Sunday, December 27, 2009

Perancangan....

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang

Merenung di hadapan skrin lettop. Kosong....Perancangan ku terganggu. Ish.. Apa nak kata . Sebaik-baik perangcangan ialah perancangan ALLAH. Apa yang ditunggu tak datang. Yang ditinggalkah kembali memanggil. Macam mana ni?

Ragam hidup
Itulah manusia. Merancang dengan sebaik mungkin.Setepat mungkin dan sebijak mungkin. Itulah isinya 'mungkin'.sebaik mungkin.Setepat mungkin dan sebijak mungkin . Kta tak pernah lari daripada kesilapan.Sebaik mana rancangan Si Mushrikin untuk membunuh Nabi Muhammad. Allah telah merancang sebaliknya.Nabi telah dikhabarkan tentangnya dan Nabi juga merancang. Tetapi rancangan berpandukan Allah. Maka rancangan Allahlah yang sentiasa berjaya.

Tetap Merancang
Tetapi kita bukanlah Nabi, bukanlah juga Sahabat dan pasti bukan Tabie Tabien. Bagaimana kita mahu rancangan kita berjaya? Seperti berjayanya rancangan mereka itu. Adakah rancangan kita setanding Khalifah Umar yang berjaya meluaskan empayar Islam, atau setanding dengan Sultan Muhammad Al-fateh yang melakukan penaklukan yang dianggap mustahil pada waktu itu, mungkinkah setaraf dengan Sallahuddin Al-Ayubi yang telah menggerunkan musuh hanya dengan tawaduknya sahaja. Semua Rancangan ini berjaya kerana semuanya diatur dengan pelan yang sama, walaupun 'kontraktor'nya berbeza.

Islam
'Pelan' yang sentiasa berjaya ialah Islam. Penuhi syarat ALLAh, dan syarat rasulnya, Insya ALLAH berjayalah rancanagn itu. Manakan tidak? Rancangan yang didokongi oleh Tuhan sekalian Alam, pasti berjaya. Usaha + Yakin + Tawakkal = Kejayaan. Inilah pelan kejayaan. 'Pelan' yang digunakan yang diturunkan ALLAh 1400 tahun dahulu, yang telah digunapakai oleh pelbagai 'kontraktor' yang berbeza, dan semuanya berjaya.

Inilah penyelesaiannya
Akhirnya 'pelah' ku yang kabur kini jelas kembali. Ianya kabur disebabkan debu-debu dosa.Debu-debu itu akan tetap akan kembali. Dan aku tetap akan menghilangkannya dengan amal ku. Dengan berpandukan 'Pelan' ini,perancangan aku tidak akan gagal

Saturday, December 26, 2009

10 maut bas dua tingkat terbabas di lebuh raya

10 maut bas dua tingkat terbabas di lebuh raya




KAKITANGAN hospital membawa masuk sebahagian daripada 10 mayat mangsa kemalangan ke rumah mayat Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.


Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.



MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

"Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam.

Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.

Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak," katanya.

Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah.

"Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu," katanya.

KRONOLOGI: Antara kemalangan maut membabitkan bas ekspres

2009

14 April: Enam termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang.

2008

8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.

2007

15 Ogos: Dua puluh termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping.

2006

31 Julai: Sebelas maut dan 35 cedera termasuk sembilan parah apabila bas pesiaran yang mereka naiki untuk menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne's di Bukit Mertajam, terbalik di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi di Butterworth.

2005

28 Mac: Lima penumpang bas ekspres maut manakala enam lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu, Sarawak.

2004

24 Disember: Lima orang, termasuk dua pelancong asing terbunuh, manakala 17 lagi parah apabila sebuah bas ekspres Kurnia Bistari terhumban ke gaung sedalam 25 meter di Kilometer 12, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Pos Slim, Ipoh.

2003

1 Disember: Empat belas terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas sekolah yang dijadikan bas tambahan sempena Aidilfitri dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.

Sungai Dalam Laut?







nota: ini adalah copy daripada ibnufathani.blogspot . Dinyatakan bahawa itu ialah hydroden sulphide. Gambar di ambil di Cenote Angelita, Meksiko.

Wednesday, December 23, 2009

gunung berapi Mayon





Wednesday, December 9, 2009

Pesan Ustazah....

^^Persahabatan JEJAKA dengan WANITA.. suatu muhasabah^^

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap


Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Nota: ana copy daripada Blog Ustazah Farishana di http://nuhanif.blogspot.com/
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.