Tuesday, October 30, 2012

Selangkah lagi

Gambar gembira setelah tamat final exam

Bermula hari ini, saya secara rasminya pelajar tahun dua perubata. Tamat sudah setahun. 4 tahun lagi insyaAllah.

Saya akan berusaha yang terbaik, kerana takdir saya di hujung usaha saya.

Melangkah tanpa henti

Terima kasih semua

Paling penting, terima kasih Allah.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Mu

^_^

Mohon doa sahabat-sahabat sekalian

Wednesday, October 24, 2012

Poster Majalah Al-Ustaz isu Korban



Jalankanlah ibadah korban ibadat
bukan sekadar korban adat

Patut beli majalah Al-Ustaz! Tambah ilmu mengenai ibadah korban ^_^

Buku Bulan Ini

Novel Sunan Musafir, nilai tauhid diadun cantik dengan elemen pahlawah dan isu cinta :)
Terbaik!

Ini untuk modal diri dan modal 'grandmother story' yang punyai ibrah dan juga bukan direka-reka

Solat adalah tiang agama, teguhkan tiang maka teguhlah agama. Dan khusuk bukan diperoleh secara percuma. Ianya perlu ilmu ^_^
MUST BUY

Tulisan Hilal Ashraf yang patut menjadi santapan minda orang muda yang mahu memahami agama dengan betul-betul paham, bukan sekadar ikut-ikutan. Ibarat bahtera yang menyelamatkan manusia (seperti filem 2012) , mengapa kita perlu memilih bahtera ini? Bahtera keimanan. Patut beli!

Doktor muslim yang punyai ilmu agama. Ilmu agama bukan sekadar milik ustaz bahkan milik semua. Doktor yang sebenar ialah yang mampu merawat penyakit zahir dan juga penyakit batin (hati)
Bakal Doktor Muslim WAJIB BACA :) 

Seorang ilmuwan yang mengunakan metode pemikiran islam yang sangat saintifik namun begitu tauhidik. Pelbagai persoalan disajikan dengan jawapan dengan fakta bukan auta.
(sempat jumpa tuan penulis dan dapat sign =D )


Bahan bacaan bulan ini. Kena rajin sikit 
p/s: kawan-kawan rapat kalau nak pinjam , 'roger' saja 

Tuesday, October 16, 2012

CERPEN: Cinta jarak jauh

Ihsan En Google

Cerpen terbaru saya.
Sudah lama siap, namun baru sempat untuk disemak.

Tak mahu cakap banyak.
Selamat membaca ^_^





CINTA DUA ALAM


                Bumi masih lagi gelap. Cuma embun subuh yang mula muncul dicelah-celah dedaun pokok.Sunyi pada manusia, namun dipenuhi zikir cengkerik yang setia. Fajar bakal menyinsing tidak lama lagi. Ibarat nyawa buana, fajar yang datang menghidupkan segala nyawa. Hari yang baru muncul lagi.

                Bunyi jam loceng tiba-tiba memecah sepi di bilik kecil itu. Lambat-lambat satu tangan muncul di balik kain selimut yang tebal. Menggapai jam.

                5.30 pagi, berbanding Malaysia, suasana di Ireland berbeza. Malamnya bergantung kepada musim. Musim sejuk sebagini, malamnya lebih panjang. Kesejukan kerap kali menduga iman di dada untuk waktu subuh.

                Tiba-tiba paparan komputer riba di meja sebelah bertukar cerah. Seperti satu panggilan video.

                “Amir! Bangun subuh nak. Mama sudah lama bangun dengan ayah ni,” suara mesra wanita separuh usia. Kelihatan di sisinya si ayah yang sedang membaca Al-Matsurat. Kelihatannya seperti di meja makan.

                “Kami di sini sudah pukul 10 pagi, ayah kamu kerja lewat sikit. Syif doktor dia mula tengah hari. Abang, cakaplah dengan si Am ini.” Ibunya menghalakan kamera tepat ke arah si ayah.

                Dalam masa yang sama, Amir sudah bangun. Berkumur dan menggosok gigi. Namun telinganya masih lekat pada suara-suara daripada komputer ribanya.

                “Hmm, kamu dah baca Al-Quran pagi ini? Ingat, kalau sempat baca Al-Matsurat pun jadi. Emak kamu yang nak sangat skype dengan kamu ni.” Nampak jalur-jalur usia diwajah ayanhnya. Namun senyumnya setiasa ada.

                Amir di singki tersenyum sahaja. Setelah wuduk diambil, dia ke ruang tamu. Pintu bilik ditutup perlahan. Suara daripada komputer ribanya senyap dihalang pintu.

                Sejadah hijau muda kegemarannya dihamparkan. Kopiah putih dikenakan. Persalinan yang bersih menjadi pakaian.

                Masa untuk berjumpa Sang Pecipta.

                Pencipta Alam seluruhnya.

******************

“Malik, kau tak tengok EURO final malam tadi?”Amir yang berdiri memulakan perbincangan. Sekadar memenuhi masa.

Suasana di dalam tram itu sesak. Sesak dengan segala macam manusia dengan agenda masing-masing. Tram di sana lebih dikenali sebagai ‘Luas’. Bunyinya seperti bahasa Melayu, namun itulah yang mereka panggil disana. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, ianya seperti LRT.

Hanya dia dan sahabatnya Malik yang bercakap bahasa Melayu.

Perantau di bumi orang.

“Manalah aku ada masa? Peperiksaan kan sudah dekat. Aku tidak kisah sangat  berita-berita yang tidak penting seperti ini,” matanya lepas keluar.

Benar-benar tidak berminat dengan bola sepak. Mungkin disebabkan tidak pandai bermain sukan itu, semua yang berkaitan dipandang enteng.

“Haha, engkau ini. Lawaklah. Walaupun aku juga tak minat sukan bola. Tapi ini semua isu samasa. Penting juga untuk kita. Bayangkan kalau kita nak mulakan sembang-sembang dengan orang lain. Kalau isu seperti ini pun tak kau tak tahu.Tak tahulah aku,” sambil ketawa kecil.

“Sudahlah Am, ibarat kata mak aku, bola itu bulat. Kita tak tahu ke mana ia akan bergolek. Jadi, kadang-kadang golek ke kanan, kadang ke kiri,” kali ini Malik mengeluarkan hikayat ibunya. Seperti berseloroh tapi wajahnya serius.

Ketawa Amir terhenti.

Air mukanya berubah. Teringatkan sesuatu.

“Betul kata engkau. Bola itu bulat.”

“Dunia ini juga bulat”

“Kadang di atas, kadang di bawah.”

Malik memandangnya dengan wajah pelik.

“Wah, bermadah pula. Datang dah ayat jiwang dia,” sambil satu tumbukan kecil dilepaskan kepapa bahu Amir. Mereka ketawa.

Manusia di sekeliling tidak kisah.

Di perantauan, sahabat ialah saudara.

Di perantauan kehidupan, setiap muslim adalah saudara.

Begitulah perjalanan mereka setiap kali menuju ke universiti.


*********

Kelas bermula seperti biasa. Jadual penuh dengan aktiviti. Daripada kuliah umum, kuliah khas, hinggalah ke bilik mayat. Kehidupan sebagai pelajar universiti memang banyak dugaannya.

Jika diikutkan malas dia hati, ramai sahaja yang tinggalkan kelas kerana kata mereka, nota kuliah masih lagi boleh dihadam nanti. Apa guna ke kelas sekadar untuk tidur?

Lebih baik tidur di rumah kata meraka.

Namun, apa saja alasan mereka, meraka perlu ingat, ilmu itu dicari bukan dinanti. Adab-adab mencari ilmu juga perlu dijaga. Kita bukanlah robot yang hanya untuk dimasukkan maklumat, kita adalah manusia yang mempunyai akal budi dan mempunyai iman sebagai GPS kehidupan.

Bukan robot.

Seorang doktor yang terkenal pernah berkata, pelajar yang malas ke kelas, di waktu kerja nanti juga berpotensi menjadi pekarja yang malas ke tampat kerja.

Manusia boleh berubah, namun bukan sekelip mata.

Usai kuilah pagi. Amir berkemas untuk ke kafeteria.

“Assalamalaikum,” satu suara menjengah telianga. Suara wanita.

“Waalaikumsalam. Ya Amirah, ada apa?” Amirkelihatan kekok. Barang-barangnya dikemas lebih cepat.

“Saya mahu minta tolong saudara Am untuk bantu saya dalam mencari  maklumat. Saya ditugaskan untuk siapkan bahan-bahan artikel untuk persatuan di asrama saya. Boleh saudara bantu?” cakapnya lambat-lambat. Sahabatnya di sebelah hanya angguk-angguk kecil.

Amir mengangkat beg sambil berlalu, “InsyaAllah. Tajuk apa?”

Mereka berjalan bertiga menuju kafeteria. Pelajar-pelajar lain sibuk mundar-mandir. Keadaan universiti mereka memang sentiasa hidup.

“Betulkah? Terima kasih banyak. Saya tahu Amir memang seorang yang baik,” wajah Amirah kelihatan bercahaya. Senyum manisnya menghias wajah. Gembira yang mula berputik.

Amir tahu, jika kita mampu membantu, bantulah semampunya. Kerana, dia masih ingat pesan ibunya, jika kita mudahkan urusan manusia lain, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita ke syurga.

“InsyaAllah, sekadar termampu.”

“Terima kasih Am.”

*********

Subuh datang lagi. Suasana sepi mula terganggu.

Bunyi jam loceng Amir memecah kedinginan pagi. Dalam masa yang sama, komputer ribanya turut beroperasi.

“Amir, kamu tahu, ayah kamu pening memikirkan perangai kamu.Tolonglah, solat jangan tinggal. Buat baik dengan orang. Janganlah sakitkan hati siapa-siapa lagi. Ayah kamu pening kepala tahu,” wajah ibu Amir muncul di skrin. Kelihatan sepertinya di pejabat.

Amir yang sudah di dapur mendengar teliti.

Senyum sendiri.

“Mama tak mahu dengar lagi masalah disiplin kamu di sana. Kami di sini berkerja keras agar kamu dapat ke sana. Kamu ini aset kami. Am anak mama. Dengarlah.”

“Mama pernah baca dalam satu buku agama, jika kamu mudahkan urusan manusia lain, InsyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita ke syurga. Mama harap, Allah akan mudahkan urusan kita semua ke syurga. Jadi, tolonglah orang lain dan paling penting tolonglah diri kamu sendiri.”

Wajah ibunya kelihatan risau.

Risau keadaan anak tunggalnya.

Amir senyap. Mag kegeramanya digenggam kemas, kopi masih lagi panas.

Butir-butir manik muncul daripada matanya.

Tulus daripada hati.


***********

Keadaan bilik mayat itu sejuk. Suhu demikian memang diperlukan untuk memelihara mayat daripada cepat rosak.

Kelas anatomi sedang berlangsung.

“Aku tahun ini malaslah nak balik Malaysia,” ngomel Malik sambil membedah mayat.

“Kenapa? Kau ada program?”Amir menjawab pendek.

“Bukanlah. Aku cuma malas nak balik. Kalau aku duduk sini, ayah aku bagi duit. Duduk di rumah, kalau bagi pun bukanlah banyak mana pun.”

“Sebab itu saja?”Amir berhenti memotong.

“Mungkin tak perlu balik setahun dua tiga kali, nanti orang kata aku anak manja,” katanya sambil buat muka.

Amir bergerak diri situ, topeng muka dan sarung tangan ditanggalkan. Menuju ke singki khas untuk membasuh tangan.

“Sementara ibu bapa masih ada, lebih baik engkau balik ziarah. Kau mampu, kau patut balik. Bukan semua orang ada peluang seperti engkau.”

Malik senyap.

“Kita ini, kalau nak buat perkara untuk puaskan hati orang lain. Tak mahu orang lain kata. Kita memang tidak akan ke mana-mana. Itu salah, ini salah. Yang penting, kau buat perkara yang kau fikir betul dan paling penting, perkara yang Allah dan Rasul kata betul,” Amir melangkah keluar daripada makmal.

“Jom la, aku nak belanja Doner Kebab!”Amir melaung dari jauh. Sejenis kebab kambing halal yang terkenal di sini.

Malik senyum.

“5 minit!”

Amirah di makmal sebelah memerhatikan gelagat mereka.

********

Perpustakaan adalah gedung ilmu. Namun, dengan kemajuan dunia kita, internet juga adalah gedung ilmu. Segala maklumat lama dan baru ada di dalam cariannya. Cuma perlu tahu bagaimana dan di mana untuk mencari.

Internet hanya alat, manusialah yang tentukan baik buruknya.

Amir duduk sendirian di meja tengah perpustakaan universitinya. Ulangkaji. Bukan semua yang boleh belajar dalam keadaan itu.

Komputer ribanya ditatap sungguh-sungguh.

“Mama dan ayah kamu nak pergi haji tahun ini, InsyaAllah satu minggu lagi kami berangkat ke tanah suci. Kalau sempat, lepas selesai semua urusan. Mama cadang mahu ajak ayah kamu ziarah kamu di sana.”wajah ibunya muncul di paparan computer riba.

“Sebelum mama nak berangkat, mama nak bagitahu, kami berdua sayangkan kamu. Dan kami dah maafkan dan halalkan semua makan minum kamu. Walaupun kadang-kadang buat perangai, kami faham. Walaupun dunia zaman kamu dan zaman mama berbeza, tetapi remaja tetap remaja.”

Senyum ibunya jelas di skrin.

“Mama teringat lagi, waktu ayah kamu datang ke rumah mama. Sangat berani. Dia berani datang sorang-sorang, jumpa dengan atuk dan nenek kamu. Semata-mata alasan mahu ziarah. Padahal mama waktu itu kawan biasa-biasa dengan ayah kamu. Itu sedikit sebanyak zaman muda-muda kami dahulu.”

Bahagia. Itulah pancaran wajah ibunya ketika itu.

Tuk..tuk..tukk

Tiba-tiba terasa mejanya diketuk perlahan.

Senyuman Amirah menjengah. Dia datang dengan beberapa sahabatnya.

Amir menanggalkan earphone. Skrin komputer ribanya ditutup.

Senyuman dilemparkan ke arah mereka.

“Ya? Amirah,boleh saya tolong apa-apa?” Amir memulakan bicara.

Mereka semua ketawa kecil.

“Am, tadi kami semua dah bagi salam. Tapi kamu yang khusyuk sangat dengan komputer riba kamu. Itu yang kami ketuk meja kamu itu,” Amirah mula bersuara.

Amir sengih, malu.

“Kami semua datang nak minta kamu tunjuk kami cara untuk buat poster menggunakan perisian photoshop. Saya bawa adik-adik tahun satu dan tahun dua untuk belajar sekali.”

“Boleh? Tak ganggu Am?”

                “InsyaAllah.”
            
                Dalam hati Amirah, dia tertanya-tanya. Siapakah wanita di skrin tadi.
            
    “Tadi itu siapa? Wajahnya tampak keibuan? Ibu Am?” Amirah berani bertanya. Sebagai seorang pelajar 
perubatan, dia memang diajar. Jangan meneka sahaja, tanya.

                Amir tersentak.

“Err, pandai.”

“Wah, teringin pula nak jumpa,” monolog Amirah terlepas keluar.

Semua di situ kaget.

“Ops!” wajah Amirah panas, malu.

“InsyaAllah, pulak ke tanah air nanti ada rezeki Amir ajak melawat meraka,” Amir perasan keadaan itu, pantas membantu Amirah.

Tak mahu dia dimalukan di hadapan pelajar-pelajar juniornya yang lain.

“Ok, siapa mahu belajar!” Amir memulakan kelas.

*********

Subuh pagi ini paling istimewa. Subuh terakhir di bumi orang. Tengah hari nanti Amir dan sahabat-sahabat sekelas bakal kembali ke tanah air.

Tahun ini tahun terakhir mereka sebagai pelajar perubatan. Pantas sungguh masa berlalu. 5 tahun selesai sudah.

Setelah berjaya dalam peperiksaan akhir. Mereka sudah bersedia untuk balik ke tanah air berkhidmat kepada negara semula.

Bunyi jam loceng Amir memecah lagi kedingan pagi. Komputer ribanya berfungsi lagi.

                “Amir! Bangun subuh nak. Mama sudah lama bangun dengan ayah ni,” suara mesra wanita separuh usia. Kelihatan di sisinya si ayah yang sedang membaca Al-Matsurat. Kelihatannya seperti di meja makan.

                “Kami di sini sudah pukul 10 pagi, ayah kamu kerja lewat sikit. Syif doktor dia mula tengah hari. Abang, cakaplah dengan si Am ini.” Ibunya menhalakan kamera tepat ke arah si ayah.

                “Hari ini ayah kamu sembang dengan mama, mungkin tahun depan kami akan buat haji. Jadi bolehlah melawat kamu.”

                Amir hari ini bangun lebih awal. Bersiap sedia.

                Banyak perkara besar bakal dihadapinya .

                Sambil-sambil  membuat kemasan akhir pada semua bagasinya, telinganya masih lekat kepada suara daripada komputer ribanya. Suara yang saban hari menjadi penemannya sejak 5 tahun dulu.

                Matanya menyapu seluruh penjuru rumahnya. Mungkin buat kali terakhir. Dia dan Malik menapak keluar. Mentari telah mulai bersinar.

                Menghangatkan jiwa manusia, agar bangun bekerja dengan semangat yang baru. Semangat daripada Tuhan Pemilik Matahari itu.

                Tujuan mereka hari ini. Lapangan terbang antarabangsa Ireland, Dublin Airport.

                Amirah dan kawan-kawannya juga dalam perjalanan yang sama. Setelah 5 tahun bersusah payah belajar di bumi orang, mengutip hikmah dan menguji iman, akhirnya mereka bakal pulang.

                Kapal terbang sedang menunggu.

                Kembalilah, wahai anak perantauan.

********

Amir bersila di situ.

Lama.

Rumput-rumput kecil menjadi permaidaninya. Mulutnya terkumat-kamit ayat-ayat Tuhan.

Ayat-ayat suci daripada Al-quran.

Buat kekasihnya baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Juga buat ibu bapanya yang tidak dapat menyambut kepulangannnya di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur siang hari tadi.

Di tangannya bingkisan Al-Matsurat kemas dipegang.

Bukan sekadar di tangan, tetapi juga di hati.

Batu nisan di hadapannya diusap lembut.

Amir bangun perlahan-lahan, bergerak pergi.

Amirah dan keluarganya menuggu di luar pagar.

“Kebetulan rumah Amirah dan kawasan ini dekat, bolehlah kita tumpang sekali,” ujar Amir sambil menghulur salam kepada ayah Amirah.

“Itulah, Amirah ada banyak cerita pasal Amir kepada kami. Tetapi, tak tahu pula yang Amir ini…” tidak sanggup ayah Amirah menghabiskan ayatnya.

“Tidak mengapa pak cik,” Amir terus senyum.

“Saya tahu Allah lebih sayangkan ibu bapa saya. Kerana itulah mereka dijemput pulang awal.”

“Pada tahun pertama saya, saya seorang yang agak nakal.”

Amir senyum kecil.

“Solat dan agama tak ambil endah, walaupun ibu ayah saya seorang yang baik.”

“Namun setelah kejadian di Tanah Suci yang mengorbankan mereka berdua, saya mula sedar dan berubah.”

“Semua video yang Amirah nampak tu hanyalah rakaman mereka sebelum mereka pergi. Saya selalu pasangkannya apabila terigatkan mereka. Ada yang saya setkan sama dengan alarm.”

Ayah Amirah di sebelah diam sahaja. Di hadapannya seorang anak muda yang benar-benar sudah berubah.

“Kumpulan Raihan ada melagukan, iman tak dapat diwarisi.”

“Dari seorang ayah yang bertaqwa.”

Sambil itu, tangannya mencuit lengan Amir. “Amirah suka sangat kumpulan Raihan.”

Amirah di belakang malu-malu. Emaknya di sebelah hanya tersenyum.

“Tapi, Allah juga tidak zalim, Dia sentiasa ada bagi mereka yang mencariNya,” ayat itu menghabiskan bicara mereka.

Kawasan perkuburan itu semakin hilang daripada pandangan. Mata Amir hanya mampu memandang.

“Mama, ayah, terima kasih kerana tidak putus asa terhadap Amir.”

“Walaupun mama dan abah nun di sana, namun ingatan dan doa tidak pernah hilang daripada hati Amir.”

“Dan satu lagi, Amir mungkin dapat keluarga baru. Mama dapat menantu,” senyum nakal

“Amir?”

Suara ayah Amirah menarik Amir keluar ke realiti kembali.

“Berangan apalah tu?”Amirah di belakang menambah.

Mereka semua ketawa.

Bahagia walaupun berbeza alam.


















Nota kaki :

Jika bermanfaat dipersilakan untuk kongsi .Jika ada kekurangan teguran amat dialu-alukan.

Terima kasih

Friday, October 12, 2012

Kemalangan tadi

Kebetulan petang tadi, abang saya meminta tolong saya (adik yang rajin? ) untuk menghantarnya ke tempat kerja di Kangar. selalunya dia pergi sendiri, namun atas sebab dia akan terus ke Langkawi setelah habis kerja petang ini, seseorang perlu membawa kereta pulang. 3 hari di Langkawi katanya, urusan kerja.

Jadi, mugkin petang itu Allah mahu tunjukkan sesuatu kapada saya. Dalam perjalanan pergi, ada kemalangan bas dengan sebuah kereta waja, betul-betul berhadapan tempat kerja abang saya.

Alhamdulillah tiada siapa yang cedera, hanya kereta dan bas yang 'cedera'.

Kami ketawa kecil, agak lucu kerana menurut abang saya, itulah satu-satunya bas yang cukup cantik dan elok untuk dipakai. tetapi sekarang.....

Bak kata orang kampung saya, gone.....

KISAH DIA

Jadi, semua yang tadi hanyalah permulaan bebelan saya (semangat)

Dalam perjalanan pulang, berseorangan sambil ditemani DJ yang rajin di IKIM.Fm, sesuatu menangkap pandagan mata saya. Kelihatan seperti 'traffic jam' di hadapan.

Biasalah 'jam', tetapi di lebuh raya?  Saya mula pelik.

Saat melintasi mereka, ternyata kelihatan seorang lelaki terbaring dengan wajah dipenuhi darah. Melihat keadaan sekeliling, kejadian masih lagi baru berlaku.

Tak cakap banyak, saya memberhentikan kereta di bahu jalan dan berlari ke arah mangsa (bab ini bukan main-main)

TINGKATAN 2

"adik! boleh dengar tak?" soalan pertama. Dia angguk perlahan. 

Dengan muka dipenuhi darah pekat, baju dan seluar sedikit terkoyak dan motosikal entah ke mana dia kelihatan sedar tetapi lemah.

"boleh rasa tak?" sambil tanya saya menyentuh perlahan kaki dan tangan beliau. Nampaknya kaki kanannya ada masalah. Mungkin patah.

Wajahnya dipenuhi darah, namun tidak pula ada pendarahan daripada telinga. Mungkin kecederaan di bahagian hidung dan muka sahaja. 

Ada orang yang sudah menelefon ambulan.Saya tanya remaja yang ada berdekata. Kawan katanya. Mangsa ialah sorang palajar tingkatan 2 dan seorang lagi tingkatan 3. PMR

Saya meninjau sekililng, ada seorang lagi di hujung sana. Kakinya luka, putih tulang jelas ternampak pada lukanya. Namun yang di depan saya ini lebih parah.

EPIC

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Siap dengan kilat lagi. Mujur Alhamdulillah ada yang di situ membawakan payung. Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar, selawat dan bertenang, "ambulan dah nak sampai, sabar"

Tujuan lain adalah untuk pastikan dia tidak pengsan. Bahaya.
Sempat juga saya telifon Dr Badrul dekan di kolej perubatan saya.

KES

2 motosikal daripada kampung cuba melintas lebuh raya, salah satunya dilanggar oleh perdana V6 hitam. Motosikal remuk teruk tercampak ke dalam parit. Kereta pecah cermin hadapan (retak teruk) tetapi pemandunya masih ada di sana membantu. 

Masalah di sini,
1) tingkatan 2 dan 3, pastinya tiada lesen
2) lintas lebuh raya. Biar betul?
3) Tidak memakai topi keledar. Memang mencari penyakit

Saya sebagai seorang rider (saya pun penunggang motor tegar) tidak langgar semua ini. Tolonglah,bab keselamatan memang tiada kompromi. Kecuali pada kes 'Bro'


GAMBAR

Gambar di sini sebagai pengajaran  sahaja. Semoga mereka berdua yang terlibat tadi  sembuh dengan cepat dan dapat mengambil pengajaran. Harap keluarga mangsa bersabar. Allah sayangkan mereka.

Syukur masih selamat.

Motosikal magsa tercampak ke dalam parit


Kereta yang terlibat.Kelihatan hujan yang amat lebat. Mangsa nun di belakang sana

Alhamdulillah, ambulan sampai. (hujan lebat )

salah seoarang mangsa (wajah dikaburkan)


MORAL OF THE STORY

Bertahti-hatilah di jalan raya. 
Jika berlaku kemalangan, berhentilah jika anda mampu menolong. Jangan berhenti sekadar untuk tolong tengok, serius, itu tidak lansung menolong. Hanya mengganggu perjalanan trafik

Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Thursday, October 11, 2012

Cemerlang? Jika hebat cuba jawab

           Alhamdulillah, cuti yang ada dimanfaatkan (selain berehat banyak-banyak) dengan ke majlis ilmu. tambahan pula majlis yang dianjurkan oleh Universiti lama saya KUIN yang sangat saya sayangi.
Lebih menarik, kebanyakan ahli jawatan kuasa program ialah kawan-kawan sekelas saya dahulu iaitu UP Amirah, UP Adibah, UP Iltizam, UP kak Yati dan paling rajin UP Razanee . tak lupa, IM

Jadi, perkongsian saya pada kali ini sangat menarik. Orang kampung saya kata Osem!!


 Dr Danial Zainal Abidin sememangnya seorang yang saya amat kagumi atas ilmunya dan cara pemikirannya yang sangat saintifik namun begitu tauhidik.

APA ITU KECEMERLANGAN?

Itu adalah soalan mukaddimah yang Dr Danial lontarkan kepada kami. semua terlopong, berfikir. Jawab beliau, tidak ramai yang dapat menjawab soalan mudah ini.
Walaupun soalan ini ditanyakan kepada guru-guru, pensyarah , kounseler dan mereka yang terlibat dengan kecemerlangan ini.

Adakah 5A dalam UPSR?
9A dalam PMR?
17A dalam SPM?
pointer 4.0 dalam peperiksaan?

Semua itu hanyalah gred yang membuktikan kecemerlangan akedemik. Ya, cemerlang! tetapi bukan cemerlang yang HAKIKI!

Pulak dah?

JAWAPAN Dr

KECEMERLANGAN FORMULA ALLAH ialah

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Ali Imran, ayat 185)

Syurgalah kecemerlangan yang hakiki !

Semoga kita semua ditemukan Allah di sana, Amin ^_^ (senyum)

JADI, CGPA ADALAH DUNIA YANG MENIPU!!!

Kenyataan yang berani! dan juganya pasti akan menimbulkan tanda tanya dan tak senang hati

Jangan risau, teruskan pembacaan. ISLAM BUKAN AGAMA YANG JUMUD

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

(Al Bakarah ayat 201)



Jangan lupa dunia, kerana apa?

Dunia itu adalah jambatan akhirat.(macam jambatan Pulau Pinang ? )

Mana mungkin kita dapat sampai ke akhirat dengan dunia (senyum)

Jadi, dengan kecemerlangan dunia (CGPA cun! Exam cun!) ialah jambatan kepada kecemerlangan akhirat
(senyum lebar-lebar)

Jadi, siapa yang kata CGPA semua tu dunia, dia salah berdasarkan ayat ini. (jangan marah)

SAINS UNTUK AKIDAH

Bagi saya, inilah kemuncak epic perbincangan malam tadi. Kerana, agama itu mulanya dengan berilmu.
Bukan secara turut turutan saja.

Bahkan, setiap yang beriman perlulah mempunyai alasan individu mengapa dia beriman? Tauhid?  Kepercayaan kita bukan sekadar kerana kita dilahirkan oleh ibu bapa muslim, maka kita menjadi muslim atas sebab keturunan.

Bukan kerana kita faham dan tahu.

Jawapannya ada bagi mereka yang berfikir dan berilmu. Di sinilah konsep Sains untuk akidah itu dipakai.

Formula Allah?

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

(Fussilat ayat 53)

Bukan bermakna tanpa bukti sains itu, Al-Quran salah! Tidak sama sekali. Al-Quran tetap benar walaupun tanpa bukti-bukti sains.

Tetapi inilah kehebatan dan kebesaran Kuasa Allah dan Mukjizat ( baca: bukti yang melemahkan) Al-Quran ini disokong kebenarannya dengan bukti-bukti sains bagi mereka yang melihat.

Percaya itu dengan ilmu, bukan ikut ikutan sahaja.

Jadi, saya bersyukur kerana Allah letakkan saya dalam bidak sains (kedoktoran ) kerana saban hari saya melihat BUKTI kebenaran Al-Quran dengan mata saya sendiri.

Sistem badan dan anatomi manusia yang MAHA HEBAT itu sendiri adalah bukti yang nyata bahawa kebenaran Al-Quran.

ingat ayat tadi, "dan pada diri mereka sendiri"

Metod (cara fikir) Sains untuk tauhid kita gunakan di sini. Sebagai penguat tauhid dan keimanan kita.

Dan selain ilmu, TAQWA juga adalah elemen penting dalam KECEMERLANGAN HAKIKI

(panjang sangat kalau nak tulis sekarang, jadi, sambung nanti )

Penutup

Terima kasih  Dr Danial Zainal Abidin yang membuka mata saya dengan pencerahan ini.

Alhamdulillah

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang berjaya menjalankan program ini dengan baik. Semoga usaha kita semua dikira sebagai ibadah

Amin

Sampai bertemu lagi (cewah)

InsyaAllah

Sempat bergambar dengan beliau. InsyaAllah, bakal menuruti jejak langkah beliau 


Jika bermanfaat, silakan kongsi :)
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.