Monday, December 29, 2008

Boikot

Saudaraku dibunuh!!!!






GAZA CITY, GAZA STRIP - DECEMBER 27:


(EDITOR'S NOTE: THIS IMAGE CONTAINS GRAPHIC CONTENT) The body of a Palestinian boy is laid out on the ground beside the bodies of other Palestinians outside Shifa hospital on December 27, 2008 in Gaza City, Gaza. Israel's air force fired about 30 missiles at targets along the Gaza Strip on Saturday, destroying several Hamas police compounds, killing more than 155 people and wounding hundreds. (Photo by Abid Katib/Getty Images)
Bodies of Hamas policemen lie on the ground of their destroyed police compound following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008. Israeli air strikes in the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday killed at least 195 Palestinians, health officials in Gaza said. REUTERS/Zoher Dolah (GAZA)

GAZA CITY, GAZA STRIP - DECEMBER 27: (EDITOR'S NOTE: THIS IMAGE CONTAINS GRAPHIC CONTENT) Bodies of Palestinians are laid out on the ground outside Shifa hospital on December 27, 2008 in Gaza City, Gaza.Israel's air force fired about 30 missiles at targets along the Gaza Strip on Saturday, destroying several Hamas police compounds, killing more than 200 people and wounding hundreds. (Photo by Abid Katib/Getty Images)
Bodies of Hamas policemen lie on the ground of their destroyed police compound following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008. Israeli air strikes in the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday killed at least 195 Palestinians, health officials in Gaza said. REUTERS/Zoher Dolah (GAZA)
Palestinians carry a wounded Hamas policeman as others lie on the ground of their destroyed police compound following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008. Israeli air strikes in the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday killed at least 195 Palestinians, health officials in Gaza said. REUTERS/Zoher Dolah (GAZA)
Palestinian woman run for cover during scuffles between Palestinian stone-throwers and Israeli troops at Qalandiya checkpoint near the West Bank city of Ramallah December 27, 2008. Israeli warplanes and helicopters pounded the Hamas-ruled Gaza Strip on Saturday, killing at least 205 people in the bloodiest one-day death toll in 60 years of conflict with the Palestinians. Palestinians staged protest rallies in Arab East Jerusalem, and in the West Bank cities of Ramallah and Hebron, leading to scuffles with Israeli forces. REUTERS/Ammar Awad (WEST BANK)

-------------------------------------------------------------------------------------
Saudaraku dibunuh,
Saudara kamu dibunuh,
saudara KITA dibunuh

Zionis pembunh
mereka pembunuh
KITA benci pembunuh

Tapi,
Akulah pembunuh sebenar
Kamulah pembunuh sebenar
KITAlah pembunuh sebenar

Aku mengguna NOKIA
Kamu penggemar KFC & Mc Donal
Kita prminat HOOLYWOOD

mengapa begini?
Berhentailah membunuh
Hentikan sokongan kepada pembunuh
BOIKOT BARANGAN ISRAEL

Saturday, December 27, 2008

maal hijrah-wallpaper

ikhtilat

'IKHTILAT'
Hukum dan Dalil

Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF

'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT

Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk
berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".




Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun
rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.



Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam


Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya.
Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.


KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Wallahua'lam.

(dipetik daripada blog http://ibnudaud.blogspot.com/)

nota: moga berguna buat manusia yang mahu mengambil pengajaran

Wednesday, December 24, 2008

ukhwah-wallpaper

ni asal dari gambar betul. ana dan kawan-kawan

Galaksi Muhsinin


SINOPSIS

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam


Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.


Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang tidak dikenali.


Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan galaksi?



nota: Buku ni sahabat ana yang bagi. Memang bagus. Cerita dia memang moden dan islamik

Tuesday, December 23, 2008

Hukum Hudud: penyelesaian?

Dengan Nama Allah yang maha pemurah Lagi Maha Penyayang

Hukum Hudut. Ramai yang mengatakan bahawahukum ini adalah kuhum yang kejam. Bahkan, terdapat individu yang berilmu juga 'kabur' dengan menyutujui pendapat ini. Saya ingin bertanya . dimana kejamnya hukum ini? dimana salahnya hukum ini? mengapa tidak boleh dipraktikkan?

Ramai yang melihat hukum hudud ini kejam kerana menyatakan orang yang mencuri akan dipotong tangannya. Sekali lagi saya ingin bertanya, adakah yang berkata itu berilmu dan arif tentang hukum ini? sebagai contah, kita seorang pesakit . kemudia datang seorang lelaki berpakaiyan separti doktor dan dia berkata-kata dan menasihati kita tentang penyakit kita. Adakah kita akan mendengar katanya? seseorang itu perlu belajar bertahun-tahun sebelum boleh bergelar doktor. Bukan hanya berlagak seperti doktor sudsh boleh menjadi doktor.

Ada golongan yang takut akan hukum ini denagn menyatakan hukum ini kejam. Pencuri kena potong tangan. Mengapa perlu takut? kecualilah yang berkata itu seorang pencuri.

Hukum ini lebih universal. Ianya tifak hanya tentang pencuri. Seseorang yang mahu dipotong tangannya perlu melepasi beberapa etika. bukan terus di potong begitu sahaja.

Ada yang mengeluarkan kenyataan yang lucu. Jika habis dipotang tangan nya , mahu dipotong apa lagi?. ini memang sesuatu yang lawak. Cuba fikir, jika seseorang itu dipotong sebelah tangannya kerana mencuri , adakah dia akan terus mencuri?

Dan yang paling penting. ini adalah HUKUM ALLAH. Ianya dinyatakan di dalam Al-Quran. Setiap muslim WAJIB percaya. Tidak boleh diperlekehkan begitu saja. Ini melibatkan TAUHID kita. Mungkin keadaan sekarang tidak mengizinkan hukum ini dilaksanakan, TETAPI jangan memperlekehkan hukum ini. Ingat! kita dari Allah, Dan hukumnyalah yang paling layak untuk kita.

WaAllahhua'lam

Monday, December 22, 2008

Da'wah

Thursday, December 18, 2008

Info


Monday, December 15, 2008

Bush kena baling kasut

Monday, December 15, 2008
In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity
An Iraqi man throws a shoe at President George W. Bush during a new conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. A man threw two shoes at Bush, one after another, during the news conference. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/Evan

In this image from APTN video, US President George W. Bush, left, ducks as a man throws a shoe at him, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)

In this image from APTN video, an man throws a shoe at President George W. Bush during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. The man threw two shoes at Bush, one after another. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/APTN)

US President George W. Bush(2ndL), surrounded by security personnel, smiles after an Iraqi man threw his shoes at Bush during a joint press conference with Iraq's Prime Minister Nuri al-Maliki at Maliki's private office during an unannounced visit to Baghdad, Iraq, on December 14, 2008. The trip marks Bush's fourth visit to the country during his presidency. AFP PHOTO / Saul LOEB (Photo credit should read SAUL LOEB/AFP/Getty Images)
.US. President George W. Bush reacts to calm down after a shoe was thrown at him by an Iraqi reporter during a joint press conference with Iraqi Prime Minister Nuri al-Maliki (unseen) in Baghdad December 14, 2008. President George W. Bush made an unannounced farewell visit to Baghdad today, just weeks before he leaves his office to President-elect Barack Obama. AFP PHOTO/ Thaier al-Sudani -POOL (Photo credit should read THAIER AL-SUDANI/AFP/Getty Images)

Komen:tu selamat baling kasut, kalau baling bom tangan, alamat babai la bush oi. jadi lawatan terakhir seumur hidup- khaliFah_maahad

Sunday, December 14, 2008

KRIS 08

Alhamdulilah. Ana dah selamat sampai di rumah. Program tu habis petang kelmarin. Selam 3 hari ana berada di Pinang Tunggal.Fesi-fesi kat sana datang dari Insaniah(KUIN). Peneraju utama program ini ialah Ustaz Hasbul Nizal. Minggudepan di nak balik Cairo dah. Mahsiswa Al-Azhar la katakan.Ana sorang ja masih bersekolah.ana jadi urusetia.Tapi, ramai yang ingat ana ni dari U mana-mana. Hehe . Nampak meched depa kata.
Ustaz Nazmi turut terlibat dalam program ni. Pesertanya berumur dari 10-15 tahun. Kem Remaja Islam (KRIS) ini bertujuan melahirkan remja islam yang berkualiti senbagai modal untuk generasi akan datang. Program ini memeng mendapat sambutan hangat. Peserta yang datang melebihi apa yang disasarkan. Banyak apa yang dirancang pada awalnya, terpaksa diubah pada waktu itu juga kerana keadaan memerlukan. tapi, Alhamdulilah program berjalan dengan jayanya. Di bawah gambar-gambar yang ana sempat ambil.




bulan mengambang

















ana bersama adik-adik dan abang Faiz KUIN

Wednesday, December 10, 2008

Ibadah yang memerlukan pengorbanan

Korban

Alhamdulilah, hari ini 4 ekor lembu tumbang. Penyembelihan ni dibuat di Pondok Ustaz Badarudin (MPI). ana join dengan orang kampung kat situ. Pak cik Hadi yang ajak. ana pi dengan adik ana. Bawah ni antara gambar-gambar yang ana sempat ambil


puisi

Hadiah dari syurga

Wahai pemilik pandangan yang bundar bercahaya,

Benarkah dikau hadiah dari syurga?
Yang dikatakan sepasang mata bercahaya
Ciptaan yang Esa buat sang Adam
Pemberian Tuhan buat sang hamba yang taat setia

Wahai pemilik pandangan yang bundar bercahaya,
Barangkali dikaulah hadiah dari syurga
Buat teman sang Adam hingga ke Jannah
Itulah rahmat Ar-Rahman Ar-Rahim

Segala puji bagi Allah yang menciptakan

untuk : P +aia


Monday, December 8, 2008

detik kejatuhan khalifah

Detik Kejatuhan Khilafah ( Luka Pedih Umat yg Kebas )

PDF

Print

E-mail



ottoman logoLuka pedih umat yang kebas. Umat menderita kerana hilangnya tonggak penyatu kerajaan, wakil kesatuan kekuatan. Malang itu bertimpa-timpa dan luka itu semakin parah. Bukan sahaja tidak diubati malah makin melebar. Bertambah pedih hakikat apabila luka pedih itu terasa kebas oleh ummatal Quran, umat Islam yang tidak terasa apa-apa apabila mercu lambang Islam itu ranap dimamah musuh-musuh Islam, tidak kira Yahudi mahupun munafik. Luka itu terasa lagi kebasnya apabila tubuh itu diratah tapi tuannya masih lagi bergembira! Luka itu dibadan yang disuntik pelali hedonisme dan kejahilan, racun syirik dan taklid, sedangkan penawar ada di rak-rak rumah. Ayuh bangkitlah umatku! Masukkan perhiasan ayat-ayat itu dalam jiwamu!

3 Mac 1924 - Khilafah dihancurkan 3 Mac 2000 -

76 tahun umat Islam menderita kerana tiada Khilafah Pada 3 Mac (Maret) 1924 Khilafah (sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki. Mustafa Kamal, agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan (instruksi) yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Khilafah inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari berbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang.

Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti demokrasi, liberalisme, komunisme dan sosialisme sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan. Negara-negara tersebut mencampurkan Islam dengan sistems-sistem lain tetapi malangnya mengaku mereka melaksanakan Islam dengan sempurna. Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

Khilafah

Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari?at Islam dan mengembang da?wah ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai arti yang sama. Banyak hadits sahih yang menunjukkan bahwa dua kata itu memiliki konotasi yang sama. Bahkan tidak ada satu nas pun, baik dalam Al-Quran maupun Al-Hadits yang menyebutkan kedua istilah itu dengan makna yang saling bertentangan antara satu dengan yang lainnya. Kaum muslimin tidak harus terikat dengan salah satu dari keduanya, apakah istilah khilafah atau pun imamah. Sebab yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah makna yang ditunjukkan oleh kedua istilah itu.

Menegakkan khilafah hukumnya fardu (wajib) bagi seluruh kaum muslimin. Sebagaimana telah dimaklumi bahwa melaksanakan suatu kewajipan yang telah dibebankan oleh Allah SWT kepada kaum muslimin adalah suatu keharusan yang menuntut pelaksanaan tanpa tawar menawar lagi dan tidak pula ada kompromi. Demikianlah adanya dengan kewajipan menegakkan khilafah. Melalaikannya berarti merupakan salah satu perbuatan maksiat terbesar dan Allah akan mengazab para pelakunya dengan siksaan yang sangat pedih. Dalil-dalil mengenai kewajipan menegakkan khilafah bagi seluruh kaum muslimin termaktub dalam Quran, Sunnah dan Ijma? As-Sahabat.

Dalam Quran, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW agar menegakkan hukum di antara kaum muslimin dengan hukum yang telah diturunkanNya. Dan perintah itu dalam bentuk yang tegas (pasti). Allah SWT berfirman,

? Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu? (al-Maidah, 48)

? (Dan) Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan waspadalah engkau terhadap fitnah mereka yang hendak memalingkan dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.? (Al-Maidah, 49)

Firman Allah SWT yang ditujukan kepada RasulNya juga merupakan seruan untuk ummatnya, selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa firman itu dikhususkan untuk beliau. Sementara pada ayat ini tidak ditemukan dalil yang mengkhususkannya kepada Nabi, sehingga menjadi seruan yang juga ditujukan kepada kaum muslimin untuk mewujudkan pemerintahan. Tidak ada arti lain dalam mengangkat khilafah kecuali mewujudkan pemerintahan.

Sambungan

Dari buku yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Ismail, seorang ulamak Timur Tengah

(1) Kewajipan mendirikan sistem pemerintahan Islam.

(2) Adalah berdosa jika tidak berusaha menegakkan Negara Islam.

(3) Khalifah (Imam) adalah pelindung bagi umat Islam

Allah SWT juga memerintahkan agar kaum muslimin mentaati ?Ulil Amri? iaitu penguasa. Perintah ini juga termasuk di antara yang menunjukkan kewajiban adanya penguasa atas kaum muslimin. Allah SWT berfirman,

?Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri dari kamu sekalian.? (An-Nisa, 59)

Tentu saja Allah SWT tidak memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati seseorang yang tidak berwujud. Sehingga menjadi jelas bahwa mewujudkan ulil amri adalah suatu yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, berarti pula perintah untuk mewujudkannya. Adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajiban menegakkan hukum syara?, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan tersia-sianya hukum syara?. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, karena kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram yaitu menyia-nyiakan hukum syara?. Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Nafi? yang berkata: Umar radiyallahu ?anhu telah berkata kepadaku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

? Siapa saja yang melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya (lehernya) tidak ada bai?at (oath of allegiance, ketaatan kepada Khalifah), maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.?

Nabi SAW mewajibkan adanya bai?at pada pundak setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai?at seperti matinya orang-orang jahiliyah. Padahal bai?at hanya dapat diberikan kepada Khalifah bukan kepada yang lain. Rasulullah SAW telah mewajibkan atas setiap muslim agar di pundaknya selalu ada bai?at kepada seorang Khalifah, namun tidak mewajibkan setiap muslim untuk melakukan proses bai?at kepada Khalifah secara langsung. Yang wajib adalah adanya bai?at pada pundak setiap muslim, yaitu adanya seorang Khalifah yang mempunyai hak bai?at dari setiap muslim.

Jadi keberadaan (kewujudan) Khalifahlah yang akan memenuhi tuntutan hukum adanya bai?at di atas pundak setiap muslim. Oleh kerana itu, hadits di atas adalah dalil kewajipan mengangkat seorang Khalifah dan bukan merupakan dalil kewajipan mengangkat berbai?at. Sebab, dalam hadits tersebut yang dicela oleh Rasulullah SAW adalah keadaan tidak adanya bai?at pada pundak setiap muslim hingga ia mati, bukan kerana tidak melaksanakan bai?at.

Imam Muslim telah meriwayatkan dari Al-A?raj dari Abi Hurairah dari Nabi SAW bersabda, ?Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya).?

?Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata, ?Aku telah mengikuti majelis Abi Hurairah selama 5 tahun. Pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda, ?Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan oleh Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak Khalifah”. Para sahabat bertanya, ?Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?? Beliau menjawab, ?Penuhilah bai?at yang pertama, dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknyak kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka?.

Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW bersabda, ?Siapa saja yang membenci sesuatu dari amirnya hendaknya ia tetap bersabar. Sebab, siapa saja yang keluar (memberontak) dari penguasa sejengkal saja kemudian mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.?

Hadis-hadis ini di antaranya merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah SAW bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin, dan bahwa seorang Khalifah adalah laksana perisai.

Pernyataan Rasulullah SAW bahwa seorang imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya makna functional dari keberadaan (kewujudan) seorang Imam (Khalifah) dan ini merupakan suatu tuntutan. Sebab, setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah dan RasulNya, apabila mengandungi celaan (adz dzamm) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan atau merupakan larangan; dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan. Dan kalau pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara? atau jika ditinggalkan mengakibatkan terbengkalainya hukum syara?, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu berarti sifat tegas.

Sunday, December 7, 2008

hijau-wallpaper

Saturday, December 6, 2008

Apa pendapat kamu?

Beberapa hari lepas, ana balik kampung ana di Balik Pulau,Pulau Pinang.Ziarah keluarga kat sana. Masa kat sana jugalah ana dapat berita ni. Ada yang mendakwa melihat ular tedung yang boleh diketogorikan sebagai gergasi. Di Empangan Telok Bahang. Nak bukti? atas ni ana letak gambar dia.Format 3GP. pendapat?.bagi ana, ini kuasa Allah. tak ada yang mustahil di dunia ni. Mainan grafik?
mungkin..

Tuesday, December 2, 2008

akal-wallpaper

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.