Sunday, June 26, 2011

Siapa yang mahu jadi remaja BERAKAL??



(Perkongsian daripada Uztazah Fatimah Syarha)
REMAJA BERAKAL FOKUS BELAJAR

Merebut Hati

Meniti usia remaja, terlalu banyak tarikan-tarikan di sekiling yang mahu memenangi fokus hati. Cinta, hiburan, gejala sosial, rakan sebaya, kerja sambilan, menghabiskan masa dan banyak lagi pesaing-pesaing yang cuba merebut sekeping hati remaja. Amanah belajar yang terpikul di bahu remaja sering ditewaskan oleh pesaing-pesaing itu.
Remaja berakal perlu sentiasa peka terhadap persiapan akal, rohani dan jasmaninya. Belajar adalah proses mempersiapkan akal. Ia suatu proses seumur hidup. Ia sepatutnya menjadi prioriti seseorang untuk mengisi alam remajanya dengan belajar, belajar dan terus belajar. Penting sangatkah belajar untuk mempersiapkan akal? Sudah tentu! Kesedaran ini akan memudahkan hati memenangkan apa yang lebih penting dan utama dalam persaingan tarikan-tarikan tadi merebut fokus hati.
Para cerdik pandai berkata, “Barangsiapa yang akalnya bukan merupakan sesuatu yang dominan, maka dia akan mati dan binasa kerana sesuatu yang paling dicintainya.”

Allah Sebagai Akal

Berkata Aisyah r.ha, “Beruntunglah orang yang menjadikan Allah sebagai akalnya.” Remaja berakal akan sentiasa memikirkan apa yang Allah inginkan sebelum melakukan sesuatu. Nilaian Allah menjadi kayu ukur dan pemutus. Tiada nilaian lain yang lebih penting daripada nilaian-Nya.

Baginya, yang baik itu ialah apa yang Allah katakan baik, dan yang buruk itu ialah apa yang Allah katakan buruk. Akal dan pemikirannya bebas berfikir serta dipandu oleh petunjuk wahyu. Tidak sebagaimana remaja di Barat, mereka berfikir sebebas-bebasnya namun sayang tanpa panduan dan tanpa petunjuk. Maka natijahnya, akal dimanfaatkan untuk memajukan perkara maksiat.

Umar al-Khattab berkata, “Orang berakal itu bukan setakat mampu membezakan yang baik dari yang buruk, tetapi mampu mengetahui mana yang lebih baik daripada dua keburukan.”
Al-Hasan pula berkata,
“Agama seseorang tidak menjadi sempurna kecuali dengan kesempurnaan akalnya. Allah tidak memberikan akal kepada seseorang melainkan suatu hari Dia akan menyelamatannya dengan akal itu.”

Akal Melelahkan Syaitan

Wahab bin Munabbih berkata, “Syaitan merasa paling kesulitan jika menghadapi orang mukmin yang berakal. Dia boleh menarik hidung seratus orang bodoh, mengarahkan mereka malah menunggang di atas bahu mereka, lalu membawa mereka ke manapun yang dia kehendaki. Namun, dia benar-benar merasa kesulitan berhadapan dengan orang mukmin yang berakal dan memujuknya, sekalipun untuk mendapatkan sedikit apa yang dihajatkan daripadanya.”

Remaja berakal sentiasa menyebabkan syaitan dalam kelelahan dan kesulitan. Syaitan yang kelelahan kadang kala merelakan remaja melakukan kebaikan begitu sahaja tanpa digoda. Lantaran kelelahan itu, si syaitan terpaksa beralih arah menggoda orang-orang bodoh.

Berkata Wahab bin Munabbih lagi, “Meruntuhkan gunung sebongkah demi sebongkah batunya, lebih mudah bagi syaitan daripada memujuk orang mukmin yang berakal. Jika dia benar-benar tidak mampu menghadapinya, maka dia beralih kepada orang-orang bodoh lalu menawannya. Syaitan boleh memimpinnya hingga menjerumuskannya kepada pelbagai macam kehinaan yang dirasakan di dunia, seperti mendapat hukuman rejam, dipotong tangannya, disalib dan kehinaan-kehinaan yang lain.”

Remaja berakal sudah tentu tidak mahu terperangkap dalam kehinaan ditangkap khalwat, dibicarakan kerana masalah sosial, ditahan kerana merempit, didakwa kerana membuang bayi luar nikah, dihantar ke sekolah juavana, dilatih di pusat-pusat pemulihan akhlak dan sebagainya. Kehinaan ini hanya layak bagi orang-orang bodoh yang sering memenangkan nafsunya. Mereka sering memilih jalan maksiat dengan alasan, “Saya tak kuat,” tanpa berusaha menggunakan akal untuk menguatkan diri dengan ilmu dan mujahadah.

Orang yang tidak menggunakan akal bukan sahaja mendapat kehinaan di dunia tetapi turut mendapat kehinaan di akhirat. Amat malang kerana kehinaan di akhirat itu lebih menyakitkan dan boleh bersifat kekal selama-lamanya. Wahab bin Munabbih meneruskan katanya,

“Sementara di akhirat dia akan mendapat neraka dan aib yang sangat menghinakan. Boleh jadi dua orang sama dalam kebaikannya, namun ada perbezaan yang memisahkan kedua-duannya seperti pemisahan antara timur dan barat kerana akalnya. Allah tidak disembah dengan sesuatu yang lebih baik daripada dengan akal.”

Remaja Berakal Tidak Mahu Hipokrit

Seringkali akal ditipu,
“Saya tidak mahu buat begini (merujuk apa-apa perbuatan baik) kerana saya tidak mahu menjadi hipokrit,” kata remaja.

Kata-kata seumpama ini mencerminkan bahawa remaja itu sedang melabelkan dirinya yang sebenar adalah seseorang yang buruk, berdosa dan sentiasa di takuk lama.
Sedarkah kita, kita dilahirkan dalam keadaan fitrah sebagaimana yang dimaklumkan oleh hadis sahih riwayat Bukhari, no. 1296. Fitrah di sini bermaksud Islam. Islam itu bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Ya, kita dilahirkan dalam keadaan kita adalah seorang hamba yang perlu taat dan patuh kepada-Nya dengan penyerahan diri yang total.

Maka, kita sedang menjadi diri sendiri ketika kita sedang melakukan kebaikan. Kita sedang hipokit dengan Allah ketika kita sedang melakukan kejahatan. Inilah hakikatnya diri kita yang sebenar, fitrah, suci dan bersih. Remaja yang berakal akan segera menukar paradigma agar tidak tertipu lagi.

Yusuf bin Asbath berkata, “Akal adalah pelita yang tidak nampak, hiasan yang terzahir, pengatur badan dan pemantau urusan hamba. Kehidupan tidak akan membaik tanpa akal dan urusan tidak akan berjalan normal kecuali berdasarkan akal.”

Remaja Berakal Segera Bertaubat

Remaja berakal tidak bertangguh untuk bertaubat jika dia melakukan kesalahan. Dia tidak bertangguh untuk melakukan kebaikan. Tidak bertangguh untuk melakukan perubahan yang lebih positif. Kenapa? Kerana dia sedar dia dilahirkan untuk menjadi yang terbaik.
Muaz bin Jabal berkata, “Andaikata orang yang berakal itu mempunyai dosa pada pagi dan petang hari sebanyak bilangan pasir, maka akhirnya dia cenderung masih boleh selamat daripada dosa-dosa itu. Andaikata orang yang bodoh itu mempunyai kebaikan dan kebajikan pada pagi dan petang hari sebanyak bilangan pepasir, maka akhirnya dia cenderung tidak mampu mempertahankannya meskipun hanya seberat biji sawi.”
Ada yang bertanya, “Bagaimana ia boleh terjadi?”

Muaz menjawab, “Sesungguhnya jika orang yang berakal itu tergelincir, maka dia segera menyedarinya dengan cara bertaubat dan menggunakan akal yang dianugerahkan kepadanya. Tetapi orang bodoh itu ibarat orang yang membangun dan langsung merobohkannya. Kerana kebodohannya, dia terlalu mudah melakukan apa yang boleh merosakkan amal solehnya.”

Fokuslah Belajar Agar Kau Jadi Remaja Berakal.

Remaja berakal tidak akan mempersiakan masa mudanya. Digunakan masa mudanya sebaik-baiknya untuk menimba ilmu. Mempersiapkan ketajaman akalnya. Dalam masa yang sama tidak lupa menyeimbangkan diri dengan persiapan fizikal dan rohani. Inilah remaja terbaik di antara yang terbaik. Ayuh, fokuslah belajar!

Friday, June 24, 2011

Apa yang anda mahu pesan?


Apa yang anda mahu pesan?

Ramai orang selalu berkata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Ada pula yang berkata, dunia ini bukan besar mana, esok lusa pasti berjumpa semula semula . Pokoknya, perpisahan itu pasti. Dari tanah, ke tanah juga. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Pesanan apa?

Adat kebiasaan kita, kita pasti akan berpesan sesuatu yang berguna kepada orang yang kita sayang dan akan berangkat pergi. Tak kisahlah jika tempat yang dituju itu jauh atau dekat, kerana kita tidak pasti adakah kita dapat bertemu dengannya lagi.

Selamt jalan!, Best friend forever , Ukhwan lilah Abadan abada, uhibbuka lil lah, siru a’la barakatillah,dll

Semua orang pasti berpesan sesuatu, kita ?

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh da mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (surah al-'Asr: 1-3)

Berpesanlah dengan islam, tentang iman, tentang ukhwah dan juga tentang mujahadah. Itulah pesanan yang bermanfaat bagi kita sebagai hamba Allah.

Pesan guruku

Saya sering teringat pesan guru saya, di Maktab Mahmud A.S dahulu. Waktu itu, setelah dapat result, ramai sahabat yang keluar untuk meneruskan pelajaran. Pesan yang sama, unktuk semua.

“ingat siapa asalnya diri kita ini”

Sangat singkat untuk diucapkan, tetapi sampai kini masih segar di fikiran saya. Ini adalah kunci, kunci untuk terus survive di tempat baru, kunci untuk tidak terkena ‘culture shock’ ataupun kejutan budaya, dan kunci untuk terus berukhwah dalam keimanan.

Kenali diri, kenali Tuhan

Mafhum hadis, Barang siapa mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya. Kenal diri bererti kenal dari segi zahir dan batin. Darisegi fizikal dan juga spiritual. Kenali jasad, sistem badan , biology badan, jantung, bagaimana ia tetap berdegup tak pernah henti kecuali ketika bersin, dan mati sahaja. Bagaimana kita boleh berdiri dan berlari, dan segala perkara yang hebat berkaitan penciptaan manusia.

Dari segi rohani pula,soal hati nurani, bukan hati (liver). Soal nafsu, jenis-jenis nafsu, tentang iman, kemanisannya, kekuatannya, sifat mahmudah, mazmumah, ihsan, mata hati, intuisi, dan seribu satu misteri tentang diri sendiri.

Kenalilah kehebatan penciptaan diri kita, nescaya kita akan melihat kuasa yang Maha Agung yang mampu mengatur segala-galanya. Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan.

Jangan hanyut

Kenapa tiba-tiba saya membicarakan soal ini? Kerana saya ambil berat. Ya, tak percaya?

Semua muslim itu bersaudara, kita semua bersaudara, kalian adalah saudara-saudaraku. Saya tidak mahu melihat kaliah tercicir dripada jalan ini, jalan mencari redha Allah. Jangan sahabatku.

Saya pernah melihat dan terjumpa, sahabat-sahabat telah berubah. Jika yang lelaki, soal teman wanita tak perlu disoal, ‘keliling pinggang’. Menipu sana dan sini. Padahal , diri sendiri yang tertipu. Usah ditanya siapa dia dahulu. Dia telah berubah.

Perempuan pula, tudung semakin singgat, pakaian semakin ‘kurang longgar’. mulut semakin ramah dan kaki semakin ligat ber ‘shopping’ dan outing. Zaman ‘baik’, telah tamat. Kini zaman bebas. Bukan apa, takut-takut maruah semakin murah.

Tetapi, syukur. Masih ramai yang masih tetap di jalan ini. Jalan mencari redha Allah. Cumanya, dengan cara masing-masing. Semakin matang, dan semakin mantap.

Dunia ini berubah, dan kita juga berubah, samada menjadi lebih baik, ataupun sebaliknya.

Jaga diri

Saya ingin menulis lebih panjang lebar, tetapi cukuplah sekadar ini dahulu. Kepada diri, sahabat-sahabat yang masih di sisi dan yang telah jauh berkelana, adik-adik dan sahabiah-sahabiah juga, jaga diri masing-masing. Jagalah solatmu, kerana ianya pasti menjagamu kembali. Dan ingat semua,

ingat siapa asalnya diri kita ini

Salam ukhwah Abadan abada semua ^_^

(secara umum untuk semua, khasnya untuk ASC)

Friday, June 17, 2011

Tidakkah kalian RINDU?



Tidakkah kita rindu kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W.? Bahkan baginda juga rindu akan kita, ikhwan-ikwannya. Semoga kita terdiri mereka.

Dibimbing oleh dua orang ulama tersohor, Syeikh Zainol Asri dan juga jemputan khas Syeihk Nuruddin Marbu Al-Banjari.

Marilah kita merasai halawatul iman (kemanisan iman ) di program-program keilmuan seperti ini dan bersama-sama dengan mereka-mereka yang beriman. Sesungguhnya merekalah saudara-saudara kita yang sebener. Saudara dalam keimanan. InsyaAllah

Monday, June 13, 2011

Hero yang zero?



HERO

Pengarang : Hilal Asyraf
Tebal : 485
ISBN : 978-983-097-285-5
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00

Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Syaitan bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan Bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan menyelesaikannya. Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Ameer Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan bapanya. Ameer Faheem terperangkap kerana dia perokok tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat! Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya?


komen saya. WAJIB baca, lebih menarik dari Superman, Batman,spiderman,cicakman dan segala 'man'. Ada islam di setiap perkara. Saya dah lama habis baca, sekadar perkongsian untuk semua.

Thursday, June 9, 2011

PETUA PENJIMATAN TENAGA?

PETUA PENJIMATAN TENAGA

Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.

Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.

Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

Gunakan mentol watt lebih rendah
Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.

Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.

Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.

Selenggara unit pendingin hawa anda
Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.
Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.(kalau ada kat rumah lah)

Ganti peralatan elektrik yang lama
Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.

Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.

Pilih 'Star Energy'
Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.(nak jimat punya pasal)

membazir itu amalan Syaitan......

Wednesday, June 8, 2011

Sekitar HPM 2011~ Selesai sudah

Selesai sudah

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab dan amanah yang dipikul semua dalam menjayakan Hari Pengajian Malaysia (HPM) 2011.Setelah perbagai dugaan yang datang, bermula daripada masalah tempat, sehinggalah masalah mikrofon semua itu dapat dilalui dengan dengan berkat kerjasama semua. Bak kata wonderpet,

‘Apa yang penting? KERJASAMA!’

Amanah yang dipikul

Jawatan bukanlah satu kebanggaan sebenarnya, jauh lagi sebagai suatu kehebatan. Kita hanyalah sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk sesuatu tugas. Kata-kata ulama,

‘Ketua sesuatu kaum, adalah adalah khadam mereka’

Ya, pemimpin dalam erti kata sebenar ialah ‘khadam-khadam’ataupun 'pekerja-pekerja' kepada golongan yang dipimpin. Para pimpinanlah yang perlu bersengkang mata, membanting tenaga, memerah fikiran, bertanggungjawab atas segala masalah, dan yang akan menyusun segala program untuk para peserta. Semua ini adalah amanah yang akan ditanya Allah kelak.

Hati ini berbunga

Syukur ke Hadrat Ilahi, semua ahli jawatan kuasa memberi komitmen. Pelbagai kerenah, tetapi masih lagi tersyenyum dan berusaha memberi yang terbaik. Terima kasih semua. Kerana bersama-sama sanggup menjadi ‘khadam-khadam’. Terima kasih juga kepada saudari setiausaha yang sanggup bekerjasama.Program in pasti akan menjadi kenangan manis buat kita bersama. InsyaAllah

Sekitar HPM


 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.