
1) Pertama
Saya mengucapkan tahniah kepada semua warga Internet yang saya lihat sangat membantu. Apabila video bukti itu tersebar, dalam tempoh kurang 24jam, pesalah telah dapat dikesan. bahkan dengan begitu teliti sekali.
Nama disertakan, alamat Twitter, alamat facebook, alamat blog, gambar dan bukti perbualan mereka.
Pantas dan cekap!
Salute sikit
sumber daripada page Harimau Malaya
"Kah kah kah . . . time hang pijak anak orang hang tak takut apa, la ni baru hang ada akai, ni twitter geng lan todak, kalau jumpa budak ni kita ajak makan kenduri ramai-ramai lepas tu baru kita hantaq balai.
keh keh keh . . .
NAMA : IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH
TWITTER : https://twitter.com/ijatsyafiq
BLOG : http://izzatashadiari.blogspot.com/
http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/
BUKTI : http://imgur.com/gWEINkh
SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN"
Sumber kedua
Blog rasmi, hehe
2) Kedua
Dalam masa yang sama, banyak sungguh kutukan kejian makian dan segala kata-kata jelek dilemparkan kepada mereka.
Ya, mereka salah.
Ya, mereka melampau.
Ya, mereka penakut dan bacul.
Ya, mereka ini zalim.
Namun, mereka ini juga manusia.
Mereka ini baru setahun jagung, sekolah pun belum habis (
Islam tak ajar kita tumbuk orang , zalim , penakut dan semua yang buruk yang pelajar-pelajar ini buat.
Dalam masa yang sama, Islam tak ajar kita mengikut nafsu dalam berbicara, Jangan over.
Jaga adab, tulisan kita kekal boleh dibaca.
Fakta dengan fakta.
kes ada samanya dengan isu listen listen listen dulu, menjadi bahan kutukan masyarakat maya.
3) Kuasa Allah
Yang ini yang ramai lepas pandang, (mungkin ada yang nampak tapi tidak sebut)
Allah Maha Adil.
Saya pernah terfikir, apa yang saya akan buat jika saya di tempat ketua kelas itu.
Apa?
Mungkin setelah diserang, atas dasar 'mempertahankan diri' saya mungkin akan menyerang balik. Satu tumbukan padu dibahagian tertentu di kepala dan badan, mampu menyebabkan pendarahan dalaman dan besar kemungkinan selalunya membawa kepada kematian. Ada, badan manusia ini ada 'titik lemah'.
Namun, adakah itu penyelesaian?
Ternyata bukan, selalunya jika situasi di sekolah, yang menumbuk dan yang menumbuk balas walaupun atas dasar 'mempertahankan diri', kedua-dua akan dipersalahkan.
Selalunya begitu, percayalah.
Jadi, apa pilihan lain yang lebih rasional?
Bertahan.
Bertahan sahaja , berlindung dengan betul. Sabar.
Dan berharap Allah akan bantu.
Allah pasti bantu orang yang dizalimi.
Allah bersama orang yang sabar.
Itu hakikat!
Dan hasil daripada kesabaran itu, Allah benar-benar membalasnya.
Penjenayah dicari, ditangkap dan dikeji seluruh warga internet. Dan si ketua kelas diangkat menjadi wira.
Sekarang ini, siapa yang yang berjaya? Siapa yang menang? Siapa yang beruntung akhirnya?
Kita tahu siapa.
Begitulah hakikatnya dunia, yang Zalim pasti akan dibalas, samada cepat atau lambat, jika tidak di sini, di 'sana' masih ada.
Akhirat.
Boleh juga dipakai dalam situasi PRU sekarang. eh!
4) Keempat
Hukuman setimpal. Apa-apapun hukuman yang akan atau sedang dijalankan kepada mereka (Lan Todak and the gang), satu aspek paling penting harus diselesaikan.
Mereka perlu tahu dan faham dan merasa perbuatan mereka itu adalah salah di sisi Islam dan salah di sisi undang-undang negara.
Faham! mengapa salah
Tahu! mengapa salah
Kerana jikalau mereka sekadar dibuang sekolah, dibiarkan, dipinggirkan dan terus dikutuk tanpa bimbingan yang benar, mereka pasti satu masa nanti akan mengulangi kesalahan mereka, bahkan mungkin lebih dasyat.
Kerana mereka masih tidak percaya apa yang mereka buat itu salah.
Itu adalah isu utama di sini.
Kerana manusia akan bertindak atas apa yang mereka percaya.
Terakhir
Marilah kita ambil ikhtibar.
Pelajar jangan bertindak liar. Berakhlaklah dengan akhlak yang baik.
Sekolah perlu menekankan akhlak selain akedemik, tidak ada maknanya pandai tapi berakhlak buruk.
Cikgu perlu menyelitkan isu ketuhanan dalam pelajaran, 'Apa tujuan kita di dunia ini?'
Ibu bapa perlu menanam agama kepada anak sejak lahir lagi. Itu adalah asas.
Anak-anak perlu matang dan mencari ilmu. Hormati yang tua dan sayangi yang muda.
Pihak pelajaran perlu memikirkan cara yang terbaik untuk menangani isu sebegini, buang sekolah bukan penyelesaian terbaik.
Jika apa yang berlaku ini tidak diambil pelajaran, rugi kita.
Rugi besar.
Melihat bukan sekadar dengan mata, tetapi mata hati.
![]() |
| Muka muka pesalah (Lan Todak and the gang) yang sudah bertaubat , insyaAllah. |
Tuesday, January 22, 2013
Ayat Pengasih sebenar
1. Al-Fatihah
Inilah yang dipanggil berlapang dada, serendah-rendah ukhwah.
P/s: sebenarnya, saya agak ragu-ragu (syaitan punya angkara) untuk tulis bab ini. Tetapi saya yakin, ilmu itu perlu dikongsi. Jadi inilah dia perkongsian ilmu
Tuesday, January 15, 2013
Isu Listen Listen Listen
Itulah ayat yang terbaik untuk kes ini. Pada awalnya, sekadar dijeling sahaja 'isu' ini, namun apabila semakin panas, kajian terperinci (research) perlu dijalankan.
Kita ada banyak sumber, cari dan fahami.
Dan akhir sekali, hakimilah dengan mata hati yang adil.
Boleh ambil konklusi daripada sisi akedemik , daripada sisi tahap pemikiran masyarakat , daripada sisi mahasiswa di Malaysia dan banyak lagi yang berkaitan.
Kita semua terpelajar bukan?
(senyum)
Marah?
Kesannya sangat dasyat, google sahaja. Mungkin akan jumpa berjuta berkaitan isu ini.
Apa guna emosi? Kita mahasiswa terpelajar bukan?
Tapi kita masih lagi manusia, tetapi.
"orang yang kuat ialah orang yang menahan marah"
****Selingan
(saya ada terfikir, jika para cikgu/pensyarah saya bertanya soalan, apa jadi jika saya jadikan kes ini sebagai ikutan tauladan? Geleng-geleng)
Gurau
**** Teruskan
Upin Ipin
Upin Ipin terkenal dengan betul betul betul
Jadi mungkinkah boleh buat isu negatif ini menjadi comel?
Listen listen listen (suara Upin Ipin )
(Kurangkah aura negatif itu)
Senyum.
Hasil
Jadi, bagi saya, jika kita sekadar kutuk dan dan terus menjadikan isu ini sebagai 'troll', maka kita ini bukan mahasiswa yang terpelajar.
Bak kata Ust Hasrizal di Saifulislam. Kita kena ada ilmu untuk faham isi dan kulit.
Apa isu sebanar di sini?
"Be the solver, not the problem"
1) Bagi semua sahabat-sabahat muslim saya yang ambil berat, dan terkesan dengan semua ini, ada yang berkata "tapi yang paling malu sekali bila orang islam yang membalas begitu kepada orang bukan islam...agak-agak orang bukan islam akan fikir apa?" dan yang sama waktu dengannya, di sini ada satu cadangan.
Berakhlaklah dengan akhlak nabi yang sangat lemah lembut, tunjukkan islam yang sebenar dengan perbuatan kita sendiri, terangkan, inilah akhlak yang Islam ajar. Inilah akhlak Nabi Muhammad. Baginda sangat lemah lembut. Tidak percaya? baca buku sejarah yang sahih!
Anda pasti tersentuh.
Walk the talk men! (cakap dan buat!)
2) Bagi yang marah. Saya cadangkan cadangan daripada Saudara Hilal Ashraf daripada facebooknya
Saturday, January 12, 2013
Senyaplah
Masa kita semua banyak dicuri.
Dicuri oleh perkara-perkara yang tidak berguna.
Tiada faedah bahkan hanya menempah padah.
Bukan kita semua tidak tahu, kita cuma tidak sedar.
Mungkin ada yang sedar namun mungkin tidak mampu.
Lemah dan lelah menahan nafsu.
Padahal semua tahu.
Dunia itu bukan untuk membuang masa.
Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing
Salah satu pencuri masa yang paling terkenal kini namanya En. PesBuk
Juga dikenali FB
Salahnya pada FB
*******
Hai kawan!! , En. PesBuk itu tidak salah!
Yang salah ialah klien En. PesBuk itu.
Sibuk bercerita tentang ntah apa-apa.
Tidak menambah pahala
Mungkinkah menambah dosa?
Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing
******
Jangan hairan kalau manusia tahu apa, siapa, di mana dan apa tentang engkau?
Buat-buat tak tahu dan terkejut
Yang paling kritikal ialah orang yang marah jika tahu
Padahal semua itu dia sendiri yang tunjuk pada dunia
Kemudian buat-buat tidak tahu pula
Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing
Speak good, or speak nothing
Speak good, or speak nothing
Speak good, or speak nothing
Speak good, or speak nothing
Friday, November 16, 2012
Gaza 14 2012
43000 BSP
Tuesday, November 13, 2012
Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus 2012
bermula 13 Nov 2012 jam 7.30 pm
UAI sudah mendapat tempat di Astro Oasis. Nampaknya, pasti akan menjadi satu program yang meletup seperti 30 minit Ustaz Don di TV Al-Hijrah
Poster
Apa kata imam-imam muda kita?
Jadi, tunggu apa lagi? tak tengok rugi
berat nanang~
Kalau tidak ada astro, You tube ada :)
benda baik elok dikongsi bersama. Pahala percuma!
Link
Sunday, August 12, 2012
Isu Rohingya, isu kita semua!
Hal orang Islam di Rohingya? Apa nasib mereka? Siapa mereka?
Jika ini kali pertama mendengar kisah ini. Apa guna adanya dunia internet kalian??
Sedih (geleng kepala)
Jika mereka bukan siapa-siapa, mereka juga manusia seperti kita.
Isu ini bukan perkara kecil.
Siapa mereka? Mereka bukan siapa-siapa, mereka saudara kita!!!
Bukan hanya bercakap, bertindak!!!
Komentar Aktivis MAMPIN Tuan Mustapa Mansor : "Inilah ungkapan ulangan dari datuk nenek kita dulu di Turki ketika Khilafah ada kekuasaan menjaga wilayahnya. Bunyinya keras tapi ianya adalah sebuah komitmen persaudaraan, keputusan berani dari iman yang kukuh, kejujuran untuk memikul beban risiko dan inilah penantian yg panjang dari umat ini terhadap pemimpinnya di mana jua. Seharusnya dgn bukti kukuh begini kita sudah mampu menilai dan mengenali siapakah yg paling layak utk memimpin umat ini semula..!! sdr pejuang sealian,mari kita lupakan penampilan luaran seseorang dan lihatlah komitmennya terhadap umat ini..!! Kenangan di Mavi Marmara tidak ku lupakan..ERDOGAn saja yg berani berkata ".....Jika kamu tidak lepaskan para aktivis di kapal dlm masa 24 jam..kami akan SERANG...!!" "
(petikan daripada FB)
Bukan itu sahaja
Sumber Rohingya Community الجالية الروهنجية (LIKE untuk maklumat lanjut)
Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID) juga mendesak kerajaan Malaysia melakukan sesuatu untuk membantu mereka.
KITA JUGA BOLEH MEMBANTU!!
Sekadar berFB dan berBLOG tanpa apa-apa usaha lain juga adalah ibarat berkata-kata kosong.
Walk the Talk bro!!
Semoga Allah membantu mereka di sana. Jika kita hanya berdiam diri, kita berhutang dengan mereka.
Mereka saudara kita
Sunday, June 24, 2012
Dr Muhammad Mursi Presiden Mesir yang baru!! Adakah kita bersama beliau?
Kenali Dr. Mohd. Mursi (calon IM utk Presiden Mesir):
1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.
Sumber
Teringat pula kata-kata sahabat saya, Ilham Ismail di Facebook beliau,
"Alhamdulillah. Kemenangan Allah kurniakan kepada Dr. Mursi.
Ramai yg gembira. Tetapi apakah dalam jutaan yang meraikan kemenangan ini, benar-benar menghayati dan mensyukurinya? Berapa ramai yg gembira tetapi sekadar di laptop atau msg? Apakah tersenarai nama kita dalam sebagai salah seorg yg menyumbang kpd kebangkitan Islam? Atau sekadar penyokong buta yang hanya berpura?
Wahai syabab! jadilah kamu pendokong bukan sekadar penyokong!
"Ya Allah, moga kami tersenarai sebagai pejuang Islam disisiMu.
Peliharalah kami dari kepura-puraan diri dalam agamaMu."
:: Hidup mulia atau mati syahid! Bukan hidup saja atau mati kosong :: "
Saya pernah terbaca, sewaktu islam ditindas, golongan munafikin tiada,
dan ketika islam mula mendapat tempat dan kuasa,
Sunday, February 26, 2012
Oh Tudung Labuh~
Tudung. Tudung. Tudung.
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!
Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!
P/S: Saya akan mulakan satu trend (Label) yang baru dibawah nama Muslimah bidadari dunia ^^
khas untuk girls dan muslimat























