Showing posts with label islah. Show all posts
Showing posts with label islah. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Kamu Kenal apa itu FITNAH?


Fitnah

Fitnah itu barah
Yang melahap manisnya ukhwah
Yang menyentap naluri fitrah
Atas berita yang benar-benar salah

Fitnah itu

Perkara keji lagi mazmumah
Mempertonton aib yang betul entah
Memperkosa tingginya maruah
Dek kerna hati penuh amarah

Fitnah itu

Tiap waktu tiap masa makin parah
Jika dicanang manusia akalnya punah
Punah rosak dek dengkalnya tarbiah
Akal budi kekeringan ilmiyah

Fitnah itu

Lebih buruk berbanding membunuh
Kerna bunuh hanya satu jasad sudah
Fitnah itu pencetus musibah
Musibah besar merosak ummah

Fitnah

Bertaubatlah dengan perkara yang sudah
Jangan dicipta dicanang aib yang telah
Telah dilaku orang yang pernah
Kerana kita semua pernah salah

Wednesday, May 11, 2011

Marah


Marah

Marah itu api
Dibakar oleh nafsu sendiri
Disokong oleh syaitan pendengki
Dengki dengan ukhwah islami

Marah punya aura tersendiri
Penyebab manusia terasa dihati
Gelisah gundah menyapa hati
Aura itu menggelapkan harmoni

Cuba kalian ingati
Apakah manfaatnya menyimpan di hati
Rasa marah memakan budi
Penyebab hati hilang seri

Lenyapkan ia dengan ibadah
Alirkan wuduk penyuci yang indah
Maafkan sahaja apa yang sudah
Agar berbunga semula ukhwah mawaddah

Hiasilah diri dengan sifat nabi
Memaafkan manusia yang serba serbi
Agar islam mekar di hati
Agar hidup penuh harmoni

Mencari diri


Mencari diri

Terkadang hilang seketika
Sesuatu yang sediaada
Diri jasmani yang terbuka
Oleh hidayah pengubat luka

Luka jasad mudah dirawati
Kerana jelas nampak apabila diamati
Luka jasmani siapa peduli?
Dek kerana dosa yang silih berganti

Siapa pernah peduli?
Sakit deritanya jasmani
Dek kerana racun duniawi
Pahitnya jelas menyeksa hati

Ramai manusia kini gila
Gila mengejar yang sementara
Sanggup menggadai apa sahaja
Asalkan dapat apa yang dicita

Melakukan dosa seperti biasa
Bahkan penyebab insan lain berdosa
Tidak terdetikkah rasa berdosa?
Penyebab yang beriman turut berdosa

Mencari diri di tengah manusia
Manusia akhirat atau manusia dunia?
Bersama-sama berbuat dosa
Atau bersama-sama merasa pahala

Terkadang sebak terasa
Bagaikan hanya kita seorang yang merasa
Tetapi hakikat adalah sebaliknya
Semua yang beriman berkongsi rasa

Rasa sedih dengan diri
Yang sering terpalit dosa tanpa disedari
Walaupun mujahadah setiap hari
Masih lagi rebah dek dunia ilusi

Aku masih mencari diri
Tidak ingin hilang di tengah lautan duniawi
Tenggelam dalam jutaan manusia kini
Mencari diri untuk bertemu ilahi

Harapnya kita menjumpai
Diri sendiri yang dicari
Agar tenang membalut hati
Agar kita dirahmati

Tuesday, March 15, 2011

INI BUKAN FILEM !!: TSUNAMI JEPUN


Apakah perasaan anda apabila air lautan yang sebegitu banyak datang menerpa ke arah anda, setinggi 10 meter dan sangat laju?

http://www.youtube.com/watch?v=Qk1ESJ78zWs
http://www.youtube.com/watch?v=gMr1aRugZ3w


INI BUKAN FILEM













di sebelah saya sekarang, ada beberapa manusia masih sibuk ber'facebook' , sedangkan 'dunia' yang 'kita' sayang sedang menanti masa untuk hancur lebur.

Adakah perkara sebegini tak mungkin berlaku pada kita?, di Malaysia?, di bandar kita?, di tempat tinggal kita? semua ini BOLEH TERJADI pada kita.

Walaupun negara Jepun bukan majoriti beragama ISLAM, mereka tetap manusia.Saya amat bersimpati dengan mereka.

Jepun antara negara termaju di 'dunia' sekalipun,
tidak mampu untuk berhadapan dengan bala bencana yang Allah hantar. Air yang menjadi kawan sekian lama bertukar menghancurkan.

PANDANGLAH DENGAN MATA HATI. anda pasti tersentuh dan sebak,
lemahnya kita,manusia......
lemah...
sangat lemah...

Monday, August 2, 2010

Jaulah Atau Redah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jaulah adalah perkataan bahasa Arab, yang boleh ditafsirkan dengan merantau, bermusafir, jalan-jalan dan juga makan angin. Dan 'redah' adalah perkataan bahasa Melayu yang boleh juga titafsirkan sebagai serbu, terjah, bergarak secara membabi buta dan juga berjalan tampa perancangan. (bagi yang tak faham)


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
[10]Al-Rum


Berdasarkan ayat diatas, boleh dikatakan Allah menyuruh hamba-hambanya berjalan di muka bumi dengan TUJUAN memerhatikan kebesaran dan kekuasaan Allah. Bak kata pepatah Melayu terkenal, Jauh perjalanan luas pengalaman.Dan bukan pula hanya jalan-jalan cari makan...

Redah?
Ada dikalangan kita yang merantau, berjalan ke sana ke mari. Pernah ke Paris, Kaherah,London dan mungkin juga Alaska. Dan hanya bertujuan, jalan-jalan cari makan. Maka adakah segala jerih payah mereka mengembara itu dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah? Ingatlah, sabda Nabi yang terkenal, Mafhumnya "setiap amalan itu bergantung kepada NIAT" . Maka pastinya ganjaran pahala tidak diberikan, sebaliknya diberikan makanan sahaja, bukankah itu yang diniatkan?

Makan untuk hidup? atau Hidup untuk makan? Bunyinya hampir sama, namun maksudnya jauh berbeza. Jika hidup untuk makan, maka 'makan' itulah yang menjadi 'tuhan' kita ataupun tujuan hidup kita. Munasabah? ya , munasabah, jika kita ini hanyalah binatang di dalam hutan.(binatang pun Hamba Allah juga). Sebaliknya, jika di terjemah makan untuk hidup, maka itulah yang sebaiknya. Sahabat Rasullulah dahulu, hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mereka makan sekadar untuk hidup, dan hidup mereka hanya kerana Allah. Makanan itu semata-mata alat untuk kita sampai kepada Allah. Jadi perbetulkanlah fikiran kita..


Jaulah?

Kebanyakan sahabat Nabi juga tidak meninggal di tempat kelahiran mereka sendiri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W.sendiri wafat di Madinah, bukannya di negeri kelahiran baginda iaitu Makkah. Mengapa? Sebanarnya hidup kita ini sendiri adalah satu pengembaranaan yang terus menerus, jaulah yang begitu panjang. Bermula daripada Allah dan akan berkakhir dengan bertemu Allah juga. Setelah 5 alam ditempuh , akan sampailah kita di destinasi kita, Allah. Maka patutkah kita menjadikan makanan sama taraf dengan tujuan kita iaitu Allah? berubahlah, jika tidak...

Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
[11]Al-Rum


Maka mereka yang mempersendakan peringatan akan dibalas Allah , di dunia, apatah lagi di akhirat sana.Maka ingatlah semua, kita sedang berjaulah, untuk mencari Ibrah dan semestinya redha Allah. itu sahaja
"Always begin with the end in mind"

sama-samalah kita membetulkan semula koordinat destinasi kita, Allah atau makanan(dunia). Jadi...

JAULAH ATAU REDAH?

Saturday, May 23, 2009

Sekadar renungan para pendakwah muda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pagi tadi, dlm pkl 2 pagi. Kat sana dlm pukul 7 ptg.Ana sembang dengan Senior ana. La ni dia ada kat Mesir. Setelah bersembang agak lama, ana suruh la dia nasihat, dan dia pon cerita la sikit-sikit. Bawah ni satu conversation yang berlaku antara kami.

Cuba renungkan…

khaliFah 1412h: ok..
Syafiq Sharif: baru ana nampak benda ni
khaliFah 1412h: benda apa?
Syafiq Sharif: budak maahad la macam
Syafiq Sharif: dah x da
Syafiq Sharif: kesedaran ilmu
khaliFah 1412h: hmm
Syafiq Sharif: keedaran nak memiliki ilmu
Syafiq Sharif: menimba ilmu di bumi barakah
Syafiq Sharif: menilai kepentingan usrah
Syafiq Sharif: dan yg jadi naqib
Syafiq Sharif: x memainkan peranan sebagai naqib sejati
Syafiq Sharif: x nampak mad'u yg di taklifkan
Syafiq Sharif: sepatutnya
Syafiq Sharif: naqib
Syafiq Sharif: menjadi tempat meluahkan masalah dan sebagainya
Syafiq Sharif: menjadi teman yg paling rapt
Syafiq Sharif: sebuah keluarga
Syafiq Sharif: ana pernah ikut usrah waktu f1 f2
Syafiq Sharif: f3xda
Syafiq Sharif: ana x jadi naqib
Syafiq Sharif: dan ana berulang
Syafiq Sharif: f2 ana duk islah
Syafiq Sharif: ana rasa nak menghargai usrah tu
Syafiq Sharif: perasaan tu mai pun lepas ana tinngalkan usrah maahad
Syafiq Sharif: usrah ni
Syafiq Sharif: boleh membantu membina fardu muslim
Syafiq Sharif: jika berjalan dgn sempurna
Syafiq Sharif: dan masalah masalah di maahad
Syafiq Sharif: boleh dibendung
Syafiq Sharif: ana rasa macam nak turun maahad
Syafiq Sharif: pi buat program khas
Syafiq Sharif: untuk para naqib
Syafiq Sharif: latu naqib sampai sedaq peranan depa
Syafiq Sharif: naqib
Syafiq Sharif: tu baru naqib
Syafiq Sharif: belum lagi sebagai pendakwah secara individu
Syafiq Sharif: nak dakwah sesama budak maahad
Syafiq Sharif: org luaq
Syafiq Sharif: sebenaqnya besaq peranan kita
Syafiq Sharif: sebagai umat islam
Syafiq Sharif: tu la benda yg ana boleh bagi
Syafiq Sharif: nta rasa retorik dak??
khaliFah 1412h: ...
khaliFah 1412h: isk isk isk
khaliFah 1412h: kata2 yg ikhlas muncul dari hati yg memberoktak

Hakikat
inilah yang sering berlaku. Kita sewaktu berada di satu tempat, kita lupa tentang keistimewaan tempat tu. Kita kurang menghargainya. Kerana kita fikir seperti kita akan berada di situ selamanya. Tetapi, hakikatnya itu adalah salah satu persinggahan dalm persinggahan-persinggahan hidup. Dn kita tetap akan tinggalkannya. Betul tak?

Monday, January 5, 2009

Kesibukan memberi pengertian

Salam Tahun Baru hijrah1430h

semoga kalian semua sentiasa berada di dalam hidayah daripada Allah Taala.
Kesibukan sentiasa memberi pengertian. Pada ssat ini, sekolah -sekolah di selurah Malaysia telah mula beroprasi. Tidak terkecuali, ana sebagai pelajar turut terlibat dalam kesibukan ini.

Sebenarnya ana telah pon berada di A.S in sejak 31.12.08 lagi, sedangkan sekolah bermula 4.1.09. ana terpaksa datang lebih awal untuk menguruskan rumah sewa ana iaitu Darul Islah Wata'lim. Sibuk dan memeningkan. Kerenah pelajar-pelajar ditambah dengan kerenah ibu bapa dan juga waris kepada rumah sewa tersebut. Tetapi, Insya Allah , dengan bantuan daripada pihak-pihak terdekat dan rahmat Allah, ana dapat atasi semua itu. Semaga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu.
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.