Sahabat yang tidak patut dibuangSiapakah sebenarnya sahabat? Apakah perbezaan diantara sahabat, kawan, rakan, saudara dan kekasih?
Sekilas pandang, mungkin hanya wujud perbezaan darpada segi ‘permainan’ bahasa dan kata, dan tidak ada berbezaan besar antara mereka semua. Semuanya merujuk kepada hubungan kita dengan sesorang yang lain. Adakah begitu?
Setiap amalan mengikut niatMungkin ada yang menyatakan sahabat adalah lebih pangkatnya daripada sekadar kawan, dan mungkin sebaliknya. Bagi saya sendiri, tidak banyak bezanya, kecuali satu. Iaitu mengapa kita berkawan atau bersahabatnya.
Sebagai contoh mudah, semua orang makan. Tetapi sebab untuk kita makan yang membezakan kita. Ada yang sekadar mengikut nafsu, ada yang ingin menunjuk-nunjuk kekayaan dengan makan makanan yang mahal,ada yang terpaksa makan,ada pula yang ketagih ‘makan’ dan ada juga yang makan untuk menjaga bentuk badan agar cantik menawan. Semua ini pastinya berbseza dengan seseorang yang sekadar makan apabila lapar dan hanya cukup-cukup sahaja untuk membuat kerja-kerja seharian dan pastinya untuk bertenaga untuk beribadat.
Lihat, perkara yang sama, iaitu makan. Tetapi yang membezakan kesemua itu ialah niat kita, kenapa kita makan? Why we eat?limaza?
Mereka yang makan mengikut nafsu dan ingin menunjuk-nunjuk dan riak,tentunya mendapat dosa riak. Mereka yang sekadar makan kerana memenuhi firtah manusia normal untuk makan, pastinya tidak mendapat dosa dan pahala kerana perkara ini tergolong dalam perkara-perkara harus. Tetapi berbeza dangan mereka yang makan kerana Allah, membaca doa sebelum makan, dan makan untuk hidup,dan bukannya hidup untuk makan, insyaAllah, akan memperoleh pahala daripada Allah tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat”
(HR bukhari dan Muslim)Hadis yang diletakkan di awal sekali dalam kitab Hadis 40 yang terkenal itu. Pastinya, ramai daripada kita yang pernah membacanya.
Mengapa kita bersahabat?Jadi,mengapa kita bersahabat? Suka-suka? Ada agenda tersembunyi? Mengambil peluang? Simbiosis?
Bagi saya, kita bersahabat kerana ALLAH. Kerana bersahabat juga adalah tuntutan agama, bahkan salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan iman(halawatul Iman).
Ada juga orang seperti ini? Semuanya mesti mahu dikaitkan dengan Allah, tak boring kah?
Tiap-tiap hari ada saja ‘syarahan’ agama mahu diberikan, tak muakkah?
Ya, ada! Jika anda semua mencari, pastinya akan ketemui.Adakah patut kita lupa padaNya sedangkan Dia tidak pernah lupa pada kita?
“Tidak beriman seorang kamu sehigga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri”
(HR Bukhari dan Muslim) hadis ke-13 daripada Hadis 40Bagaimana besahabat kerana Allah?Saya pernah menulis artikel berkenaan fungsi sahabat iaitu di dalam artikel ‘teori VS praktikal’. Sesiapa yang telah lupa bolehlah ‘search’nya kembali dalam blog ini.
Sahabat sebenar ialah membimbing kita ke arah kebaikan dan menuju reda Allah. Itu masej utama saya.
Sahabat yng sebenar bersedia menegur kita apabila kita salah, bukan sekadar mengampu kita dan memuji kita.
Sahabat sebenar mampu untuk itsar(mendahulukan orang lain) dengan kita ,mampu bersangka baik dengan kita, dan juga mampu berlapang dada dengan kita.
Mereka ada untuk memberi nasihat apabila kita meminta nasihat, dan mereka tidak pernah jemu menasihatkan kita dan membimbing kita, biarpun selembabmanapun kita
.
Mereka menjaga aib kita, di hadapan ataupun di belakang kita.
Mampu untuk mersama-sama bersedih tentang masalah ummat dan bergembira dengan RahmatNya.
Dan mereka tidak lupa untuk mendoakan kita.
Bagi saya, mereka inilah sahabat-sahabat saya yang sebenar.
Wujudkan mereka ini?
Mungkin ada yang berkata dalam hati, huh! Ini semua dalam filem ja, dalam novel ja, mana ada dalam dunia realiti.
Cakap senang la bro! ini semua khayalan sahaja. Kawan-kawan saya tak pernah pun ada macam ni.
Bla..bla…bla…
Ya, saya dengar dan saya faham. Saya juga manusia biasa yang bergaul dengan pelbagai ragam manusia, seperti kamu juga.
Tatapi bagi saya, mereka semua wujud! Dan saya tak pernah meraguinya.
Sahabat –sahabat kampong saya, maahad saya, Darul Islah, Darul Sofwah, Kuin dan banyak lagi. Mereka wujud, mungkin sedikit , tetapi itu sudah mencukupi untuk kita percaya, mereka ini wujud di dunia realiti ini.
Apabila kita bersahabat dan berukhwah kerana Allah, nescaya Allah akan satukan hati-hati kita di atas jalan Nya. Ketika itu, dunia menjadi indah, biarpun dalam keadaan payah,sukar, lapar, sakit, pedih, marah dan sedih.
Bahkan ibu bapa kita sebenarnya sahabat terbaik kita(mereka tetap ibubapa kita, beradaplah). Tidak kisah siapa dia, berapa umurnya,lelaki atau perempuan, apa bangsanya, apapun perangainya, jika dia mempunyai sifat-sifat tadi, dialah sahabat saya.
Jangan buang merekaJangan mensia-siakan kehadiran mereka. Railah mereka dan hargailah mereka. Tidak mudah untuk mendapat sahabat-sahabat seperti ini pada waktu ini.
Bukan apa, saya terkesan dengan berita-berita di akhbar-ahkbar yang menunjukkan ramai yang terjebak dalam maksiat dan masalah berramai-ramai, secara berkumpulan. Kawan makan kawan. Dirompak oleh orang terdekat ,dirogol bahkan ada yang dibunuh.
Secara kasarnya, mereka sehati-sejiwa. Berpakaian fasyen yang sama, geng yang sama. Tetapi hakitatnya masing-masing tidak mempunyai tujuan tauhid dalam bersahabat. Dengan itu, terjadilah sahabat-sahabat yang beriringan dalam maksiat dan kejahilan.
Bagaimana ingin mendapatkan mereka?Kita boleh mencari mereka, ataupun kita yang membina ‘mereka’.
Bagaimana?
Jadikan diri kita sendiri sebagai ‘sahabat sebenar’ terhadap sahabat-sahabat kita sedia ada, nescaya kita akan dibalas dengan kebaikan juga. Bukankah kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga?
Bak kata orang tua-tua kampung saya, Give and take.
Bayangkan jika seribu orang yang membaca artikel ini, meraka mempraktikkan ‘ilmu’ sahabat ini, pastinya akan muncul beribu-ribu lagi ‘sahabat-sahabat sejati’ dalam kalangan kita, dan kemungkinan sahabat kita yang sedia ada salah seorang daripadanya. Inilah yang dikataan saling memberi dan menerima kebaikan. Jadi, tak rugi buat baik!
Cuba.
Saya mencuba, dan anda semua yang membaca mencuba untuk melakukan yang terbaik, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengubah masyarakat disamping mendapat pahala ‘free’.Hasilnya biarlah Allah menentukan segalanya.
Jadi,jika yang sudah ketemui ‘mereka’ ini, jangan buang(abaikan) mereka. Mereka sangat berharga.
Ingat!, jangan ‘buang’ sahabat merata-rata.
Salam ukhwah semua!
Khalifah1412h.blogspot.com