Wednesday, December 26, 2012

Doktor kain pelikat

Buat para pelajar, mendapat cuti adalah satu nikmat yang besar. Dapat melarikan diri merehatkan diri daripada kuliah yang panjang daripada pagi hingga ke petang, dapat membuang masa dengan berfaedah, dan yang paling penting, dapat pulang ke kampung.

Ada juga yang cuti mereka begitu panjang sehingga dapat bekerja sambilan dan ada juga yang meneruskan perjuangan ke program sana sini. Saya tabik anda!

Namun, bagi yang berada dalam bidang perubatan ini, cuti 3 minggu sudah cukup panjang. Setakat sekarang, tak pernah lagi mendapat cuti melebihi 3 minggu. Biasalah, cubaan.

Pendekkan cerita. Saya dan keluarga terchenta saya pulang ke kampung nenek saya. Dan sempatlah saya jumpa adik-adik sepupu saya yang masih kecil dan di tahap kanak-kanak ribena. Ok, yang ini best! kerana petang itu kami sempat bermain bola AKA futsal di halaman rumah tok saya yang ibarat tepi pantai, (berpasir, sebab di Balik Pulau)

Dan kami bermain dengan jayanya. Kalah budak-budak sekolah. Bukan selalu.

Tiba-tiba, Pak Lang saya menyapa daripada jauh,

"ish! kalau doktor masuk bilik bedah pakai kain pelikat, habis semua pakat-pakat lari la!" sambil tersenyum.

Ya, saya main bola sambil pakai kain pelikat!




Kisah Kain Pelikat

Sempat juga Mak Chaq saya menyakat, isu kain pelikat lagi.

jadi saya pun ceritalah. "kat U pun selalu pakai kain pi kedai. Ada kawan siap pergi tengok wayang pakai kain pelikat. rilek ja."

"Ye ka?" Hairan mungkin.

"apa nak malu, orang lain tak cukup kain rilek ja pakai macam tu, kita ni pakai kain siap tutup aurat tak kacau sapa pun" sambil tersengih.

Serta merta, riak wajah Mak Chaq saya berubah.

"Betul jugak! depa tak cukup kain. Kita cukup kain, siap boleh bagi sedekah lagi"

Ketawa besar.

Kain Pelikat lagi

Sebentar tadi, saya membuang masa dengan berfaedah (baca: spend time) membelek-belek facebook. Dan saya jumpa kisah menarik berkaitan kain pelikat. ini quote dan gambarnya.




Jumpa Melayu sejati di Scotland...

Sebaik sahaja masuk waktu subuh, saya bergegas ke masjid yang berdekatan dengan 'Youth Hostel' yang ditumpangi oleh kira-kira 160 mahasiswa Malaysia yang menyertai Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk JUMS 2012.

Suhu subuh pagi ini mencecah 2'C dan sememangnya sejuk. Apatah lagi apabila diiringi dengan hujan renyai yang membasahi bumi Edinburgh ini.

Terkejut saya apabila melihat seorang anak muda yang ber'selipar' dan berkain pelikat sedang meredahi kesejukan pagi ke masjid untuk bersolat subuh secara berjamaah.

Apabila ditanya anak muda dari Sabah ini samada suhu pagi ini tidak terlalu sejuk untuk beliau ke masjid dengan kain pelikat, beliau menjawab bahawa subuh di Czech Republic lagi sejuk kerana suhu 'winter'nya mencecah antara -10 hingga -30'C.

(Beliau adalah pelajar Malaysia yang sedang belajar di bidang perubatan di Czech Republic)
Sememangnya beliau anak Melayu sejati dan darahnya telah dialiri dengan kehangatan iman dan dimuliakan dengan ketinggian Islam









Jadi, ini lebih menarik! teringin pula nak ke sana.

Lipat kain

Jadi sebagai penutup (lipat kain) tak ramai lelaki-lelaki muda kini yang pandai dan suka mengenakan trend ini yang tak lapuk dek hujan dan sesuai sepanjang zaman ini. Selalunya orang akan pakai kain pelikat untuk ke masjid.

Read between the line (baca di antara garis)
.
Anda rugi besar. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Itulah 'feel' orang yang pakai kain pelikat ini.

Oh ya, pemakai kain pelikat perlu pakar, kerana silap hari bulan, mungkin anda akan malu besar jika terlondeh.

p/s: Pemakaian kain pelikat tidak sesuai untuk datang ke kuliah (kecuali kuliah agama di masjid) dan juga majlis-majlis formal dan rasmi. Dan tolong jangan pakai ke dewan bedah. Saya pun lari.

p/s: kisah ini hanya sesuai untuk golongan yang menetap di nusantara dan yaman (kerana mereka mengenakan kain). dan ini bukan bermakna tak pandai pakai kain tak cukup iman. Sekadar perkongsian :)

Bersama jejaka-jejaka hensem ala-ala model tetapi tetap beriman . Satu perkataan , konfiden!!

(gelak sorang-sorang)


Friday, December 21, 2012

Sekitar Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W. 2


Kebetulan peperiksaan End Of Module saya berakhir pada hari Rabu, maka sempatlah juga saya melapangkan masa untuk ke majlis ini. Cuti pertengahan semester baru saja bermula.  Jadi, saya , Fahmi dan Amir pun berpakatlah untuk ke sana bersama-sama.

Buat mereka yang belum kenal dengan program ini, Lantunan Mahabbah (mahabbah maknanya kasih sayang)  ialah majils zikir khusus untuk mengingati kekasih hati kita , Utusan Allah Tuhan sekalian alam , baginda Nabi Muhammad S.A.W.

(nangis sebentar)

Kebelakangan ini, agak lama juga saya sempat ke majlis zkir sebegini. Maklumlah, sibuk buat buat sibuk. 

Rindu benar rasanya pada suasana sebegini. Bahagia dan melapangkan dada.
 Tiada yang lebih indah daripada mengingati Baginda Nabi. Senyum

Majlis ini diadakan di masjid Abdullah Fahim yang baru lagi tersergam indah. Ramai juga kawan kawan perempuan saya teringin sangat mahu akad nikah di sana. 
"Caaaaaaaantik sangat "katanya.

Dan mereka sememangnya benar. Mungkin satu hari nanti boleh akad nikah beramai-ramai di sana. Senyum lagi.
Lari tajuk






Semua itu gambar masjid. Cantik bukan?


 yang ni best! semuanya putih dan bersih . Sunnah


 kumpulan Fathul Mubin  
 Kebanyakan mereka junior-junior saya di Maktab Mahmud dahulu. Tahniah anda semua. Saya pun jeles

Jadi, marilah ramai-ramai like page mereka
Cuba cari di Youtube untuk persembahan mereka. terbaik!

Dan sedikit perkongsian daripada Syeikh Usamah, pastikan ada amalan , paling kurang satu yang benar-benar kita konsisten dan istikamah dalam melakukannya. Agar di padang mahsyar nanti, baginda Nabi Muhammad S.A.W. kehasih hati kita akan dapat menngecam kita sebagai umat baginda. Umat terbaik.

Tak banyak pun, istikamah satu amalan pun sudah cukup baik (yang wajib sah-sah kena buat :D )

"Satu istikamah lebih baik daripada seribu karamah"

Untuk akhirnya, Selawat banyak-banyak .

Sampai jumpa lagi


Majlis tamat jam 12 mlm. Setelah menjamu selera. Saya musarif pulang. Perjalanan yang baik

Sunday, December 16, 2012

CERPEN: Kek cinta untuk siapa?


               



Cerpen
Kek Cinta Untuk Siapa?
oleh: M.Muhsin Hairudin

           Matanya melirik teliti ke arah muka surat itu. Resepi kek coklat kukus. Juga dikenali sebagai kek coklat moist. Kegemarannya. Dalam masa yang sama, tangannya mengapai-gapai apa yang diperlukan. Resepi itu dibaca sekali lagi.

                Bahan-bahan kek coklat ialah 250gm Butter,3/4 cawan gula,4 biji telur,2 cawan tepung gandum,3/4 cawan serbuk kok dan 1 cawan air atau susu cair.

                Siap!

Bahan-bahan coklat cair atau topping pula ialah 1 sudu marjerin,2-3 sudu susu pekat manis,2-3 sudu serbuk koko dan sedikit air.

Juga siap!

Tangannya perlahan-lahan menuang tepung gandum itu sedikit demi sedikit ke dalam bekas . Teliti dan cermat. Nampaknya sangat bersungguh-sungguh. Kadang-kadang lidahnya sedikit terkeluar. Hasil daripada tumpuan yang tinggi.

“Amboi! Rajin lebih nampaknya anak dara ummi hari ini? Buat apa itu?” suara si ibu tiba-tiba memecahkan tumpuan . mukanya manis dengan senyuman.

“ Afza memang rajinlah ummi” balas si anak sambil membetulkan cermin matanya. Matanya masih tertumpu kepada apa yang sedang dilakukanya.

“Sampai tidak tengok muka ummi. Sibuk sungguh. Muka itu pun sudah kena tepung” emaknya mengusik anak daranya itu. Tangannya mengusap-usap lembut wajah anaknya yang comot itu.

“Betulkah?”  Afza terkejut sambil mencari-cari cermin. Comot sangatkah?

Emaknya ketawa. “Masih cantik, jangan risaulah”.

Wajah Azfa terasa panas. Malu disakat ibunya.

“Bukan apa ummi. Esok kelas Afza akan mengadakan jamuan raya. Semua orang kena bawa makanan yang sedap-sedap. Jadi Afza cadang mahu bawa kek coklat special. Sambil-sambil itu, bolehlah Afza menunjukkan bakat memasak Afza yang terpendam. Kek ini dibuat dengan rasa cinta dan ukhwah” katanya sambil tersenyum. Manis.

“Mari ummi tolong” emaknya menghulurkan tangan. Senyum.

Hubungan mereka sememangnya akrab.

**************************
            
    “Muzakkir dapat universiti mana?” soal seorang lelaki kepada sahabat disebelahnya. Tangannya memegang sebuah buku. Pandangannya lepas kepada pemandangan sawah di luar tingkap.

                “Mula-mula, dia tidak dapat. Tapi, setelah membuat rayuan. Syukur, dia dapat asasi sains hayat. Kalau tidak salah, di Universiti Kebangsaan Malaysia” sahabatnya yang sedang memandu menjawab. Kereta berwarna hijau muda itu meluncur laju di lebuh raya itu. Mereka dalam perjalanan untuk menziarahi seorang sahabat.

                Meraka diam.

                “Kenapa tiba-tiba tanya Rafiq?”

                “Sekadar mahu mengambil tahu mengenai pelajar junior kita” balas Rafiq.

                “Itulah, saya pun tidak sangka boleh dapat. Jika prestasi  cemerlang pada peringkat asasi sains hayat, bolehlah dia melanjutkan dalam bidang perubatan. MBBS di UKM. Bukan calang-calang.”

                “Padahal, kelayakan kita dahulu pun lebih kurang sahaja dengan kelayakan dia. Tapi, begitulah tidak ada rezeki namanya” sahabat disebelah menggelang.

                “Kamu ini mengapa Hasif? Gayanya seprti sedih sahaja?” soal Rafiq dengan muka menyakat.

                Terkoyak ketawa di bibir mereka berdua.

                “Banyaklah engkau punya sedih. Aku pun baguslah dapat masuk matrikulasi. Cumanya tinggal sekarang, kena rajin sahajalah” Hasif menjawab. Sekali sekala, matanya melirik ke cermin pandang belakang dan tepi. Berhati-hati.

                Tiba-tiba sebuah motosikal memotong laju melalui lorong kiri. Stereng kereta dipusing sedikit. Kereta mereka mengelak perlahan. Bahaya.

                “Engkau tengok itu! Tungang motosikal laju. Memotong di sebelah kiri. Bahaya betul! Patutlah banyak kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal” Hasif membebel kuat. Tidak puas hati.

                “Sabarlah Hasif. Kalau kita marah-marah atas kereta pun bahaya. Boleh kurang kewarasan” kata Rafiq sambil tergelak. Lucu melihat sahabatnya yang jarang marah itu berubah apabila memandu.

                Mata Hasif melirik tajam Rafiq. “Masalahnya bahaya. Dia dan kita ”

                Rafiq senyum kambing. “Tetapi, penunggang motosikal itu tidak dengar pun leteran engkau. Tatapi aku”

                “Yang engkau bela sangat dia itu kenapa? Adik beradik engkau?” kata Hasif kurang senang.

                Balas Rafiq “Aku pun penunggang motosikal juga”

                “Tidak adillah motosikal sahaja yang perlu berhemah. Tetapi semua yang berada di atas jalan raya perlu berhemah. Barulah semuanya selamat. Tak gitu?”  terang Rafiq dengan nada bergurau.

                Ada benarnya. Benak hati Hasif berkata.

                “Sudahlah, tengok GPS itu, awak perlu belok kanan sekarang” Rafiq mula menukar topik.

                “GPS aku ini memang hebat. Mahal tu!” riak muka Hasif berubah ceria sedikit.

“Engkau tahu apa maksud GPS? Bukan Global Positioning system. Tapi, Guna Pun Sesat”

Mereka ketawa terbahak-bahak. Memecah suasana.

 Hilang rasa marahnya. Dia ini bukannya jenis yang marah berpanjangan. Mengingatkan hadis yang menerangkan bahawa nabi berkata jangan marah sebanyak tiga kali.Perjalan mereka berdua penuh dengan sembang-sembang yang baik. Sembang-sembang tarbawi.

*************************

                “Apa? Afza tidak boleh ke sekolah hari ini? Tetapi…” suara Afza tersekat. Terkajut.

                “Ummi , ayah dan abang kamu akan keluar ke bandar. Ada hal mustahak. Urusan abang kamu yang akan ke mesir itulah” terang ibunya.

                “Afza kenalah duduk dirumah. Siapa yang mahu jaga adik-adik kecil kamu ini jika bukan kamu. Bukannya ayah suruh ponteng, tetapi tidak pergi sekolah atas sebab musabah. Itu bukan ponteng. Ayah tahu Afza seorang pelajar yang baik” ayahnya cuba memujuk.

                “Tetapi ayah. Kek itu..”

                “Nampaknya bukan rezeki kawan-kawan kamu hari ini. Mungkin boleh kamu simpan dahulu dan bawa saja esok” ayahnya mengusap lembut kepala anaknya itu.

                “Minta maaflah sebab bagitahu lambat. Ummi pun tidak tahu. Tiba-tiba saja yayasan islam yang menguruskan abang kamu itu panggil. Ada urusan penting kata mereka” umminya cuba memujuk.

                Afza hanya diam.

                Bukan niat di hatinya untuk membantah. Cumanya dia sedikit terkejut. Setelah berpenat lelah menyiapkan kek coklat yang dijanjikan untuk jamuan kelasnya. Dia memang agak sedih jika hajatnya itu tidak kesampaian.

                “Kak Afza” satu suara kecil bersuara.

                Afza menoleh. Adiknya Nuha Izzatiyang baru berusia empat tahun berdiri ditepinya. Tangannya memegang tangan Afza. Halus.

                “Kakak temankan kami ya” katanya perlahan-lahan. Matanya memandang tepat ke arah mata Afza. Pipinya yang putih gebu itu menambah seri wajah tembamnya. Sangat comel.

                Afza mengangguk perlahan. Inilah yang dikatakan keluarga. Tanggungjawab yang sangat besar. Juga satu amanah. Sahabat-sahabat karib terpaksa mengalah sebentar. Keluarga lebih penting. Afza seorang anak yang solehah. Dia faham. Cumanya seketika tadi dia terbawa-bawa oleh emosi.

                “Afza anak solehan kan?” Umminya kembali memujuk.

                Afza senyum.

                “Nanti belikan kami buah tangan ya ummi” kata Afza tanda setuju.

                Umminya kembali tersenyum. Syukur kepada Allah.

****************


                Assalamalaikum Hasif, awak ada di rumah? Saya mahu datang ziarah.

                Rafiq menaip pesanan ringkas kepada Hasif. Dia bercadang untuk menziarahi sahabat karibnya itu petang ini. Menjalinkah ukhwah kerana Allah. Kebetulan petang itu dia agak lapang.

                Waalaikumsalam.InsyaAllah, boleh. Ahlan wasahlan. Lepas asar ya.

                Balas Hasif ringkas dan mesra.

                Petang itu, Rafiq pergi ke rumah sahabatnya menaiki mosikal miliknya. Jalan ke rumah Hasif agak berlopak dan berbatu. Maklumlah, laluan yang pernah menjadi laluan lori-lori besar. Motosikalnya dipandu berhati-hati. Khuatir  rim tayarnya rosak. Minggu lepas saja dia baru tukar rim, kata mekanik, banyak masuk lopak. Nampaknya RM50 itu rezeki si makanik itu.

                Oleh sebab itulah, dia menjadi lebih berhati-hati. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Lebih baik daripada wang melayang. Ini sekadar untuk motosikal, sudah tinggi kosnya. Tidak tahulah jika kereta. Pasti lebih mahal. Fikiranya merewang-rewang dalam perjalanan.

                Ketibaanya disambut oleh seorang kanak-kanak comel. Nuha izzati namanya. Rafiq yang memang rapat dengan Hatif memang kenal keluarga sahabatnya itu. Mungkin tidak semua nama diingatnya, tetapi jika berjumpa di mana-mana, dia dapat mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Nuha tersenyum dari jauh sambil memegang sebuah cawan. Mulutnya menghisap penyedud minuman yang ada. Sangat comel.

                “Abang  Rafiq masuklah dulu” katanya perlahan-perlahan sambil tangannya mengangkat tangan gaya memanggil. Keletahnya memang melucukan.

                Nuha menunjukkan Rafiq ke ruang tamu. Kemas dan teratur. Nuha kemudian duduk di situ sambil menemani Rafiq. Rafiq menggelengkan kepala melihat keletah Nuha.

                “Nuha makan apa ?” soal Rafiq ramah. Gaya kanak-kanak.

                “Ais krim” jawab Nuha sambil menyedut penyedut minuman.

                “Gigi mana?”usik Rafiq.

                “Amboi Rafiq, menyakat adik saya” suara Hasif tiba-tiba mencelah.

                Hasif kelihatan baru sahaja keluar daripada dapur. Tangannya memegang dulang yang terisi jar air, dua gelas cawan dan sedikit kuih muih. Dia memang bertanggung jawab. Tidak menyuruh adiknya Afza untuk menghidangkannya. Adik perempuanya itu dijaga sebaiknya.

                “Susah-susah saja Hasif. Niat mahu ziarah sahaja” kata Rafiq berbasa-basi.

                Sambil menghidangkan juadah, Rafiq menjawab “Bujang beriman”.

                “Sebentar. Ada satu lagi, kegemaran kamu” ujar Hasif sambil melangkah kembali ke dapur.

                Apa kegemaranku? Fikir Rafiq tertunggu-tunggu.

                Sebentar kemudian Hasif keluar daripada dapur membawa sesuatu.

                Kek coklat! Getus hati Rafiq.

                Terkoyank satu senyum besar di bibir Rafiq. Ya, ini memang kegamaranya.

                “Tetapi macam mana tiba-tiba boleh ada kek coklat?” soal Rafiq hairan. Seingatnya, hajatnya untuk datang menziarah hanya dikhabarkan setengah jam yang lalu.

                “Kebetulan adik saya si Afza tu buat kek, makanlah. Saya tahu awak suka” balas Hasif.

                “Dia buat untuk saya?”

                “Lebih kuranglah. Begini, sebenarnya pagi tadi sepatutnya adik saya ada jamuan di kelas. Jadi dia buatlah kek coklat ini khas untuk jamuan kelasnya. Dia buat malam kelmarin, waktu kita berdua keluar itu”

                “Habis tu? Bagaimana ada di sini pula?” Rafiq kurang faham.

                “Inilah namanya rezeki. Pagi tadi, saya dan ibubapa perlu ke pekan .Urusan penting. Jadi, Afza terpaksalah tidak pergi ke sekolah untuk menjaga adik-adiknya. Jadi memanglah kek ini rezaki kamu” terang Hasif sambil mengusap-usap kepala Nuha di sebelah.

                Kek khas untuk aku. Fikir Rafiq dalam hati.

                Tiba-tiba, Rafiq ketawa. Hasif hairan. Keningnya diangkat dua kali. Tidak faham.

                “Kali ini baru saya betul-betul merasa makna rezeki. Adik kamu penat-pent buat untuk orang lain. Tetapi akhirnya, saya yang dapat makan. Alhamdulilah, syukur. Sedap kek ini” katanya sembil mengambil sepotong kek.

                Sedap. Memang sedap.

                “Adik awak memang pandai masak. Beritahu dia, saya puji kek dia” kata Rafiq sambil menjamu selera.

                Di dapur. Seseorang sedang mendangar perbualan mereka. Afza tersenyum manis. Dipuji. Dalam 

masa yang sama bersyukur kerana dapat menghormati tetamu.







p/s: Cerpen ini telah siap daripada tahun lepas lagi, namun kita baru diterbitkan :)

Jika bermanfaat dipersilakan share.
Kalau ada kurang mohon nasihat ^_^
terima kasih

Friday, December 7, 2012

'Mekap' Budak Lelaki


Apa kaitan budak comel 2 orang ni? ^_^



Matanya lekat di skrin komputer. Tetikus bergerak lincah kanan kiri. Begitu juga meriahnya pergerakan jadi di papan kekunci. Waktu-waktu cuti sebagini, setelah penat mengulang kaji, bermain game di komputer memang satu  terapi yang berkesan untuk menghilangkan tekanan.

"alhamdulillah! Yes!" ucap akmal separuh menjerit. Dia baru sahaja mendapat mata tertinggi mengatasi yang lain.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk orang.

Pintu dikuak perlahan.

"Assalamalaikum. Bro, terima kasih bagi pinjam kereta" Kamal muncul sambil menghulurkan kunci kereta.

Peperangan di komputer Akmal direhatkan sebentar.

"tak ada masalah. Kamu beli apa? Macam penting saja?" sambil itu, mata Akmal tertarik dengan bungkusan di tangan Kamal.

"oh, aku beli syampoo untuk rambut aku dan adalah juga aku beli makanan ringan" bungkusan itu diangkat sedikit.

"syampoo?!" Spontan Akmal bertanya.

"ya. kenapa?" Kamal mengambil tempat di sebelah Akmal.

Akmal ketawa kecil.

"bukan apa, aku tak pernah pakai syampoo. Mana-mana jenama pun sama, rambut aku jadi tak selesa. Lama saya tak pakai, sebab itulah macam terkejut sikit" kepalanya digaru sedikit. Kelihatan rambut hitam lebat.

"Oooo. Aku memang kena pakai syampoo, kalau tidak ada kelemumur dan gatal kepala"

"Tak gatal rambut ?" Riak muka Kamal nampak pelik. Baginya, jika tanpa syampoo, pasti amat tidak selela baginya.

"hehe, tak pun. Saya pakai minyak zaitun saja. Biasalah, berbeza orang, berbeza cara" Pakai minyak zaitun itu sunnah :)

"kamu saya dengar, tak guna pencuci muka lansung? Betul?" giliran Akmal bertanya. Jika daripada paras rupa, Kamal itu salah seorang yang pastinya dalam ketegori kacak.

"hehe, betul. Tak pakai apa pun untuk muka. kamu guna?"

"ada sikit" jawab Akmal agak malu.

"tetapi, apa yang penting, kita semua orang bujang beriman lagi hensem" sambil Akmal memegang bahu sahabatnya itu.

Pecah ketawa di mulut mereka.

Perasan.

"Jangan cakap muka hensem sebab pakai 'wuduk' sudah" Kamal pula berseloroh.

Mereka ketawa lagi.

Lain manusia, lain cara. namun yang penting ialah hasil.

********

Begitulah juga dalam hidup. Bukan semua manusia sama.

Yang penting, semuanya berbuat baik dan bersangka baik antara satu sama lain. Baik daripada kaca mata agama.

Dan jika tersalah sekalipun, bertaubat adalah ubatnya yang paling mujarab.

Ada yang mampu qiam, maka qiamlah. Ada yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Ada yang mampu berdakwah, maka dakwahlah. Macam-macam lagi. Dan ada juga yang mampu semuanya dan ada yang sebaliknya. Namun yang penting, USAHA JADI BAIK

Senyum sorang-sorang

Bak kata Maher Zain

"Counting other people's sins does not make you a saint"

 Maknanya, mengira dosa manusia lain, tak akan membuatkan kamu lebih baik.

Hargai kepelbagaian  ^_^

peace

Sunday, December 2, 2012

Janji tidak?



                                             Kredit 




         Tiket bas itu disimpan kemas. Diselitkan di dalam beg dompet kesayangannya itu. Bas pertama yang akan bergerak pada jam 8 pagi esok menjadi pilihan. Wajahnya ceria. Terbayang-bayang suasana rumahnya ibarat syurga dunia itu memanggil-manggil.

"Tetapi, mahu ke stesen bas bagaimana?" satu soalan muncul di mindanya. "Atirah yang selalu hantar ke sana sudah lama pulang"

Jika seperti waktu-waktu sebelum ini, Atirah itulah yang sering menjadi teman untuk menghantarnya ke stesen bas. Namun tidak untuk kali ini.

Pantas dia membuka laman sesawang facebooknya. Mencari-cari nama yang mungkin dapat menolongnya.

Satu nama dipilih, Hanis. Sahabatnya sejak beberapa tahun di universiti ini. Bukan mahu menyusahkan, cuma jika mampu, apa salahnya berteman sahabat sendiri.

Private message dihantar. "assalamalaikum, Awak apa khabar? Hanis, Aini mahu minta tolong hantarkan Aini ke stesen bas pagi esok boleh? Mahu jumpa keluarga. Jika tidak menyusahkan Hanis la. terima kasih"

Tanda senyum yang comel juga turut dihantar.

Beberapa ketika selepas itu. Satu pesana ringkas hinggap di paparan komputer.

"sihat. Ok, boleh saja :) "

Mereka berbincang buat beberapa minit.

Janji.

Hati Aini makin berbunga, jalannya untuk pulang dipermudahkan.

Dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Tiba-tiba. Bahunya digenggam kuat daripada belakang.

"Aini!" satu suara yang biasa berbisik di telinganya.

"Nurul! Apa ni bagi Aini suspen? " respon segara terhadap sahabat sebiliknya yang suka berjenaka itu.

 "saya tengok awak khusyuk sangat, itu yang saya mahu usik awak" Sambil itu, Nurul mengambil tempat di sisi sahabatnya itu.

"saya ada berita baik. Esok saya juga boleh balik. Kelas dibatalkan saat-saat akhir!" Cerita Nurul separuh menjerit teruja.

Mereka menjerit kecil. Teruja.

"Jom balik dengan saya" Pelawa Nurul.

Atirah terdiam seketika.

Mahu!

Tetapi, dia sudah berjanji dengan Hanis. Tidak mungkin dia membatalkan janji dengan suka hati. Janji melibatkan banyak pihak. Melibatkan masa orang lain. Melibatkan kehidupan orang lain.

"Maaflah Nurul. Saya mahu sangat-sangat untuk balik dengan awak. Tetapi esok saya sudah berjanji dengan Hanis untuk minta tolong dia hantar saya ke sana. Saya ingatkan awak memang tidak dapat cuti. Maaflah" balas Aini perlahan. Mukanya sedikit sedih.

Nurul angguk kecil. Agak kecewa. Namun dia kenal sahabatnya itu, bukan niatnya untuk membuatkannya sedih.

"kalau begitu, jaga diri untuk perjalanan esok."

"Saya tidak ada untuk jaga awak. Jangan nangis pula jika saya tidak apa" gurau Nurul sambil mencuit pipi sahabat baiknya itu. Mesra.

Mereka ketawa bahagia,

******

Jam menunjukkan 7.30 pagi. Sudah lewat. Namun kelibat Hanis masih belum kelihatan. Namun Aini masih bersangka baik, Hanis akan datang.

Dia telahpun memperingatkan Hanis pada pukul 5.30 pagi tadi.

Janji.

Namun, hatinya berkata sesuatu.

Tiba-tiba, begnya mengeluarkan berbunyi. Suara kucing.

Orang-orang sekeliling kelihatan pelik , budak perempuan yang comel ini bawa kucing dalam beg?

Telifon bimbitnya dikeluarkan, satu pesanan ringkas baru tiba.

"Maaf Aini, pagi tadi kawan saya ajak teman dia sarapan. Saya ingatkan sekejap sahaja. Tiba-tiba selepas itu dia mahu membeli belah pula. Maaf ya. Mungkin lain kali saya hantar awak- Hanis"

Janji.

Janji.

Janji.

Aini menolak pelawaan sahabat baiknya, kerana janji itu.

Aini menunggu sejak pagi kerana janji itu.

Aini mampu menghabiskan sedikit wang untuk ke sana sendiri jika dimaklumkan lebih awal. Semuanya kerana janji itu.

Hatinya amat sedih. Dia akan terlepas banyak kegembiraan. Terlepas peluang untuk pulang ke rumah. Terlepas peluang untuk bersama sahabat baik. Terlepas banyak perkara kerana janji itu.

Mana boleh dia menerima pelawaan orang lain jika sudah berjanji dengan orang lain terlebih dahulu.

Marah!

Sakit hati!

Itulah perasaan pertama yang muncul.

Matanya berkaca, janji. Mahu saja dia menjerit sekuat hati,

Percaya. Janji.

Ayat-ayat itu bermain-main di mindanya.

Namun, semua itu tidak lama.

Muhasabah! Semua ini bukan terjadi secara sia-sia. Ada hikmah walaupun pahit.

Jika kita merasa pahit dan marah lagi kecewa bertambah sedih ketika janji orang lain terhadap tidak ditepati, bagaimana pula janji kita dengan Allah?

Setiap hari dalam solat lima kali sehari kita berjanji dengan Allah.

"Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku hanya buat Allah Tuhan sekalian alam"

Janji.

Janji.

Janji lagi.

Dan sering kali janji itu kita mungkiri. Dan Allah masih lagi memberikan peluag kepada kita untuk terus lagi bernafas. Allah Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat.

Perlahan-lahan, butir-butir manik halus muncul, mengalir daripada matanya. Insaf. Terasa dalam, menyentuh hati nurani.

*******

Begitulah hebatnya kuasa Allah.

Bagi mereka yang melihat.

Apabila Tuhan berbicara dengan kita. Bicara secara terus.









P/s: Jika asalnya mahu sekadar menulis mengenai janji, tak sangka tiba-tiba jadi mini cerpen pula. Tapi yang penting, harap-harap makna di sebalik mini cerpen ini sampai kepada kita semua.


Cerita adalah rekaan semata-mata namun diispirasikan daripada kehidupan seharian


Thursday, November 22, 2012

Hijrah? : Dr MAZA


Dua hari lepas, pihak AISA daripada AUCMS mengadakan majlis sambutan maal Hijrah untuk tahun baru hijrah 1434 ini. Jadi kesempatan yang ada digunakan sebaiknya .

Terima kasih kepada dua orang sahabat baik saya di sini (senyum )

Dan apa yang menarik ialah ini pertama kali saya berjumpa secara berdepan dengan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau memang sudah terkenal di kalangan umat islam di Malaysia atas kapasitinya sebagai bekas mufti Perlis dan juga pendapatnya yang sering menarik perhatian.

Sebelum ini hanya membaca,mendengar dan hanya melihat di kaca TV. Namun, tak kenal maka tak cinta. Berhadapan dengan beliau membuatkan kita lebih kenal beliau.
Hormat.




Sang Pencerah 

       Kebetulan pula ceramah malam itu dimulakan dengan persembahan daripada pelajar dan salah satunya melibatkan seorang yang 'menggesek' biola. Terus teringat tentang tokoh reformis Islam di Indonesia sana.
Lebih terkenal difilemkan di bawah tajuk 'Sang Pencerah"

"Agama itu jika diamalkan dengan benar, ianya indah"

"Namun, jika sebaliknya, maka sumbanglah ia" (ayat yang saya ubah suai sedikit)

Senyum lagi

Analogi

Kiai Ahmad Dahlan menggesek biolinnya. Merdu sehingga ada diantara anak muridnya tertidur nyenyak, begitu merdu sampai ke jiwa.

Kemudian beliau meminta seorang anak murid yang tidak 'biasa' menggesek biolin.(AKA tak reti langsung)
Maka terhasillah bunyi yang amat sumbang dan buruk bahkan mampu mendatangkan Angina Pectoris (baca: sakit dada) di kalangan para pendengarnya.

Begitulah agama islam, jika diamalkan dengan ilmu yang benar, sangat indah lagi merdu. Dan begitulah sebaliknya.

Quran itu Ajaib!

Memetik tulisan Hilal Ashraf dalam buku Ikram Maana (baca: Naiklah bersama kami), Al Quran itu boleh dikatakan lebih ajaib daripada sebuah galaksi. Ajaib mana Galaksi Bima Sakti, yang amat luas lagi teratur semua jisim dan bintang di dalamnya, seajaib itulah Al-Quran.

Kerana kedua-duanya ciptaan Allah. Pencipta segala apa yang ada! Pencipta Masa!

Maka, mana mungkin Islam itu bercanggah dengan kehidupan kita di alam ini. Mustahil!

Harmoni dan merdu


Mereka yang berbeza

Sebelum ini,saya ada menceritakan mengenai ceramah Dr Danial Zainal Abidin (Doktor perubatan), saya juga ada bercerita banyak mengenai karya Hilal Ashraf, dan juga kini Dr MAZA.

Bagi saya,mereka berbeza.

Mereka membuatkan kita berfikir, bukan sekadang mengikut. Berfikir secara matang, luas, di luar kotak, pemikiran pengkaji, dan bukan sekadar ikut membuta tuli.

Begitu juga pihak Ustaz-ustaz di MURSHID, Dr Zaharuddin, Dr Zahazan, Prof Dr Muhaya, Fatimah Syarha, Imam Muda Hassan, IM Ashraf, UAI, Ust Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Pahrol ,Mat Lutfi (serius? ya)  dan lain-lain.

Kita perlukan perubahan cara berfikir!

Bukan sekadar 'ikut hukum'/'ikut orang tua-tua' tanpa ilmu dan kefahaman.

Masyarakat kita kini, pandangan saya yang hina dina lagi muda berhingus lagi, makin MATANG.

Namun masih banyak ruang untuk ditingkatkan.

Sama-sama kita berusaha membina minda muslim matang dan intelek.

Islam yang difahami bukan sekadar diikuti.

ZIKIR FIKIR

"kita sudah cukup banyak ustaz,kita kekurangan saintis" Satu kata-kata untunk renungan bersama.

Sengih pula~

gambar kenangan, Dato Dr Zainuddin Wazir Presiden AUCMS dan Prof Dr MAZA 


Friday, November 16, 2012

Gaza 14 2012


Gaza bermandi darah lagi.
Hujan peluru.
Syuhada’… Syuhada’…
Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter.
Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna.
Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan.
Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara.
Zionis masih di situ. Tidak sedikit pun terkuis oleh jeritan dan pelbagai tindakan saya.
Kerana itu kali ini saya sepi. Termenung. Selepas puas memandang jauh, saya pulang melihat diri. Muhasabah.
Terpandang hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ ‏ ( ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَيُّهَا النَّاسُ ‏ ‏إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ‏ ‏يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ ‏ ‏وَقَالَ ‏ ‏يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ‏ ‏ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ ‏ ‏أَشْعَثَ ‏ ‏أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ‏).
Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?” [riwayat Muslim]
Justeru, apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.
Berusahalah
HASRIZAL
43000 BSP
Dikongsi daripada Ustaz Hasrizal di Saifulislam

:'(

Tuesday, November 13, 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus merupakan satu slot dalam dalam ASTRO OASIS 

bermula 13 Nov 2012 jam 7.30 pm

UAI sudah mendapat tempat di Astro Oasis. Nampaknya, pasti akan menjadi satu program yang meletup seperti 30 minit Ustaz Don di TV Al-Hijrah

Poster 





Apa kata imam-imam muda kita?



Jadi, tunggu apa lagi? tak tengok rugi 

berat nanang~ 


Kalau tidak ada astro, You tube ada :)


benda baik elok dikongsi bersama. Pahala percuma!

Link



layan! 

sekian dahulu


Sunday, November 11, 2012

Sekitar Program Pembangunan Pelajar 2012

       Jadi, 2 minggu lepas, sempat juga kami semua mengikuti 'program motivasi' (ramai yang cakap tukar nama jadi 'program usahawan') di Hotel Taha D' Mutiara anjuran pihak MARA.

       Ini adalah kali pertama buat kami yang masih baru dengan pihak MARA, jadi saya dan rakan-rakan meminatkan diri untuk hadir. Dalam masa yang sama, bolehlah makan angin (senyum).

       Secara keseluruhan, saya merasakan program itu sangat bermanfaat bagi semua pelajar yang terlibat. Biarpun datang daripada pelbagai latar, berlainan progam dan berlainan umur, semua pelajar berjaya menjalinkan ukhwah dan bekerja sama dengan baik. Jikalau ada yang bermasalah, itu hal terpencil. Pokok pangkalnya, semua peserta gembira.

Itu yang pasti.

Jadi, tujuan utama post ini adalah sekadar untuk menyegarkan memori semua peserta dan dalam masa yang sama, mengingatkan diri saya dan peserta lain tentang pengisian yang berbanfaat yang kita dapat di sana.

Kalau setakat dapat isu pasal 'sotong', tidur dan hamper yang amat banyak (kumpulan 4 menang saham setengah juta!!!) , rugi sahaja.

Ibarat kata sang penceramah (tuan Nik), jangan jadi ibarat menyimbah air ke daun keladi!! SIA-SIA

Jadi, mari buktikan bahawa kita adalah daun-daun segar bugar yang menyerap air dengan mengamalkan apa yang kita dapat di sana dan bukannya DAUN KELADI!! Semangat kena ada .


Bagi saya, isi yang paling penting sepanjang program adalah pada slot CR Nik kita, ingat!

Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua

Betul tak?

Jadi, saya tak mahu menulis panjang, biarlah gambar pula berbicara ^_^

Terima kasih pihak MARA

Makan!!

yang nih ada Auni

Hadiah

Semua seronok nak balik

Bukan senang ni. Jom! Taha D' Mutiara best! rugi siapa tak datang (Promote free!!!)

Banyaknya hadiah. cakap apa? Alhamdulillah 

Wariskan agama dan bumi bertuah kita kepada generasi cemerlang dunia dan akhirat :)

P/s: ada rezki, kita Bom sana sini lagi, jual kapal dan main saham lagi

Dan mereka yang hadir ini semua sangat rajin, siap buat group FB lagi, klik sini jika berkenaan
Kredit gambar daripada group tersebut

^_^

Sekian dahulu
Semoga berjaya bagi mereka yang sedang mengambil peperiksaan
Mumtaz!
                                                                                        



Tuesday, October 30, 2012

Selangkah lagi

Gambar gembira setelah tamat final exam

Bermula hari ini, saya secara rasminya pelajar tahun dua perubata. Tamat sudah setahun. 4 tahun lagi insyaAllah.

Saya akan berusaha yang terbaik, kerana takdir saya di hujung usaha saya.

Melangkah tanpa henti

Terima kasih semua

Paling penting, terima kasih Allah.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Mu

^_^

Mohon doa sahabat-sahabat sekalian

Wednesday, October 24, 2012

Poster Majalah Al-Ustaz isu Korban



Jalankanlah ibadah korban ibadat
bukan sekadar korban adat

Patut beli majalah Al-Ustaz! Tambah ilmu mengenai ibadah korban ^_^

Buku Bulan Ini

Novel Sunan Musafir, nilai tauhid diadun cantik dengan elemen pahlawah dan isu cinta :)
Terbaik!

Ini untuk modal diri dan modal 'grandmother story' yang punyai ibrah dan juga bukan direka-reka

Solat adalah tiang agama, teguhkan tiang maka teguhlah agama. Dan khusuk bukan diperoleh secara percuma. Ianya perlu ilmu ^_^
MUST BUY

Tulisan Hilal Ashraf yang patut menjadi santapan minda orang muda yang mahu memahami agama dengan betul-betul paham, bukan sekadar ikut-ikutan. Ibarat bahtera yang menyelamatkan manusia (seperti filem 2012) , mengapa kita perlu memilih bahtera ini? Bahtera keimanan. Patut beli!

Doktor muslim yang punyai ilmu agama. Ilmu agama bukan sekadar milik ustaz bahkan milik semua. Doktor yang sebenar ialah yang mampu merawat penyakit zahir dan juga penyakit batin (hati)
Bakal Doktor Muslim WAJIB BACA :) 

Seorang ilmuwan yang mengunakan metode pemikiran islam yang sangat saintifik namun begitu tauhidik. Pelbagai persoalan disajikan dengan jawapan dengan fakta bukan auta.
(sempat jumpa tuan penulis dan dapat sign =D )


Bahan bacaan bulan ini. Kena rajin sikit 
p/s: kawan-kawan rapat kalau nak pinjam , 'roger' saja 

Tuesday, October 16, 2012

CERPEN: Cinta jarak jauh

Ihsan En Google

Cerpen terbaru saya.
Sudah lama siap, namun baru sempat untuk disemak.

Tak mahu cakap banyak.
Selamat membaca ^_^





CINTA DUA ALAM


                Bumi masih lagi gelap. Cuma embun subuh yang mula muncul dicelah-celah dedaun pokok.Sunyi pada manusia, namun dipenuhi zikir cengkerik yang setia. Fajar bakal menyinsing tidak lama lagi. Ibarat nyawa buana, fajar yang datang menghidupkan segala nyawa. Hari yang baru muncul lagi.

                Bunyi jam loceng tiba-tiba memecah sepi di bilik kecil itu. Lambat-lambat satu tangan muncul di balik kain selimut yang tebal. Menggapai jam.

                5.30 pagi, berbanding Malaysia, suasana di Ireland berbeza. Malamnya bergantung kepada musim. Musim sejuk sebagini, malamnya lebih panjang. Kesejukan kerap kali menduga iman di dada untuk waktu subuh.

                Tiba-tiba paparan komputer riba di meja sebelah bertukar cerah. Seperti satu panggilan video.

                “Amir! Bangun subuh nak. Mama sudah lama bangun dengan ayah ni,” suara mesra wanita separuh usia. Kelihatan di sisinya si ayah yang sedang membaca Al-Matsurat. Kelihatannya seperti di meja makan.

                “Kami di sini sudah pukul 10 pagi, ayah kamu kerja lewat sikit. Syif doktor dia mula tengah hari. Abang, cakaplah dengan si Am ini.” Ibunya menghalakan kamera tepat ke arah si ayah.

                Dalam masa yang sama, Amir sudah bangun. Berkumur dan menggosok gigi. Namun telinganya masih lekat pada suara-suara daripada komputer ribanya.

                “Hmm, kamu dah baca Al-Quran pagi ini? Ingat, kalau sempat baca Al-Matsurat pun jadi. Emak kamu yang nak sangat skype dengan kamu ni.” Nampak jalur-jalur usia diwajah ayanhnya. Namun senyumnya setiasa ada.

                Amir di singki tersenyum sahaja. Setelah wuduk diambil, dia ke ruang tamu. Pintu bilik ditutup perlahan. Suara daripada komputer ribanya senyap dihalang pintu.

                Sejadah hijau muda kegemarannya dihamparkan. Kopiah putih dikenakan. Persalinan yang bersih menjadi pakaian.

                Masa untuk berjumpa Sang Pecipta.

                Pencipta Alam seluruhnya.

******************

“Malik, kau tak tengok EURO final malam tadi?”Amir yang berdiri memulakan perbincangan. Sekadar memenuhi masa.

Suasana di dalam tram itu sesak. Sesak dengan segala macam manusia dengan agenda masing-masing. Tram di sana lebih dikenali sebagai ‘Luas’. Bunyinya seperti bahasa Melayu, namun itulah yang mereka panggil disana. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, ianya seperti LRT.

Hanya dia dan sahabatnya Malik yang bercakap bahasa Melayu.

Perantau di bumi orang.

“Manalah aku ada masa? Peperiksaan kan sudah dekat. Aku tidak kisah sangat  berita-berita yang tidak penting seperti ini,” matanya lepas keluar.

Benar-benar tidak berminat dengan bola sepak. Mungkin disebabkan tidak pandai bermain sukan itu, semua yang berkaitan dipandang enteng.

“Haha, engkau ini. Lawaklah. Walaupun aku juga tak minat sukan bola. Tapi ini semua isu samasa. Penting juga untuk kita. Bayangkan kalau kita nak mulakan sembang-sembang dengan orang lain. Kalau isu seperti ini pun tak kau tak tahu.Tak tahulah aku,” sambil ketawa kecil.

“Sudahlah Am, ibarat kata mak aku, bola itu bulat. Kita tak tahu ke mana ia akan bergolek. Jadi, kadang-kadang golek ke kanan, kadang ke kiri,” kali ini Malik mengeluarkan hikayat ibunya. Seperti berseloroh tapi wajahnya serius.

Ketawa Amir terhenti.

Air mukanya berubah. Teringatkan sesuatu.

“Betul kata engkau. Bola itu bulat.”

“Dunia ini juga bulat”

“Kadang di atas, kadang di bawah.”

Malik memandangnya dengan wajah pelik.

“Wah, bermadah pula. Datang dah ayat jiwang dia,” sambil satu tumbukan kecil dilepaskan kepapa bahu Amir. Mereka ketawa.

Manusia di sekeliling tidak kisah.

Di perantauan, sahabat ialah saudara.

Di perantauan kehidupan, setiap muslim adalah saudara.

Begitulah perjalanan mereka setiap kali menuju ke universiti.


*********

Kelas bermula seperti biasa. Jadual penuh dengan aktiviti. Daripada kuliah umum, kuliah khas, hinggalah ke bilik mayat. Kehidupan sebagai pelajar universiti memang banyak dugaannya.

Jika diikutkan malas dia hati, ramai sahaja yang tinggalkan kelas kerana kata mereka, nota kuliah masih lagi boleh dihadam nanti. Apa guna ke kelas sekadar untuk tidur?

Lebih baik tidur di rumah kata meraka.

Namun, apa saja alasan mereka, meraka perlu ingat, ilmu itu dicari bukan dinanti. Adab-adab mencari ilmu juga perlu dijaga. Kita bukanlah robot yang hanya untuk dimasukkan maklumat, kita adalah manusia yang mempunyai akal budi dan mempunyai iman sebagai GPS kehidupan.

Bukan robot.

Seorang doktor yang terkenal pernah berkata, pelajar yang malas ke kelas, di waktu kerja nanti juga berpotensi menjadi pekarja yang malas ke tampat kerja.

Manusia boleh berubah, namun bukan sekelip mata.

Usai kuilah pagi. Amir berkemas untuk ke kafeteria.

“Assalamalaikum,” satu suara menjengah telianga. Suara wanita.

“Waalaikumsalam. Ya Amirah, ada apa?” Amirkelihatan kekok. Barang-barangnya dikemas lebih cepat.

“Saya mahu minta tolong saudara Am untuk bantu saya dalam mencari  maklumat. Saya ditugaskan untuk siapkan bahan-bahan artikel untuk persatuan di asrama saya. Boleh saudara bantu?” cakapnya lambat-lambat. Sahabatnya di sebelah hanya angguk-angguk kecil.

Amir mengangkat beg sambil berlalu, “InsyaAllah. Tajuk apa?”

Mereka berjalan bertiga menuju kafeteria. Pelajar-pelajar lain sibuk mundar-mandir. Keadaan universiti mereka memang sentiasa hidup.

“Betulkah? Terima kasih banyak. Saya tahu Amir memang seorang yang baik,” wajah Amirah kelihatan bercahaya. Senyum manisnya menghias wajah. Gembira yang mula berputik.

Amir tahu, jika kita mampu membantu, bantulah semampunya. Kerana, dia masih ingat pesan ibunya, jika kita mudahkan urusan manusia lain, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita ke syurga.

“InsyaAllah, sekadar termampu.”

“Terima kasih Am.”

*********

Subuh datang lagi. Suasana sepi mula terganggu.

Bunyi jam loceng Amir memecah kedinginan pagi. Dalam masa yang sama, komputer ribanya turut beroperasi.

“Amir, kamu tahu, ayah kamu pening memikirkan perangai kamu.Tolonglah, solat jangan tinggal. Buat baik dengan orang. Janganlah sakitkan hati siapa-siapa lagi. Ayah kamu pening kepala tahu,” wajah ibu Amir muncul di skrin. Kelihatan sepertinya di pejabat.

Amir yang sudah di dapur mendengar teliti.

Senyum sendiri.

“Mama tak mahu dengar lagi masalah disiplin kamu di sana. Kami di sini berkerja keras agar kamu dapat ke sana. Kamu ini aset kami. Am anak mama. Dengarlah.”

“Mama pernah baca dalam satu buku agama, jika kamu mudahkan urusan manusia lain, InsyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita ke syurga. Mama harap, Allah akan mudahkan urusan kita semua ke syurga. Jadi, tolonglah orang lain dan paling penting tolonglah diri kamu sendiri.”

Wajah ibunya kelihatan risau.

Risau keadaan anak tunggalnya.

Amir senyap. Mag kegeramanya digenggam kemas, kopi masih lagi panas.

Butir-butir manik muncul daripada matanya.

Tulus daripada hati.


***********

Keadaan bilik mayat itu sejuk. Suhu demikian memang diperlukan untuk memelihara mayat daripada cepat rosak.

Kelas anatomi sedang berlangsung.

“Aku tahun ini malaslah nak balik Malaysia,” ngomel Malik sambil membedah mayat.

“Kenapa? Kau ada program?”Amir menjawab pendek.

“Bukanlah. Aku cuma malas nak balik. Kalau aku duduk sini, ayah aku bagi duit. Duduk di rumah, kalau bagi pun bukanlah banyak mana pun.”

“Sebab itu saja?”Amir berhenti memotong.

“Mungkin tak perlu balik setahun dua tiga kali, nanti orang kata aku anak manja,” katanya sambil buat muka.

Amir bergerak diri situ, topeng muka dan sarung tangan ditanggalkan. Menuju ke singki khas untuk membasuh tangan.

“Sementara ibu bapa masih ada, lebih baik engkau balik ziarah. Kau mampu, kau patut balik. Bukan semua orang ada peluang seperti engkau.”

Malik senyap.

“Kita ini, kalau nak buat perkara untuk puaskan hati orang lain. Tak mahu orang lain kata. Kita memang tidak akan ke mana-mana. Itu salah, ini salah. Yang penting, kau buat perkara yang kau fikir betul dan paling penting, perkara yang Allah dan Rasul kata betul,” Amir melangkah keluar daripada makmal.

“Jom la, aku nak belanja Doner Kebab!”Amir melaung dari jauh. Sejenis kebab kambing halal yang terkenal di sini.

Malik senyum.

“5 minit!”

Amirah di makmal sebelah memerhatikan gelagat mereka.

********

Perpustakaan adalah gedung ilmu. Namun, dengan kemajuan dunia kita, internet juga adalah gedung ilmu. Segala maklumat lama dan baru ada di dalam cariannya. Cuma perlu tahu bagaimana dan di mana untuk mencari.

Internet hanya alat, manusialah yang tentukan baik buruknya.

Amir duduk sendirian di meja tengah perpustakaan universitinya. Ulangkaji. Bukan semua yang boleh belajar dalam keadaan itu.

Komputer ribanya ditatap sungguh-sungguh.

“Mama dan ayah kamu nak pergi haji tahun ini, InsyaAllah satu minggu lagi kami berangkat ke tanah suci. Kalau sempat, lepas selesai semua urusan. Mama cadang mahu ajak ayah kamu ziarah kamu di sana.”wajah ibunya muncul di paparan computer riba.

“Sebelum mama nak berangkat, mama nak bagitahu, kami berdua sayangkan kamu. Dan kami dah maafkan dan halalkan semua makan minum kamu. Walaupun kadang-kadang buat perangai, kami faham. Walaupun dunia zaman kamu dan zaman mama berbeza, tetapi remaja tetap remaja.”

Senyum ibunya jelas di skrin.

“Mama teringat lagi, waktu ayah kamu datang ke rumah mama. Sangat berani. Dia berani datang sorang-sorang, jumpa dengan atuk dan nenek kamu. Semata-mata alasan mahu ziarah. Padahal mama waktu itu kawan biasa-biasa dengan ayah kamu. Itu sedikit sebanyak zaman muda-muda kami dahulu.”

Bahagia. Itulah pancaran wajah ibunya ketika itu.

Tuk..tuk..tukk

Tiba-tiba terasa mejanya diketuk perlahan.

Senyuman Amirah menjengah. Dia datang dengan beberapa sahabatnya.

Amir menanggalkan earphone. Skrin komputer ribanya ditutup.

Senyuman dilemparkan ke arah mereka.

“Ya? Amirah,boleh saya tolong apa-apa?” Amir memulakan bicara.

Mereka semua ketawa kecil.

“Am, tadi kami semua dah bagi salam. Tapi kamu yang khusyuk sangat dengan komputer riba kamu. Itu yang kami ketuk meja kamu itu,” Amirah mula bersuara.

Amir sengih, malu.

“Kami semua datang nak minta kamu tunjuk kami cara untuk buat poster menggunakan perisian photoshop. Saya bawa adik-adik tahun satu dan tahun dua untuk belajar sekali.”

“Boleh? Tak ganggu Am?”

                “InsyaAllah.”
            
                Dalam hati Amirah, dia tertanya-tanya. Siapakah wanita di skrin tadi.
            
    “Tadi itu siapa? Wajahnya tampak keibuan? Ibu Am?” Amirah berani bertanya. Sebagai seorang pelajar 
perubatan, dia memang diajar. Jangan meneka sahaja, tanya.

                Amir tersentak.

“Err, pandai.”

“Wah, teringin pula nak jumpa,” monolog Amirah terlepas keluar.

Semua di situ kaget.

“Ops!” wajah Amirah panas, malu.

“InsyaAllah, pulak ke tanah air nanti ada rezeki Amir ajak melawat meraka,” Amir perasan keadaan itu, pantas membantu Amirah.

Tak mahu dia dimalukan di hadapan pelajar-pelajar juniornya yang lain.

“Ok, siapa mahu belajar!” Amir memulakan kelas.

*********

Subuh pagi ini paling istimewa. Subuh terakhir di bumi orang. Tengah hari nanti Amir dan sahabat-sahabat sekelas bakal kembali ke tanah air.

Tahun ini tahun terakhir mereka sebagai pelajar perubatan. Pantas sungguh masa berlalu. 5 tahun selesai sudah.

Setelah berjaya dalam peperiksaan akhir. Mereka sudah bersedia untuk balik ke tanah air berkhidmat kepada negara semula.

Bunyi jam loceng Amir memecah lagi kedingan pagi. Komputer ribanya berfungsi lagi.

                “Amir! Bangun subuh nak. Mama sudah lama bangun dengan ayah ni,” suara mesra wanita separuh usia. Kelihatan di sisinya si ayah yang sedang membaca Al-Matsurat. Kelihatannya seperti di meja makan.

                “Kami di sini sudah pukul 10 pagi, ayah kamu kerja lewat sikit. Syif doktor dia mula tengah hari. Abang, cakaplah dengan si Am ini.” Ibunya menhalakan kamera tepat ke arah si ayah.

                “Hari ini ayah kamu sembang dengan mama, mungkin tahun depan kami akan buat haji. Jadi bolehlah melawat kamu.”

                Amir hari ini bangun lebih awal. Bersiap sedia.

                Banyak perkara besar bakal dihadapinya .

                Sambil-sambil  membuat kemasan akhir pada semua bagasinya, telinganya masih lekat kepada suara daripada komputer ribanya. Suara yang saban hari menjadi penemannya sejak 5 tahun dulu.

                Matanya menyapu seluruh penjuru rumahnya. Mungkin buat kali terakhir. Dia dan Malik menapak keluar. Mentari telah mulai bersinar.

                Menghangatkan jiwa manusia, agar bangun bekerja dengan semangat yang baru. Semangat daripada Tuhan Pemilik Matahari itu.

                Tujuan mereka hari ini. Lapangan terbang antarabangsa Ireland, Dublin Airport.

                Amirah dan kawan-kawannya juga dalam perjalanan yang sama. Setelah 5 tahun bersusah payah belajar di bumi orang, mengutip hikmah dan menguji iman, akhirnya mereka bakal pulang.

                Kapal terbang sedang menunggu.

                Kembalilah, wahai anak perantauan.

********

Amir bersila di situ.

Lama.

Rumput-rumput kecil menjadi permaidaninya. Mulutnya terkumat-kamit ayat-ayat Tuhan.

Ayat-ayat suci daripada Al-quran.

Buat kekasihnya baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Juga buat ibu bapanya yang tidak dapat menyambut kepulangannnya di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur siang hari tadi.

Di tangannya bingkisan Al-Matsurat kemas dipegang.

Bukan sekadar di tangan, tetapi juga di hati.

Batu nisan di hadapannya diusap lembut.

Amir bangun perlahan-lahan, bergerak pergi.

Amirah dan keluarganya menuggu di luar pagar.

“Kebetulan rumah Amirah dan kawasan ini dekat, bolehlah kita tumpang sekali,” ujar Amir sambil menghulur salam kepada ayah Amirah.

“Itulah, Amirah ada banyak cerita pasal Amir kepada kami. Tetapi, tak tahu pula yang Amir ini…” tidak sanggup ayah Amirah menghabiskan ayatnya.

“Tidak mengapa pak cik,” Amir terus senyum.

“Saya tahu Allah lebih sayangkan ibu bapa saya. Kerana itulah mereka dijemput pulang awal.”

“Pada tahun pertama saya, saya seorang yang agak nakal.”

Amir senyum kecil.

“Solat dan agama tak ambil endah, walaupun ibu ayah saya seorang yang baik.”

“Namun setelah kejadian di Tanah Suci yang mengorbankan mereka berdua, saya mula sedar dan berubah.”

“Semua video yang Amirah nampak tu hanyalah rakaman mereka sebelum mereka pergi. Saya selalu pasangkannya apabila terigatkan mereka. Ada yang saya setkan sama dengan alarm.”

Ayah Amirah di sebelah diam sahaja. Di hadapannya seorang anak muda yang benar-benar sudah berubah.

“Kumpulan Raihan ada melagukan, iman tak dapat diwarisi.”

“Dari seorang ayah yang bertaqwa.”

Sambil itu, tangannya mencuit lengan Amir. “Amirah suka sangat kumpulan Raihan.”

Amirah di belakang malu-malu. Emaknya di sebelah hanya tersenyum.

“Tapi, Allah juga tidak zalim, Dia sentiasa ada bagi mereka yang mencariNya,” ayat itu menghabiskan bicara mereka.

Kawasan perkuburan itu semakin hilang daripada pandangan. Mata Amir hanya mampu memandang.

“Mama, ayah, terima kasih kerana tidak putus asa terhadap Amir.”

“Walaupun mama dan abah nun di sana, namun ingatan dan doa tidak pernah hilang daripada hati Amir.”

“Dan satu lagi, Amir mungkin dapat keluarga baru. Mama dapat menantu,” senyum nakal

“Amir?”

Suara ayah Amirah menarik Amir keluar ke realiti kembali.

“Berangan apalah tu?”Amirah di belakang menambah.

Mereka semua ketawa.

Bahagia walaupun berbeza alam.


















Nota kaki :

Jika bermanfaat dipersilakan untuk kongsi .Jika ada kekurangan teguran amat dialu-alukan.

Terima kasih
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.