Monday, January 26, 2009

Obama? Tanda Kiamat?



Adakah Obama akan membawa perubahan? Ramai yang harapkan perubahan dari 'ketua polis dunia' yang baru ni. Ana yakin. Memang akan ada perubahan, tapi samada buruk atau baik . itu ana tak pasti
Adakah Obama akan meneruskan dasar Bush untuk memerangi umat Islam? tak tau la. tapi tok dia ni Islam. tapi , apas al dia ni tak islam? Pelik...
Setiap Presiden Amerika mestilah pro Israel, jika tidak akan dibunuh. Obama ni pro Israel? lebih rami yang mengatakan ya dari tidak.

apa-apa pon. yang pasti Obama akan bawa sejarah baru. orang kulit hitam di rumah putih. Kawan ana kata, dia ni mungkin ada kena mengena denagn tanda-tanda beser akhir zaman. KIAMAT SANGAT hampir....

Sunday, January 25, 2009

Keyakinan asas kepimpinan



gambar suasana waktu pulang

Alhamdulilah, Kami semua telah selesai Kem kepimpinan dengan jayanya. walaupun , terdapat beberapa orang tercicir atas sebab-sebab tertentu. 'Keyakinan asas kepimpinan' ana rasa, ini yang ana dapat dari program ni.
Sudah agak berapa lama ana tidak 'diprogram' kerana ana selalu 'memprogram'. Tu jugak ayat yang keluar dari seorang abang ex-maahad yang turut hadir.Dengan ini, ana dapat rasa bagaimana rasanya 'diprogram' kembali.
Oleh sebab ana rajin 'memprogram' & sering jadi fesi, ana pada waktu itu cuba bagi komitmen 110%. Kerana itulah apa yang ana mahu apabila ana jadi fesi kepada peserta-peserta. Dato' Dr Fadhilah Kamsah kata "apa yang masuk dalam hidup kita, Sama dengan apa yang kita keluarkan dalam hidup kta"

Terima kasih semua!! Semoga Allah pertemukan kita kembali pada masa akan datang. Moga usha kita ini dikira oleh Allah sebagai Ibadah

Takbir!!!

Thursday, January 15, 2009

Qassam


Jumaat ,16/01/2009 - Mujahidin Penentangan Palestin(HAMAS) pagi semalam(15/2/2009) telah berjaya meledakkan serangan berulangkali ke beberapa kawasan penempatan haram Zionis dengan lebih 20 peluru berpandu dilancarkan jauh dari semenanjung Gaza sehingga pukul 12 tengah hari semalam. Peluru2 adalah dari jenis Grad.

Berkesan ka Demo ni?

Seperti biasa, Suatu hari di dalam kelas
"ana tak puas hati la, ramai yang buat Demo, menjerit, melompat, bakar bendera Yahudi, Ada kesan ka? padahal yahudi bukan nak dengar pon"
"dah tu, dok pi hantar memorandum ja, Antar kat PBB. Ada apa? ada kesan ka? Hopeless!!!"
Sahabat ana yang suka berbincang bersuara kepada ana.

"Nta ni apasal? dok hingaq-hingaq ja. biaq la kat depa nak buat demo pon. tu depa nak tunjuk yang depa tak puas ati la" Jawab ana

"memang la, tapi, ada effect ka? Tak dak!"

"abis tu, nta nak kata depa buang masa latu"

"Ya!!, memang buang masa pon. len kali pi bom ja Israel tu"

Ana nak naik angin dah ni
" nta ni pernah dengar tak , cerita Nabi Ibrahim, Masa Nabi kena bakar dengan api, ada sekor burung pipit ni, dok pi balik ambik air guna paruh dia, DIA NAK PADAM API BESAR TU DENGAN AIR YANG DI BAWAK DENGAN PARUHNYA, kemudian, ada seekor lagi burung yang lebih besar kata kat Pipit, Hang angkut air banyak tu bleh padam api ka? aku ni yang besar ni pon tau api tu tak leh padam punya la.TAPI, apa jawab si Pipit, YA, MUSTAHIL api tu nak padam dengan air yang aku ambik ni, tapi, NANTI bila AKHIRAT, bila Allah tanya kat aku,Apa yang kau buat semasa Nabi Ibrahim dibakar? aku boleh jawab yang aku telah berusaha untuk memedamkannya, walaupun api tu tak padam"

Sahabat ku tergamam seketika.Dia tau ana kalau marah memang macam ni. Tambah-tambah bab agama ni.

" sekurang-kurangnya , ada usaha untuk cegah, Walaupun Mustahil YAHUDI laknatullah tu nak ikut,tambah-tambah nak dengar kita . Masa DEMO tu la kita boleh ajak uamat ISLAM untuk BOIKOT ISRAEL dan ajak depa BERDOA untuk PELESTIN tu. Nta paham tak? apa yang sebenarnya berlaku ni?"

Senyuman terukir di kedua-dua bibir kami. "he he, nta betol la, Syukran"

Teruskan BOIKOT dan BERDOA untuk Pelestin

ALLAHuAkBAR!!

Monday, January 12, 2009

PPIM

Berita No.653
PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA
Tuesday 06 January 2009 - 21:29:25
SEKITAR MAJLIS SIDANG AKHBAR BAGI PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDU/MENYOKONG YAHUDI-COKE,STARBUCKS DAN COLGATE DI SEMBANG SEMBANG CAFE, THE MALL PADA 6 JANUARI 2008.


KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA


Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.[END]

Tuesday, January 6, 2009

Pelestin kini





Bagi ana Yahudi ni adalah bagsa yang paling hina dan tak bermaruaah. Mereka mempunyai tentera yang terModen abad ini dan senjata tercanggih.Tetapi mereka menyerang Pelestin dari udara dahulu. mereka takut @ Bacul untuk lawan berdepan dengan Hamas. Mereka pernah dikalahkan oleh Hizbullah tak lama dahulu. ini bukti jelas yang menunjukkan mereka tidaklah sehebat mana pun. Kita ada Allah, Mereka ada Syaitan

Semoga Allah bersama kita

Monday, January 5, 2009

Kesibukan memberi pengertian

Salam Tahun Baru hijrah1430h

semoga kalian semua sentiasa berada di dalam hidayah daripada Allah Taala.
Kesibukan sentiasa memberi pengertian. Pada ssat ini, sekolah -sekolah di selurah Malaysia telah mula beroprasi. Tidak terkecuali, ana sebagai pelajar turut terlibat dalam kesibukan ini.

Sebenarnya ana telah pon berada di A.S in sejak 31.12.08 lagi, sedangkan sekolah bermula 4.1.09. ana terpaksa datang lebih awal untuk menguruskan rumah sewa ana iaitu Darul Islah Wata'lim. Sibuk dan memeningkan. Kerenah pelajar-pelajar ditambah dengan kerenah ibu bapa dan juga waris kepada rumah sewa tersebut. Tetapi, Insya Allah , dengan bantuan daripada pihak-pihak terdekat dan rahmat Allah, ana dapat atasi semua itu. Semaga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu.

Yahudi Bangsat !!




Pengganas Yahudi Menyerang Dunia

www.iLuvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
editor : ibnulatef



Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari ketiga Palestin diserang.





Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.

Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force". (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)

Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berta mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.

Ban berkata :-

"Kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel"

Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House.

The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuasa hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.

Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.


KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.

Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.


OBJEKTIF SERANGAN

Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.

Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.


YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.


BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.


Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : www.zaharuddin.net
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.