Monday, August 30, 2010

Ramadan di penghujung waktu

Sedar atau tidak, Ramadan kini makin hampir ke penghujungnya. Bagi setiap individu, pasti ada kisah tersendiri tentang ramadan pada tahun ini. Di mana ada pertemuan, di situ jualah ada perpisahan. Dimana ada permulaan, disitu jualah ada pengakhiran.

Cuma , adakah kita merasainya?


Imbas Kembali..

Ingatkah kita pada awal Ramadan yang lalu? Kita begitu ghairah untuk berpuasa, rindu untuk ke Tarawih , sahur di pagi hari dan pastinya untuk berbuka puasa. Di media-media meriah 'menyambut' awal ramadan , bahkan hampir disetiap blog muslim dan laman web muslim pasti ada entri mengenai sambutan Ramadan.

Di sini ana ingatkan kembali beberapa hadis tentang kelebihan Ramadan buat kita semua:


1)Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);

2)Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);


3)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)

4)Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)

5)Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad)

6)Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

7)Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

8)Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi
)

9)Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)

Banyak tu,
Jadi, ingatkah kita tentang kelebihan ramadan?

Masih ada waktu

Masih ada waktu bagi kita, 10 hari terakhir di bulan Ramadan ini. Dan Allah juga telah menjanjikan satu hadiah istimewa kepada kita iaitu, Lailatul Qadar.

Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Keganjilan di Malaysia

Namun, dalam pemerhatian saya, semakin hampir ke penghujung Ramadan , semakin kurang 'bersemangat' untuk orang ramai beribadah. Contohnya, pada awal ramadan di masjid-masjid , jemaahnya ramai. Namun kini , semakin kurang jumlahnya. Hilang entah ke mana? Kaum ibu pula, semakin sibuk untuk menyiapkan biskut raya, sehingga terlupa untuk banyak membaca Al-Quran dan beribadat. Ya, kita perlu menyambut Hari Raya, tetapi janganlah kita lupakan fadilat Ramadan di penghujung waktu ini.

Jadi?
Jangan sia-siakan peluang ini. Sementara Ramadan masih berbaki, ambillah peluang ini sebaiknya. Mungkinkah ini Ramadan terakir kita? Adakah kita akan kembali bertemu Ramadan pada tahun hadapan?

Semua itu pelum pasti, tetapi yang pasti ,
Ramadan tahun ini masih berbaki....

Saturday, August 21, 2010

Memperingati detik hitam 21 Ogos 1969


Al-Aqsa dibakar pada 21Ogos 1969

Kenapa dengan 21hb Ogos?
Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.
Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?
Tidak, sekali-kali tidak.
Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.
Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.
Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.


Dinding Al-Aqsa yang roboh akibat pembinaan terowong

Apakah kesan pembakaran tersebut?
Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:

Sebahagian besar Masjid al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan masjid.
Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus
Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.



Al-Aqsa ditawan pada 1967

Apakah peranan O.I.C?
Pembakaran Masjid al-Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.
Banyak pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. PBB juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Baitul Maqdis dan pengYahudian Masjid al-Aqsa.
Para pemimpin negara-negara Islam pula telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu kesemuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya telah terbukti gagal di dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.

Zionis bekerja siang dan malam untuk mengusai Al-Aqsa
Telah berakhirkah ancaman terhadap Masjid al-Aqsa?
Kesan pahit dari pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Banyak lagi peristiwa jenayah yang dilakukan terhadap al-Aqsa, di antaranya:-

27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.

28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada al-Aqsa.
Kini, setelah 41 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa yang diberkati itu.


Sinagog Hover yang telah dirasmikan pada Mac 2010 bersebelahan dengan Al-Aqsa
Apakah lagi jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa?

Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk mengYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.
Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:-
Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
Siri pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll
Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.
Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.

Al-Aqsa, jantung hati umat Islam
Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan al-Aqsa?

Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah
Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.

Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan al-Aqsa serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

Jom… kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan al-Aqsa yang tercinta……
Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa…

sumber daripada blog abang ana ( Sautulharakah.blogspot.com)

Monday, August 16, 2010

Doakan Untuk saya

sesuatu telah berlaku. Sangat mengejutkan . Ya Allah....
Sahabt-sahabat sekalian doakan untuk saya, agar Allah memberikan yang terbaik untuk saya, di dunia dan di akhirat sana..tolonglah..Amin ya Allah

Pray for me, please...

Gambar setelah ribut di Bazar Ramadhan (di Melaka)







Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Peringatan buat semua manusia. Angin yang lembut bertiup boleh berubah menjadi ribut dalam sekelip mata.
(khemah tu memang berat, pernah angkat dengan kawan-kawan dulu)

Thursday, August 12, 2010

Jangan tersungkur di Bazar Ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ramadhan Kareem!! Selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat

Bazar Ramadhan
Sinonim dengan namanya, Bazar Ramadhan hanya akan diadakan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Itulah antara keistimewaanya. Baik di Mayalsia, mahupun di mana sahaja dunia Islam, pasti ada bazar sepertinya untuk memeriahkan bulan Ramadhan selain , menambah keberkatan. Selain itu, di bazar Ramadhan terdapat segala jenis makanan, yang kadangkala tidak dijual bahkan tidak lakupun sewaktu hari-hari kebiasaan yang lain.Sebut saja, daripada kuih muih , roti, nasi, mee dan bermacam lagi hidangan ada dijual. Mungkin itulah penangan bulan Rahmat

Tetapi hati-hati
Ya, hati-hati. Kerana apa? Yang pertama, elakkan pembaziran. Ingat, kita sedang berpuasa yang antara intipatinya adalah untuk sabar. Jadi sabarlah kita dengan nafsu makan kita, cuma nafsu makan sahaja. Cubalah untuk mengelak daripada pembaziran dan elaklah daripada menjadi sahabat kepada Syaitan. Ingat!!

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27).


Jagalah pakaian kita
Selain jaga berbelanjaan kita dan nafsu makan kita, jagalah juga pakaian kita. Terutamanya bagi golongan perempuan, pakailah dengan pakaian yang baik, menutup aurat, tidak ketat, tidak lutsinar@lutcahaya kerana semua itu akan merosakkan dan meranapkan mata-mata yang sengaja memandangnya. Kita pada waktu itu, sudah berada di waktu hujung puasa pada hari itu, maka janganlah kita hancurkan pahalapuasa kita pada hari itu dengan hanya memandang perkara-perkara sedemikian dan lebih teruk lagi jika kita penyebab semua itu!! Jauhilah kerana itu adalah seburuk-buruk perkara.

Cuba kita fikir sejenak, bulan ini adalah bulan yang mulia, bulan yang berkat, bulan yang padanya syaitan diikiat, bulan yang padanya diturunkan Al-Quran, pahala dilipat ganda dan banyak lagi kelebihan Ramadhan, adakah kita ingin merosakkannya? Adakah kita tidak mampu, walaupun cuma menghormati bulan mulia ini? Sehingga tak mampu untuk pakai sehelai tudung? labuhkan pakaian? tinggalkan rokok? jika demikian , sebesarmanakah iman kita? ataupun masih adakah iman di hati sanubari kita? Dan janganlah menjawab tiada sekelumit iman di hati ini, kerana itu benar-benar zalim pada diri sendiri.

DOA MASUK PASAR

لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, baginya kerajaan, baginya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan , Dialah yang hidup tidak akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.[30]

Agar kamu bertakwa
Bulan Ramadhan ini adalah satu universiti, satu madrasah, satu kem yang bertujuan melahirkan orang-orang bertakwa. Ini adalah satu peluang yang Allah buka kepada kita, agar kita bertakwa. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, pahala digandakan, syaitan diikat, semua itu adalah bonus-bonus yang Allah hadirkan untuk membantu kita semua, hambaNya untuk menjadi labih bertakwa. Adakah kita tidak mahu menyambut bantuan Allah ini? begitu egokah kita? Bahkan dengan Tuhan Seluruh Alam kita masih lagi ego? Ya Allah, bagitu sombong sekali kita dengan Allah.
Usahlah sedemikian rupa, pulanglah, biarpun terkadang manusia seluruhnya membuangnu, Allah tetap ada. Pulangkah kepadaNya..

Sebelum Melangkah...
Jadi, sebelum melangkah ke Bazar Ramadhan, fikir-fikirlah dahulu. Sama ada kita ingin membeli, menjual ataupun sekadar memenuhi jemputan, fikirlah dahulu. Teguhkan IMAN, Ketatkan TAUHID, banyakkan AMAL, tinggikan ILMU dan bersedialah kamu, wahai diri. Bazar mana petang ini?


Monday, August 9, 2010

ISI-ISI PENTING DI BULAN RAMADHAN

ISI-ISI PENTING DI BULAN RAMADHAN

1- Makna Syariat : ialah Undang-undang @ Agama @ Jalan @ Hukum
Syariah Islamiah : Undang-undang Islam
Undang2 Syariah : Undang-undang Agama

2- Disyariatkan bulan Sya’aban tahun ke-2 hijrah. Nabi puasa Ramadhan 9 kali.
3- HUKUM:Siapa yang ingkar kufur kerana perkara maklum minanddin bidharurah. (Baijuri).

4- Orang berpuasa bersifat dengan sifat malaikat.
5- Ayat diseru oleh Iman tidak orang Islam kerana puasa hanya dilakukan oleh orang yang beriman sahaja. Iaitu percaya ttg hari Akhirat.

6- KUTIBA bermakna FURIDHA = difardhukan ‘Ain ke atas kamu semua ( baliqh, berakal, mampu) bukan farhdu Kifayah

7- Maknanya puasa: iaitu
menahan diri dari 2 nafsu (perut&kemaluan) dari perkara2 yang membatalkan puasa, mula dari fajar siddiq hingga terbenam matahari dengan niat.

8- 2 nafsu: punca segala kejahatan dan penyakit ialah perut. Segala najis tahi pun ada di dalamnya. Berkata Imam Al-Busiri

واخش الديائس من جوع ومن شبع
فرب مخمصة شر من التخم
Terlalu kenyang mendatangkan: malas, gelap hati, malas untuk bangun.
Firman Allah:

Sabda Nabi: Sesungguhnya Mukmin minum memenuhi satu bahagian perut dan kafir memenuhi 7 bahagian perut.
Sabda Nabi : Sesungguhnya orang yang paling kenyang di dunia akan paling lapar di akhirat.
Kata ‘Aisyah : Bala yang pertama datang kepada umat ini selepas kefawatan Nabi ialah kenyang kerana sesungguhnya satu kaum apabila kenyang perut mereka, nescaya gemuklah nafsu mereka,lalu lemah hati mereka dan berkembang syahwat keinginan mereka.
Sabda Nabi: Makan sehari dua kali ialah membazir dan Allah tidak suka kepada membazir.

9- Mula dari fajar siddir hingga terbenam matahari: ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita kerana memfardhukan apa yang kita mampu lakukan. لايكلف نفس إلا وسعها .
10- Nabi berbuka puasa dengan beberapa biji kurma masak, kalau tiada maka dengan kurma lembap. Kalau tiada, maka dengan menghirup air kosong. HIKMAH KURMA: tabiat badan sesuai waktu petang, menambahkan kekuatan dan menguatkan mata. HIKMAH AIR: hati kering dengan sebab puasa, maka air akan melembapkan dan memudahkan proses makanan. (Asyrafu Al-Wasael Fi Fahmi As-Syamail –Ibnu Hajar).

11- Niat : sekali lagi kita melihat kasih sayang Allah kerana memudahkan kita berniat di waktu malam dan sahur. Seandainya kita diwajibkan niat seperti ibadat lain nescaya lemah kita.

12- Takrif kedua : Takrif pertama + menjaga semua anggota zahir dari melakukan maksiat.

13- Takrif ketiga: Takrif pertama+kedua+ menjaga rahsia hati dari berpaling selain dari Allah. Mereka Ahlullah(Rasul,Nabi,Wali,Ulama’ Akhirat.

14- KAMA KUTIBA : di dalam bahasa Arab dinamakan tasybih di dalam ilmu Balaghoh. Iaitu perumpaan. Allah umpamakan kefardhuan kita dengan kefardhuan orang sebelum kita. Jadi, perumpaan itu sama dari segi apa?? Ulama menyatakan bahawa sama dari segi bilangan,masa dan tempoh. Orang Yahudi dan Nasrani juga difardhukan tetapi mereka menambah,menukar dan terus menukar sehingga ke hari ini.

15- TATTAQUN : inilah bekalan dan pakaian kita di akhirat. فإن خير الزاد تقوى ---ولباس التقوى ذالك خير ……. Dan mudahan kamu lemah , bila lemah kurang maksiat…kurang dosa dan masuk syurga.

16-
Maka apabila kamu berpuasa, nescaya kamu telah binasakan nafsumu dengan puasamu. Dicukupi nafsu daripada keinginan. Maka puasa itu membinasakan kehendak nafsu. Dan padanya dapat menyucikan hati, membaiki anggota zahir, dan memperingati kita agar berbuat baik kepada orang fakir, kembali kepada Allah, dan bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan Allah dan keringanan hisab di hari akhirat. Kurniaan Allah pada mentaufikkan engkau untuk berpuasa terlebih besar daripada engkau mensyukuri kurniaan itu. Daripada sebab puasa engkau ialah engkau tidak dituntuti ganti. (Minhaj Al-Abidin Imam Ghazali).

Allah berfirman: Wahai Ridhwan , bukakanlah pintu syurga untuk orang yang berpuasa dari kalangan umat Muhammad , dan Allah berfirman lagi: Wahai Malik, tutuplah pintu neraka daripada umat Muhammad yang berpuasa, Allah berfirman lagi: Wahai Jibril , turunlah engkau ke bumi , maka dibelenggu dan diikat kehendak Syaitan dan ikatlah mereka dengan rantai-rantai, kemudian lemparkan mereka ke dalam lautan sehingga mereka tidak dapat merosakkan puasa umat kekasihKu Muhammad. Maka Allah berfirman pada setiap malam daripada malam bulan Ramadhan sebanyak tiga kali: Adakah ada orang yang meminta,maka nescaya aku akan memberi permintaannya, adakah ada orang yang bertaubat,maka nescaya aku akan menerima taubatnya, adakah ada orang yang memohon keampunan, maka nescaya aku akan mengampunkannya. (Keratan Hadis Kitab Tanbih Al-Qofilin m/s 249).

Monday, August 2, 2010

Jaulah Atau Redah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jaulah adalah perkataan bahasa Arab, yang boleh ditafsirkan dengan merantau, bermusafir, jalan-jalan dan juga makan angin. Dan 'redah' adalah perkataan bahasa Melayu yang boleh juga titafsirkan sebagai serbu, terjah, bergarak secara membabi buta dan juga berjalan tampa perancangan. (bagi yang tak faham)


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
[10]Al-Rum


Berdasarkan ayat diatas, boleh dikatakan Allah menyuruh hamba-hambanya berjalan di muka bumi dengan TUJUAN memerhatikan kebesaran dan kekuasaan Allah. Bak kata pepatah Melayu terkenal, Jauh perjalanan luas pengalaman.Dan bukan pula hanya jalan-jalan cari makan...

Redah?
Ada dikalangan kita yang merantau, berjalan ke sana ke mari. Pernah ke Paris, Kaherah,London dan mungkin juga Alaska. Dan hanya bertujuan, jalan-jalan cari makan. Maka adakah segala jerih payah mereka mengembara itu dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah? Ingatlah, sabda Nabi yang terkenal, Mafhumnya "setiap amalan itu bergantung kepada NIAT" . Maka pastinya ganjaran pahala tidak diberikan, sebaliknya diberikan makanan sahaja, bukankah itu yang diniatkan?

Makan untuk hidup? atau Hidup untuk makan? Bunyinya hampir sama, namun maksudnya jauh berbeza. Jika hidup untuk makan, maka 'makan' itulah yang menjadi 'tuhan' kita ataupun tujuan hidup kita. Munasabah? ya , munasabah, jika kita ini hanyalah binatang di dalam hutan.(binatang pun Hamba Allah juga). Sebaliknya, jika di terjemah makan untuk hidup, maka itulah yang sebaiknya. Sahabat Rasullulah dahulu, hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mereka makan sekadar untuk hidup, dan hidup mereka hanya kerana Allah. Makanan itu semata-mata alat untuk kita sampai kepada Allah. Jadi perbetulkanlah fikiran kita..


Jaulah?

Kebanyakan sahabat Nabi juga tidak meninggal di tempat kelahiran mereka sendiri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W.sendiri wafat di Madinah, bukannya di negeri kelahiran baginda iaitu Makkah. Mengapa? Sebanarnya hidup kita ini sendiri adalah satu pengembaranaan yang terus menerus, jaulah yang begitu panjang. Bermula daripada Allah dan akan berkakhir dengan bertemu Allah juga. Setelah 5 alam ditempuh , akan sampailah kita di destinasi kita, Allah. Maka patutkah kita menjadikan makanan sama taraf dengan tujuan kita iaitu Allah? berubahlah, jika tidak...

Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.
[11]Al-Rum


Maka mereka yang mempersendakan peringatan akan dibalas Allah , di dunia, apatah lagi di akhirat sana.Maka ingatlah semua, kita sedang berjaulah, untuk mencari Ibrah dan semestinya redha Allah. itu sahaja
"Always begin with the end in mind"

sama-samalah kita membetulkan semula koordinat destinasi kita, Allah atau makanan(dunia). Jadi...

JAULAH ATAU REDAH?
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.