Friday, March 27, 2009

60 earth hour





60 earth hour. Dikatakan suatu cara untuk menyelamatkan bumi yang tercinta. Tapi, sebagai muslim yang selalu berfikir, apakah sebenarnya motif di sebalik 60 earth hour ni?

Ini hanya pandangan ana. mungkin tak sama dengan antum (para pembaca). Ana rasa, sebelum kita bergelap pada malam ni, fikir-fikirkanlah dahulu.
1) kita semua menutup lampu ni untuk mengurangkan pengeluaran gas-gas berbahaya CO2 ,CFC dll. tetapi, ingat, kita bukanlah negara penyumbang besar kepada masalah ini. Negara-negara besar seperti A.S , China, Jepun, Jerman dan negara perindustian yanglain patut mengadakan 60 earth hour ni setiap hari. Bukan kita. Dan negara kita juga bukanlah pengguna Nuklear yang mencemarkan tu. Kita ada tenaga hidro. Walaupun tak banyak

2)Mengapa diadakan pada hari sabtu? kenapa tidak diadakan pada hari-hari yang lain? Hari Sabtu adalah hari kebesaran bagi bangsa Yahudi. Jika alasannya adalah untuk mengelakkan kerugian, maka bermakna mereka tidak sanggup berkorban demi bumi

3) mengapa di Malaysia , ianya dilakukan pada pukul 8.30 malam-9.30 malam. padahal itu adalah waktu solat (Isyak) ! mungkinkah ada agenda lain?

4) mengapa tidak diadakan saja pada waktu-waktu yang lain . contoh 12.00 tgh malam ka. kan mereka suka sambut sesuatu perayaan pada waktu tersebut?

5) Apa akan jadi dalam tempoh sejam tu. Mungkin kecurian akan berleluasa?. pada waktu yang berlampu pun mereka mencuri, inikan pula seluruh bandar@ negara bergelap. Mampukah polis mengawalnya? dan ini juga akan membebankan pihak polis yang sememangnya sentiasa sibuk

Itu adalah 5 pekara asas yang boleh ana persoalkan. buakn bermakna , Tak boleh 'join' tutup lampu tu. tapi, fikir-fikirlah dahulu sebelum tutup lampu tu.

Allah taala berfirman, mafhumnya" jika datang kepada kamu seorang Fasik dengan berita, maka pastikanlah kebenarannya (chek)"

tak kan bila kata. seluruh dunia tutup lampu, kita juga kena tutup lampu? yang banyak tak semestinya benar . Mungkin acara ni akan dijadikan acara tahunan sedikit masa lagi.
(mungkin ni adalah test Yahudi kat kita, nak ikut tak. sebelum ni , depa hamtar budaya-budaya depa, sekarang? )

Fikir-fikirkanlah

IC
11.47 a.m.
Alor Setar,kedah

khaliFah_maahad

Wednesday, March 18, 2009

lirik bulan ini

Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

UNIC

utk +aia

maksud bacaan dalam solat

NAk dapat khusyuk dalam solat merupakan idaman setiap mukmin, kerana Allah berfirman mafhumnya" maka berjayalah orang-orang mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka"
Tapi, ianya SANGAT susah untuk mendapatkannya, kan?
di sini ada sedikit cara untuk membantu, dengan memahami maksudnya


Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujiNya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau sela watkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah En gkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


ana memang teringin nak solat kat tempat macam tu. mesti best, rasa nature tu

Tuesday, March 17, 2009

hasil boikot yg dulu

Hasil Boikot Anda
Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Thursday, March 12, 2009

Cuti sekolah telah kembali

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cuti
Cuti sekolah telah bermula. Walaupun hanya seminggu. Bagi ana , itu satu tempoh yang sanagt berharga. Mungkin ada yang mengisinya dengan perkara yang perkara yang merehatkan minda ,setelah memerah otak selama 3 bualn berturut ataupun ada yang mengisinya dengan mengulangkaji matapelajaran yang yang kurang difahami dan menghilangkan keBluran tentang mana-mana subjek. Ada juga mengisinya dengan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru-guru. Apa-apapun aktiviti, pastikannya aktiviti yang bermanfaat.

masa lapang
Perkara yang merbahaya bagi seorang muslim ialah " masa lapang yang tak diisi". Sebenarnat , ianya ialah pepatah Arab, namun ana terlupa ayat Arabnya. minta maaflah. Mengapa masa lapang yang tak diisi ini bahaya, bukankah ianya dapat menghilangkan tekanan seseorang itu? mungkin ya bagi mereka yang tak mengerti. tetapi sebaliknya bagi yang mengerti. sebenarnya, jika sesuatu itu tak diisi degn kebaikan , maka musuh kebaikanlah yang akan memenuhinya.

Penting

Seperti pepatah yang lain, "jika kamu tidak membuat kebaikan , percayalah yang kita sedang membuat kejahatan" ,Secara mudah, seperti hati, jika didalamnya ada cahaya, maka kegelapan tidak akan ada dan begitulah sebaliknya. " dan janganlah kamu mencampur adukkan antara haq dan batil " ayat Al-Quran yang sangat lazim didengari. Dan dengan kata lain, kita hendaklah sentiasa di dalam kebaikan dan kebenaran, jika kita tak berada dalam kebenaran, bermakna kita berada dalam kesesatan dan keburukan. Inilah cantiknya Islam. Jika semua umat Islam berpegang dan faham dengan ayat ini, maka dunia ini akan dipenuhi dengan kebaikan.

boleh buat ka?
ya, memang diakui . menulis ni lebih mudah daripada membuatnya. Tetapi, ini adalah satu peringatan kepada diri sendiri dan juga para pembaca. InsyaAllah, denagn keazaman yang kuat , kita boleh . Marilah kita sama-sama ingat mengigati. " sampaikanlah daripada ku walaupun , dari satu ayat" (maksud Hadis)

selamat bercuti semua : )

keputusan Peperiksaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kelmarin telah keluar keputusan peperiksaan SPM, STAM dan SMRAMM di Maktab Mahmud Alor Setar. tahniah ana ucapkan kepada semua yang berjaya denagn jayanya dan kepada semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh. "Man jadda, Wajada" pepatah Arab yang bermaksud, barang siapa yang berusaha, dialah yang mendapatnya. Dan juga kejayaan itu rezeki dari pada Allah

Gambar Minggu ni








Gambar terowong di bawah Masjid Al_Aqsa . digali oleh Yahudi LAknatullah

dengan melemahkan struktur masjid. Sebarag gegaran besar akan dapat merobokan Qiblat pertama umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa. dan mereka iaitu Yahudi didak akan mahu bertanggungjwab

sumber -http://bestlight.multiply.com

ISU Nama Allah

Isu Nama Allah: Dr Asri sependapat dengan Nik Aziz
Azamin Amin

Tue | Mar 10, 09 | 1:06:25 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - "Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham."

Demikian dinyatakan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini pernah menulis setahun lalu dalam blognya yang bertajuk:"Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah." berhubung isu berkaitan.

"Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan 'Allah'. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik," katanya dalam laman blognya itu baru-baru ini

Katanya Majlis Fatwa Perlis ketika beliau menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah.
"Jangan kita nak 'divert' isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
"Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya.

Katanya jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan katakan bahawa agama Islam yang melarang tetapi beritahu orang bukan Islam bahawa peraturan Kerajaan Malaysia yang melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
"Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam." katanya ynag kini masih berada di Lampeter, United Kingdom.

dipetik daripada http://ikhwan-alfathoni.blogspot.com/

Friday, March 6, 2009

Maulidur Rasul

kitab Syamail Muhammadi




Kitab ni kawan ana dah beli. Memang bagus. Kita boleh tambah kenal dengan kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W. . Ana sarankan belilah noo..

MAULIDUR RASUL


Thursday, March 5, 2009

Lirik hari ini

Intifada

Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa rindu
Gemersiknya Lagu

Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk Dia

Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman

Oh... semerbak harum bingkisan annur
Berterbangan tinggi ke Intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari

Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut bernyanyi
Zikir tidak henti

Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati

Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

'Pujian' itu membina semangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sudah agak lama jari-jemari ni tak berlari-lari atas papan kekunci ni. Dan yang paling penting , ana berada di 'baiti jannati'. Tu yang paling best tu. Dan dalam tempoh masa yang tak berapa panjang ni , iaitu 3 bulan ni. Banyak la yang berlaku . Dan dalam tempoh awal tahun ni , ana dah ada 'kelab peminat'. ye ke? lebih kurang la. Tu la gelaran yang ana bagi bagi mereka yang selalu meng'komen' apa yang kta buat secara agak kasar. huh! ni ayat Balagoh yang tinggi ni. sapa yang paham .Alhamdulilah. yang tak paham , bagi paham jugak la. Dan perkara ni bukan saja berlanjutan di Maahad, bahkan luar maahad. Memang dugaan yang hebat. Semoga Allah kuatkan hati yang lemah ni.

PEDIH
Manusia yang berdakwah ni memang sering menjadi bahan cacian dan ktukan pedas oleh mereka-mereka yang tak faham. dan kadang-kadang ada yang sengaja buat-buat tak paham. Sebanarnay , ana ni jenis yang pegang dengan satu perkara tu betul-betul. Walaupun selalunya, sakit dan pedih juga lah hati ini. Ana akan tegur apa saja rang ana nampak tak kena selagi terdaya. tu saja. dan kalau semua orang buat macam ni. InsyaAllah , malaysia kan aman.
Tapi, berapa ramai yang hanya melihat orang yang membuat salah dan menegur mereka? Dan kadang-kadang golonagn ini adalah mereka yang mempunyai kuasa untuk mengambil tingdakan. Ingat! 'redho kepada maksiat itu, adlah maksiat!!' Maknanay , jika kita melihat maksiat, dan kita tak berasa apa-apa, maka balik dan chek lah hati tu, kerana hati anda sakit! Dan , golongan ni juga menambah masalah dengan meng'komen' mereka yang menengur.Dan ayat-ayat yang digunakan seperti pulun , GP, buat kemas dlll yang sama waktu dengannya.
KONSEP

Allah berfirman dalam surah As-Soff,
"(2)Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"

"(3)Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

Bagi ana . Jika ada yang kata 'aku tak boleh tegur orang lain , sebab aku pun tak buat' Fikirlah sekali lagi. jikalau seluruh warga Maahad, pakai konsep ni. Apa yang akan tetjadi?? Tak kan adalah tegur-megur antara kita. Orang buat maksiat akan terus dengan maksiatnya , Dan oarng yang berilmu tapi tak amal tu , hanya melihat... Lojik ka?? Habih jatuh la Uamat Islam kalau semua pike macam ni!!
Tak kan nak tunggu seseorang yang 'maksum' untuk muncul dan tegur kita? Sampai bila nak tunggu? Tak adak sapa yang maksum selain Nabi Muhammad S.A.W.. DAh tu? nak bauat macam mana?
KONKLUSI
Cara yang betul ialah. kita nampak orang buat salah @ Maksiat, TEGUR LAA, dan ingat! masa kita tegur tu. kita kena buat sama apa yang kita tegur tu! tu cara dia. dan 'Mind Setting' kita bukanlah mengatakan orang buat salh tu TEROK, tapi dia hanya TERLALAI, dan sama juga dengan kita. Ini lah konsep 'ISLAH NAFSAK, WADU' GOIROK'
maksudnya : perbaiki diri sendiri , dan mengajak orang lain untuk berbuat kebaikan @ menegur.


Sapa yang masih tak puas hati lagi. tak pa. Insya Allah, masih ada waktu bagi kita . Berbincangan masih panjang. Bagi la komen sikit..
Dan kepada mereka yang masih mahu meneruskan 'Pujian' yang tajam dan pedas, teruskan jikalau kalian ingin mendapat DOSA FREE dan bagi orang PAHALA FREE.
kerana

'Pujian' itu membina semangat

Radix fried chiken





Rfc adalah satu fenomena baru yang melanda negeri Kedah khasnya, dan negara amnya. Bagi ana , ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk menigkatkan ekonomi kita (Melayu Islam) . Ia juga menigkatkan imej kita sendiri.
Dengan adanya Rfc, tak dak alasan untuk terus menyokong Israel iaitu Kfc , McD , dll. Usaha ni memang patut dipiji. Kita sebgai Melayu Islam patut menyokong usaha baik ini. Harganya lebih murah dari makana segara yang lain. Dan pastinya Rfc lebih bersih, organik, dan HALAL.
Dan denagn itu, ana nak tanya la, Sapa-sapa yang nak pi test keenakan Rfc ni ajaklah ana ataupun dalam kata lain , Sapa nak belanja ana Rfc? hehe
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.