Cerpen kedua sempena Hari Raya yang bakal menjelang. Saya tiada duti raya untuk diberi, jadi cerpen ini sebagai penggantinya. Cerita ini diinspirasikan daripada ayah saya sendiri.
Komen daripada kalian sangat saya hargai. ^^
Selamat membaca.
Cerpen : Langit dan Bumi
Oleh M.Muhsin Hairudin
Persekitaran sekolah itu meriah.
Hari ini hari kokorikulum peringkat sekolah menengah kebangsaan syed Aman. Suasana yang selalunya pada waktu-waktu begini senyap, menjadi meriah dengan dendangan lagu Anna Raffli yang dipasang di pembesar suara sekolah memecah kesunyian pagi.
Khemah-khemah besar berderetan dengan dipenuhi ramai pelajar yang ceria mengunjungi gerai-gerai yang dibuka. Kebanyakkan gerai yang dibuka khas oleh para pelajar-pelajar sekolah itu.
Semua gerai tersedia. Daripada gerai minuman ringan hinggakan ke jualan pakaian remaja yang terkini. Tak kurang juga gerai-gerai yang mengadakan permainan-permainan ala-ala ‘fun fair’ dan hadiah juga disediakan. Gerai beginilah yang paling mendapat sambutan.
Terdapat juga pameran-pameran yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang dijemput pihak urusetia. Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan awam, Agensi Penjara dan banyak lagi.
Pendek kata, suasana sekolah itu meriah.
Sangat meriah.
Ibarat pesta.
Dalam masa yang sama, sebuah kereta menuju ke dalam kawasan sekolah. Setelah memperkenalkan diri dan urusan kepada pihak keselamatan sekolah, kereta itu bergerak masuk dan berhenti betul-betul di garaj sekolah. Di bahagian hujung sekali bersebelahan tempat letak motosikal pelajar.
Seorang lelaki keluar. Memandang sekeliling sambil tersenyum.
Dia berkata sendiri “di mana bumi dipijak,di situ Islam dijunjung”
**************************
“Assalamalaikum, maaf. Pengetua ada di dalam?” soal lelaki itu setibanya di dalam pejabat.
Kerani itu mengangguk .
“Terima kasih” ucap lelaki itu sopan.
Dia kemudianya mengetuk pintu dan memberi salam lantas masuk setelah dipersilakan.
”Siapa lelaki itu? Pakaian kasual dia kemas. Muka berseri, siap ada janggut sejemput lagi” komen si kerani kepada perempuan di sebelahnya. Riak mukanya menunjukkan hairan.
“Entahlah, saya pun tidak tahu. Tak pernah nampak pun sebelum ini. Barangkali pegawai Jabatan Pendidkan Negeri . Tetapi mengapa berseorangan?” balas perempuan di sebelah. Nampaknya ada buah mulut baru di sekolah ini.
Di dalam bilik pengetua, lain pula keadaannya.
“Selamat datang Cikgu Adam! Saya memang menanti kedatangan cikgu” ucap pengetua sambil menghulurkan tangan.
Tangannya disambut mesra. Cikgu Adam, guru baru di SMK Syed Aman.
“Meriah sekolah ini . Ada aktiviti apa waktu ini?” ujar Cikgu Adam ramah.
“Sekarang ini kebetulan ada minggu kokurikulum. Sekolah ini memang terkenal dengan aktiviti kokurilum yang aktif. Semua penduduk kawasan ini sudah mengiktiraf itu.”
“ Tambahan pula, pencapaian akedemik yang sentiasa meningkat memang menarik ramai orang luar untuk berkunjung. Ada juga sekolah-sekolah lain yang menghantar pelajar-pelajar mereka semata-mata untuk mencontohi aktiviti sekolah ini. Sebab itulah saya sayang sekolah ini” kata cikgu halim, pengetua SMK syed Aman.
Tambah cikgu halim “Bagaimana dengan bilik Penolong kanan 1 kamu? Sudah singgah? Sudah sebulan kosong, dan akhirnya kamu dihantar oleh kementrian untuk memenuhi kekosongan itu. Tahniah!”
“Syukur kepada Tuhan, rezeki saya di sini.” Balas Cikgu Adam.
Pagi itu menjadi saksi bahawa seorang hamba Allah bakal memulakan sebuah amanah.
************************
“Cikgu-cikgu semua, perkenalkan penolong kanan baru kita, Cikgu Adam bin Yusof. Beliau baru saja dinaikkan pangkat dan sebelum ini berkhidmat di utara. Kini beliau bersama kita.”
“Walaupun rupa parasnya nampak muda, beliau sudah 30-an, Cuma Nampak seperti 20-an. Dibandingkan dengan saya yang akan bersara tak lama lagi, memanglah jelas perbezaan umur”
Ucapan cikgu halim itu di sambut dengan gelak tawa para guru. Cikgu halim sememangnya agak bersahaja dalam semua ucapannya.
Di dalam bilik mesyuarat itu, hampir kesemua guru SMK syeh Aman berkumpul. Daripada guru-guru pelatih dan guru-guru baru hinggalah guru-guru senior . Antara tujuan utama mesyurat itu ialah untuk memperkenalkan PK1 yang baru.
Setelah dipersilakan oleh pengerusi mesyurat, Cikgu Adam diberi peluang untuk berucap sepatah dua kata.
“Bismillahirahamirahim. Assalamalaikum semua. Bersyukur kepada Tuhan, kita semua dipertemukan pada hari ini. Semoga mesyurat kita diberkati dan dirahmati oleh Allah. Kerana,majils yang diberkati Allah akan dinaungi oleh para malaikat dan semua yang hadir mendapat pahala.” Ucapan Cikgu Adam bermula
Dalam masa yang sama, beberapa wajah berubah reaksi. Reaksi pesimis.
“Saya tidak ada apa yang hendak disampaikan. Kecuali saya memohon tunjuk ajar semua kerana saya masih baru di sini dan saya juga berharap kita semua dapat ikhlaskan hati-hati kita semua untuk bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Itu sahaja. Terima kasih” Pendek dan padat.
Teringat pada minda Cikgu Adam, hadis Nabi yang bermaksud, sebaik-baik perkataan ialah yang ringkas dan bermakna.
Semua bertepuk tangan.
Ada yang berbisik antara mereka.
“Ini cikgu atau ustaz?” satu suara terbit dari keriuhan itu.
Semua ketawa sekali lagi. Tetapi kali ini nadanya berbeza daripada ketawa yang pertama. Ini ketawa menyindir.
Cikgu Adam hanya duduk sambil terus terseyum. Senyuman yang sama ketika mula melangkah ke situ.
Bisik pengetua “ kamu jangan ambil kisah sangat kata-kata Teacher Hani itu. Dia memang terkenal dengan mulut ‘lazer’. Saya sendiri pun pernah terkena”
Sekali lagi, Cikgu Adam hanya mampu tersenyum.
Lembaran baru kini bermula.
*************************
Pejabat itu dihias kemas. Sederhana dan menyenangkan.
Pintu tiba-tiba diketuk.
“Maaf Cikgu Adam, wakil syarikat penerbitan buku yang membekalkan buku ke sekolah kita sudah hadir. Mereka berada di pejabat sekarang” maklum si kerani yang berada di pintu.
Balas Cikgu Adam sambil tersenyum “Ya. Terima kasih Cik Fatin. Cara penyampaian maklumat tadi sopan dan menyenangkan , cuma satu sahaja kurang”
Cik Fatin mengangkat kening tanda ingin tahu.
“Senyum dan alam. Jikalau itu menjadi tabiat Cik Fatin, saya rasa tidak lama nanti pasti ramai yang masuk meminag” balas Cikgu Adam bersahaja.
“Baik. Saya akan ingat. Terima kasih Cikgu Adam” ucap Cik Fatin sopan dan terus pergi.
Selama seminggu Cikgu Adam berada di sekolah ini. Dan tugas-tugas beliau makin bertambah dari hari ke hari. Maklumlah, tugasan lama yang tertangguh ditambah tugasan sedia kala.
Semua itu belum termasuk dengan buku-buku pelajar yang perlu disemak. Walaupun Cikgu Adam menjawat jawatan ke2 tertinggi di sekolah, beliau tetap memegang kelas untuk diajar. Cuma tempohnya lebih pendek berbanding biasa. Tugas penolong kanan itu sendiri berat.
Selain itu, keaadaan pengetua yang akan berpencen tidak lama lagi juga memberi kesan kepada tugas-tugasnya. Banyak tanggung jawab diserahkan kepada Cikgu Adam, dan pengetua hanya bertindak sebagai penasihat. Daripada perkara kecil sehingalah perkara besar. Isu paip air yang tidak berfungsi di kantin hinggalah urusan berkenaan JPN, semuanya dibawah tanggung jawab Cikgu Adam.
Begitulah tugas guru, besar dan berat. Dalam masa yang sama, pahala juga besar jika niatnya ikhlas.
Cikgu Adam berjalan di dalam kelas. Memantau pelajar-pelajarnya yang sedang menyiapkan tugasan yang diberi. Mata pelajaran biologi.
“Tajuk hari ini ialah mengenai sistem jantung manusia. Ataupun dalam bahasa orang putih, human heart. Terbahagi kepada empat bahagian utama, atrium kanan dan kiri dan ventrikal kanan dan kiri. Jantung ini ibarat enjin kepada sistem badan manusia”
“Mengepam darah setiap masa. Tidak pernah berhenti berdegup. Ataupun disebut juga systole dan diastole . Menghasilkan bunyi ‘lum’ ‘dum’. Setiap masa dan ketika. Kamu semua tahu bilakah jantung berhenti berdegup?” soalnya .
“Tentulah mati” jawab mereka serentak. Pelajar kelas 5 progresif.
“Ya, tepat. Ada waktu lain selain mati?”
Semua senyap, berfikir.
“Ada!” jawab seorang pelajar separuh melaung.
“Bila?”
“Sewaktu kita bersin. Kebanyakan sistem dalam badan kita terhenti sedetik . Termasuklah jantung” jelas pelajar tersebut.
“Ya, betul. Tahniah Umar. Kamu semua tahu apa maksudnya?” Cikgu Adam kembali memaksa otak anak muridnya berfikir.
“Tak ada maknanya, apa pun tak boleh!” gurau Azman. Pelajar yang sentiasa menyebabkan gelak tawa sahabat sekelas.
Kelas itu riuh dengan suara mereka ketawa.
Cikgu Adam hanya tersenyum. Banyak menonton TV anak murid aku ni, getus hatinya.
Dia kemudian pergi ke papan putih.
Jantung berhenti = mati
Bersin -> jantung berhenti
= bersin =mati
Semua pelajar terlopong. Maknanya?
“Maknanya, sewaktu kita bersih, kita ibarat ‘mati’. Begitu cikgu?” soal salah seorang daripada mereka.
“Tepat sekali, awak semua memang bijak. Jadi kita semua telah banyak kali ‘terlepas’ daripada ‘mati’. Oleh itu apa yang patut kita sebut selepas bersin?”
Kelas kembali senyap. Kali ini tiada jawapan.
“Sebutlah Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk kita terus hidup”
“Terus memberi peluang untuk kita bertaubat setelah melakukan kesalahan”
Kelas hari ini disudahi dengan pengajaran.
Dalam biologi juga ada agama.
********************
“ Pak long, saya dapat aduan daripada beberapa kakitangan bahawa pak long ini ‘agak’ kasar dan panas baran terhadap pelajar dan waris. Sebagai jaga sekolah, ketegasan awak memang diperlukan. Tetapi bukan panas baran awak” kata Cikgu Adam.
“Saya tahu pak long perlu menyara 4 orang anak. Saya juga tahu keadaan keluarga Pak Long. Saya hanya ingin membantu menyelesaikan masalah ini”
Pada awalnya ,En. Hashim hadir ke bilik Cikgu Adam setelah dipanggil. Katanya ada sedikit perbincangan. Hanya mereka berdua ada di dalam bilik itu.
“Cikgu Adam, saya pun bukan suka sangat marah orang. Tetapi saya selalu saja panas, tak selesa. Sebab itulah angin saya tak begitu baik” jawab En. Hashim.
“ Ada masalah lainkah Pak Long? Ceritakan saja. Ini memang tanggung jawab saya”
“Sebenarnya, bilik jaga saya itu panas. Tambahan pula pada waktu tengah hari. Saya sebenarnya ada penyakit migraine. Saya cepat marah jika cuaca panas. Saya malu untuk ceritakan hal ini. Sebelum ini, saya pernah tanyakan kepada pihak pengurusan. Tetapi..”
“Tetapi apa?” Tanya Cikgu Adam ingin tahu.
“Tetapi tidak lama lepas tu saya ditempelak oleh seorang guru. Katanya saya ini mengada-ada. Kerja sebagai jaga sahaja, tetapi demand tinggi. Saya sedar siapa saya. Saya tak minta banyak, Cuma kalau boleh pasang kipas angin baharu pun jadilah. Kipas angin lama yang ada sudah tidak berfungsi. ”
“Sejak itu, saya jadi makin panas baran dan tidak bergaul dengan orang. Saya terkilan. Nama guru yang menempelak saya itu ialah..” cerita en. Hashim terhenti.
“Sudah”
“Jangan sebut siapa. Nama tak penting, tetapi yang penting saya tahu wujud masalah itu” ucap Cikgu Adam menghentikan perbualan itu.
“Jadi, kamu mahu jenama apa?” soal Cikgu Adam.
“Untuk apa?” En. Hashim kurang faham.
Kata Cikgu Adam tersenyum “Awak kata mahu kipas baharukan?”
En. Hashim yang juga terkenal sebagai Pak Long itu tersenyum.
Masalah selesai.
****************************
“Kamu rasa, apa yang Cikgu Adam bawa itu baikkah?” soal seorang guru perempuan di kantin guru.
“Maksud kamu?” guru yang ditanya kurang faham.
“Maksud saya, segala pendekatan yang Cikgu Adam bawalah. Agama dalam semua perkara. Nak dikatakan ustaz, tidak pun mengajar agama. Tetapi, bila berucap saja, mengalahkan ustaz saja gayanya.”
Hampir dua bulan sudah beliau di sini. Banyak juga perubahan yang ada. Surau semakin meriah dan bermanfaat. Tidak seprti dahulu, hanya digunakan apabila ada majlis keagamaan saja.
Para pelajar pula digalakkan mengunakan surau semaksima mungkin. Hinggakan study group pun boleh dijalankan di surau. Jika dahulu, tak mungkin boleh. Takut hilang barang katanya.
“Saya pun sudah hairan. Kita ini sekolah kebangsaan atau sekolah agama?” ulas cikgu itu panjang.
“Saya tidak setuju!”
Satu suara tiba-tiba mencelah.
“Cikgu Zaiton, Cikgu Zati, sekolah kita sekolah yang mementingkan akedemik pelajar. Bukannya sekolah agama yang hanya ajar solat dan mengaji” kata Teacher Hani sambil duduk di sebelah mereka berdua.
“Kenapa dengan teacher ini? Macam tidak puas hati sahaja. Kami lihat, kamulah yang paling masam muka setiap kali Cikgu Adam berucap. Saya juga ada dengar yang teacher ini mengkomen Cikgu Adam itu di dalam kelas teacher. Cikgu Adam itu ada buat salahkah?” Cikgu Zati cuba mempertahankan Cikgu Adam.
“Saya in bukan apa. Tetapi, kita perlulah tahu pengkhususan kerja. Ini dimanakan professional. Jikalau ingin sangat mengajar agama, pergilah jadi ustaz dan ustazah. Di sini mata pelajaran Agama Islam sudahpun diajar. Cukuplah semua itu. Tidak perlu tambah lagi”
“Saya cuma takut, prestasi akedemik kita merudum. Lihat sahaja sekolah agama-sekolah agama di luar, sedikit sahaja yang terkenal dan berjaya dalam akedemik. Jika prestasi sekolah kita jatuh. Siapa juga yang susah? Kitalah”Teacher Hani cuba mempertahankan pendapat beliau.
“Saya tidak mahu komen lebih-lebih. Selagi gaji saya tak terganggu. Silakan berbuat apa saja” ngomel Cikgu Zaiton.
“Cikgu Zaiton, saya tahu cikgu baru sahaja dalam bidang perguruan ini. Tetapi janganlah bersifat begitu. Ingat kata-kata Cikgu Adam minggu lepas, jika kita ikhlas dalam berkerja, gaji dapat . pahala ibadah pun dapat. Amal itu berdasarkan niat. Betulkan niat kita” Cikgu Zati cuba menasihati.
“Sudahlah Cikgu Zati. Sayapun sudah hilang selera hendak makan. Cikgu sokonglah Cikgu Adam itu. Dan Cikgu Zaiton, nasihat saya sebagai senior kamu. Tak perlulah kamu buat baik lebih-lebih dengan orang lain, manusia ini tak pernah menghargai” Teacher Hani bingkas bangun daripada kerusi dan meninggalkan tempat itu.
Cikgu Zaiton dan Cikgu Zati berpandangan anatara satu sama lain.
Guru juga manusia, bukan robot.
Ada juga perasaan.
Dalam masa yang sama, seorang guru lelaki duduk berhampiran mereka. Dia hanya diam semenjak Teacher Hani hadir.
Mendengar tanpa sengaja.
*********************
“Assalamaalaikum Cikgu Adam, boleh kita berbincang sedikit?” satu suara mengetuk gegendang telinga Cikgu Adam.
Balas Cikgu Adam “ya Cikgu Hanif, ada apa yang boleh saya bantu?”
“Bukan apa Cikgu Adam, kebetulan saya dah terjumpa cikgu di surau ini, saya rasa ada sedikit perkara yang perlu Cikgu Adam tahu.”
Cikgu Adam hanya mengangguk.
“Begini cikgu, tadi sewaktu makan tengah hari di kantin. Saya secara tak sengaja terdengar perbualan cikgu-cikgu kita. Nampaknya tak semua yang menyukai cara cikgu”
Kening Cikgu Adam terangkat. Ingin tahu.
“Cara cikgu membawa perubahan di sekolah ini. Jadual solat di surau sekolah, papan kenyataan tazkirah, solat Asar wajib walaupun pada waktu sukan dan memakaian yang lebih islamik yang Cikgu Adam galakkan, bukan semua yang suka. Tambah-tambah dengan rancangan baru cikgu untuk membuat jadual untuk guru-guru untuk bersembahyang di surau.”
“Saya rasa cikgu perlu tahu yang cikgu..”
Cikgu Adam memotong “Jangan sebut nama. Ceritakan saja kesalahan, jangan namanya”
Konklusi Cikgu Hanif “Pendek cerita , ada ‘musuh’ dalam selimut”
Cikgu Adam hanya tersenyum.
“Bukan ‘musuh’, musuh ialah orang yang faham menapa mereka menentang seseorang.”
“Masalah kita ialah orang yang kurang faham ataupun berlakon tidak faham”
Soal Cikgu Hanif“Jadi?”
Hanya bunyi penghawa dingin yang kedengaran di surau itu.
Rancangan menyelamat perlu dirancang.
*******************
Bilik Bahasa Inggeris SMK Syed Aman sememangnya indah.
Suasana di dalamnya ceria dan teratur kemas.
Persatuan Bahasa Inggeris merupakan antara kelab yang paling aktif dan giat. Dan aktiviti petang ini ialah sesi karaoeke percuma.
Syaratnya, lagu mestilah berbahasa Inggeris.
Sesi petang ini penuh dengan para pelajar. Kebanyakan mereka adalah pelajar perempuan. Meriah. Ibarat temuduga Malaysian idol.
Cikgu Adam antara yang hadir.
“Assalamalaikum cikgu. Cikgu pun mahu menyanyikan?” sapa seorang pelajar.
Walaupun pakaiannya agak tidak bertepatan dengan etika islam, dia tetap memberi salam. Sesuatu budaya yang sudah Berjaya Cikgu Adam tanam dalam kalangan pelajar.
Senyum dan Salam.
Balas Cikgu Adam “Waalaikumsalam. Tidak Siti, manalah cikgu ini pandai menyanyi. Cuma cikgu ada bawa beberapa artis luar negara ke mari.”
“Mana cikgu?” Siti melihat-lihat sekeliling.
“Ini” kata Cikgu Adam sambil mengeluarkan VCD-VCD yang dibawanya.
Semua yang ada ketawa. Pandai juga Cikgu Adam bergurau.
“Pandai juga Teacher Hani kalian menghias bilik ini” sambil memasukkan VCD ke dalam pemain DVD.
“Biasalah Cikgu Adam, Teacher Hani memang sangat teliti dalam segala kerjanya.” Balas Siti.
Sami Yusuf ,Maher Zain, Irfan Makki, Zain Bikka, Soldier of islam dan beberapa lagi VCD artis luar Negara. Tak terkecuali dalam negara seperti lagu-lagu inggeris daripada In-team, Unic dan Raihan.
“Saya tidak begitu kenallah mereka ini cikgu. Yang saya kenal pun Maher Zain. Itupun kerana lagu ‘For the rest of my life’ dia yang sangat romantik” kata Siti.
Yang lain hanya mengangguk.
“Kita cuba dahulu, pasti kamu semua akan suka” kata Cikgu Adam.
VCD pertama dimasukkan, Maher Zain.
Sedap dan harmoni kata mereka.
VCD kedua, sami Yusuf.
Lagu yang menyentuh hati, komen mereka.
Tidak sampai 15 minit semua VCD Cikgu Adam dipasang. Mereka sudah jatuh cinta.
“Tak sangka cikgu, ada juga lagu inggeris yang tinggi gaya bahasanya dan berunsur agama. Sedap pula tu. Rentak dan grafik yang moden. Memang terbaiklah!” ujar siti sambil membuat tanda bagus ala-ala Boboboi.
Di kejauhan, seseorang sedang berjalan menghampiri bilik tersebut.
Apabila hampir tiba, dia tiba-tiba terhenti.
Riak mukanya berubah menjadi merah.
Marah.
“Cikgu Adam, Teacher Hani sudah sampai” beritahu seorang pelajar.
Cikgu Adam bangun dan tersenyum ke arah Teacher Hani.
Senyumnya tidak terbalas.
Teacher Hani terus masuk dan mengarahkan semua pelajar balik. Semua terkejut. Waktu masih awal. Katanya, lagu yang dinyanyikan tadi tidak ada unsur-unsur ineggeris yang sebenar. Jadi semua dihukum pulang.
Suasana tiba-tiba menjadi hambar. Siti bersama yang lain pulang dengan muka yang kurang ceria. Tetapi, hatinya sedikit lega kerana dipinjamkan Cikgu Adam semua VCD tadi. Bolehlah mereka berkongsi mendengar di rumah pula.
“Cikgu Adam memang sudah melampau!” kata Teacher Hani marah.
Cikgu Adam berundur keluar daripada bilik tersebut. Riak wajahnya masih tersenyum.
Kata Cikgu Adam tegas “Apa salah saya?”
“kesalahan cikgu ialah..” kata-kata Teacher Hani terhenti.
“Ialah?” Cikgu Adam ingin tahu.
“Sudahlah! Cikgu ingat, ini sekolah. Bukannya masjid mahu berceramah agama!” terlepas juga apa yang di hati Teacher Hani.
“Disebabkan ini adalah sekolah saya berceramah agama. Bahkah di mana sahaja. Saya tetap akan berceramah agama. Di mana bumi dipijak, di situ islam dijunjung” jawab Cikgu Adam bersahaja.
Teacher Hani mengugut “Cikgu ingat pangkat tinggi cikgu saya takut?”
“Sudahlah Teacher Hani. Tidak professional saya bertekak dengan teacher. Assalamalaikum” ucap Cikgu Adam meminta diri sambil berjalan pergi.
Teacher Hani rasa terpukul.
Professional?
*****************
Beberapa waktu berlalu.
Hari ini SMK Syed Aman mengadakan perkhemahan sehari di sekolah. Program khas untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akedemik dalam masa yang sama meningkatkan pengisian rohani para peserta.
Jam menunjukkan pukul 6.45 petang. Semua pelajar berada di asrama bersiap-siap untuk solat Maghrib malam itu. Guru-guru bertugas juga telah bersiap-siap dan memantau para pelajar.
Kecuali seorang.
Teacher Hani masih lagi berjalan-jalan di tepi padang. Mengambil angin katanya.
Sudah beberapa kali diajak naik oleh guru-guru perampuan lain. Tetapi tiada respon.
Tiba-tiba, Teacher Hani menjerit.
Deras.
Seluruh sekolah terdengar jeritannya.
Dalam masa yang sama, suasana tiba-tiba menjadi seram.
Teacher Hani meracau-racau.
Matanya memandang liar sekeling.
Sesuatu yang sangat buruk telah berlaku.
*****************
Cikgu Adam datang tergesa-gesa.
“Apa yang berlaku?” Tanya Cikgu Adam.
“Teacher Hani tiba-tiba meracau. Dia menjerit-jerit dan meronta-ronta. Ada juga beberapa orang yang cuba menenagkannya ditendang. Kuat sungguh tendangannya hinggakan terpelanting orang yang ditendang itu”
“Dia juga bercakap bahasa yang tak difahami. Bunyinya sepoerti bahasa siam. Saya rasa , Teacher Hani ini dirasuk” jelas Cikgu Hanif segera.
Semua yang ada disitu ketakutan. Suasana seram menyelubungi kawasan tersebut. Ustaz Fauzi yang bertugas mengarahkan agar para pelajar-pelajar pergi jauh daripada kawasan tersebut terutamanya pelajar perempuan. Situasi ini boleh berjangkit!
“Sekarang ini Teacher Hani berada di kelas hujung sekali di koridor ini. Dia sedang ditenangkan oleh beberapa orang guru wanita.”kata ustaz muda itu.
“Ambilkan air dan jika boleh, bawa sekali sarung tangan daripada kit kecemasan”kata Cikgu Adam sambil berjalan ke arah kelas itu.
Pintu dibuka.
Kaedaan sungguh menyeramkan. Suaranya bukan suara manusia!
“Bismillah! MasyaAllah!” kata Cikgu Adam perlahan.
“bismillah! masyaAllah!” suara Cikgu Adam semakin kuat.
Semua mata kaku.
Semua ini sukar diterima akal.
************************
Perhimpunan pagi itu seperti biasa.
Semua pelajar berkumpul di dataran perdana SMK syed aman. Para guru pula duduk di hadapan para pelajar. Semua mata dan telinga tertumpu kepada seseorang yang sedang berucap.
“Assalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh”
“Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis, yang berusaha tuan pengetua, guru-guru kanan, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian”
“Bersyukur kita kepada Tuhan kerana hari ini kita masih lagi dapat hidup di bumi Tuhan ini. Benarlah hadis nabi yang bermaksud, dua nikmat yang sering dilupakan manusia , nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Jadi marilah kita semua bersyukur kerana masih lagi sihat dan juga berkelapangan pada waktu ini.”
“Syukur juga kepada Tuhan, prestasi akedemik sekolah kita meningkat naik pada penggal ini. Ramai pelajar sekolah kita yang mengambil peperiksan besar seperti PMR dan SPM mendapat gred A penuh. Selain itu, kadar masalah disiplin ynag dicatatkan oleh lembaga pengawas dan tatatertib juga semakin berkurang. Ini sesuatu yang sangat membanggakan dan mengharumkan nama sekolah kita”
Setelah beberapa minit.
“Diingatkan, minggu hadapan akan diadakan minggu penghayatan islam buat julungkalinya di sekolah kita. Semua pelajar wajib turut serta.”
“Itulah sahaja laporan akedemik bagi pagi ini. Sekian terima kasih.”
Ucap pengerusi majlis “ ribuan terima kasih diucapkan kepada Teacher Hani atas ucapannya yang bermanfaat sebentar tadi. Diharapkan para pelajar dapat mengambil cakna”
Setelah lagu Negaraku, lagu negeri dan Asma’ Al-husna dinyanyikan, para pelajar dan guru bersurai. Semua kembali ke kelas.
“Tahniah Teacher Hani, ucapan yang baik sebentar tadi” tegur Cikgu Adam.
“Maaf cigku adam, saya tidak perasan cikgu ada di tepi saya tadi. Semua ini adalah rezeki daripada Allah atas usaha hambaNya.”
“Sekarang ini, semua cikgu yang ada di sekolah kita ini, tak sempurna ucapan mereka jika tidak ada petikan ayat Al-Quran atau hadis. Akhlak para pelajar juga semakin molek” kata Teacher Hani.
“Baguslah begitu. Baiklah, saya pergi dahulu, tugasan masih banyak lagi di pejabat” kata Cikgu Adam ingin meminta diri.
“cikgu!” Teacher Hani memanggil.
Langkah Cikgu Adam terhenti.
“Terima kasih kerana bawa perubahan kepada sekolah ini. Terima kasih juga kerana membantu merawat saya dahulu, suami saya sangat risau waktu itu. Memang benar kata cikgu, islam itu tidak patut dipisahkan daripada segala aktiviti kita. Di mana bumi dipijak..”kata-kata Teacher Hani terhenti.
“di situ islam dijunjung. Saya faham”
“Tak perlu berterima kasih atas kewajipan. Terima kasihlah kepada Allah” kata Cikgu Adam.
Cikgu Adam terus berlalu pergi dengan senyuman.
Agama bukan hanya ada pada masjid dan ustaz.
Agama itu ada pada seluruh tempat dan semua manusia.
Tidak wajib menjadi orang agama.
Tetapi wajib menjadi orang beragama.