Saturday, May 28, 2011

Minuman Barbican Haram???

Minuman Barbican Haram???


Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


TPU dan Cari Malay Forum dan Harian Metro

Penafian : Post ini di post dalam kategori info dan terkini, jadi ak tidak menyatakan benda ini betul-betul sah.
Sebarang link atau info bagi membangkang entry sila share di ruang komen. Harap maklum.

(sekadar maklumat tambahan)

Mujahadah Wallpaper



Sekadar memenuhkan catatan. Sebenarnya saya seorang yang minat dengan permainan komputer.Terutamanya game perang. Bagi saya, ianya dapat menambah kepekaan saya,kerativiti,strategi, bahasa dan juga teknologi terkini. Cumanya, janganlah sehingga terlebih 'khusyuk' sehingga membuang masa

Apa khabar iman? Wallpaper



Terkadang-kadang, setelah bangun dari tidur di awal pagi.
Kita terlupa sesuatu untuk dicuci, bukan sekadar mandi dan berus gigi.
Kebersihan iman.
Semoga kita setiasa beringat.

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat

Tanah Runtuh di Hulu Langat |

Tanah runtuh: 24 orang termasuk kanak-kanak tertimbus

KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama

Gambar gambar : -












Sumber
( baru sahaja habis program bersama anak yatim, ini pula berlaku. Sangat menyedihkan. Sesunguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.)

Thursday, May 19, 2011

Sekitar program khimat komuniti Anak Yatim di SIK








عَنْ سَهْلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ وَقَرَنَ بَيْنَ أُصْبُعَيْهِ الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ

Daripada [Sahl] bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku dan pemelihara anak yatim di dalam surga seperti ini -lalu beliau merapatkan antara dua jarinya; jari tengah dan jari telunjuk-."

Maksudnya: Kedudukan orang yang memelihara anak yatim sanagat dekat dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di syurga.

Pahala besar menjaga kebajikan anak yatim

Posted by: nurjeehan in Al Quran & Tafsir, Kehidupan Sosial, Muamalah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRIÂ

SAYID Qutub berkata: Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka.

Dahulu sesetengah penjaga anak-anak yatim itu mencampurkan makanan anak-anak yatim dengan makanan mereka. Harta anak-anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan kadang-kadang berlaku penganiayaan terhadap anak-anak yatim.

Sejak itu, orang-orang yang bertakwa merasa keberatan (untuk makan bersama anak-anak yatim) hingga mereka asingkan makanan anak-anak yatim daripada makanan mereka.

Firman Allah:

Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)

Tafsir :Â

Firman Allah s.w.t: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim.
Ulama telah khilaf siapakah yang bertanya kepada Nabi s.a.w. dengan dua pendapat :

Pertama: Thabit bin Rifa’ah al-Ansari. Inilah pendapat Mujahid.

Kedua: Abdullah bin Rawahah. Inilah pendapat Abu Sulaiman al-Dimasyqi.

Ibn al-Arabi berkata: Sebab turunnya, diriwayatkan bahawa turunnya ayat 10 surah al-Nisa’ yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim…

Orang berasa serba salah untuk bergaul dengan anak-anak yatim pada harta-harta mereka lalu mereka mengasingkan diri daripada anak-anak yatim.

Maka Allah menurunkan ayat ini yang bermaksud: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), tentang masalah anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baik.

Ini bermaksud memperbaiki harta benda mereka lebih baik daripada menyisihkan mereka. Firman ini memberi keizinan menguruskan harta anak yatim dengan niat yang baik iaitu untuk kepentingan anak yatim itu sendiri bukan kepentingan sendiri.

Oleh sebab itu al-Quran sekali lagi mengembalikan kaum Muslimin kepada sikap yang sederhana dan menggunakan cara yang mudah dalam menghadapi perkara ini dan mencari kebaikan untuk anak-anak yatim dan bertindak dalam batas-batas yang mendatangkan muslihat kepada mereka.

Mengusahakan kebaikan-kebaikan untuk anak-anak yatim itu lebih baik daripada berasingan. Ini kerana tidak ada apa-apa kesalahan dalam percampuran dengan mereka selama percampuran itu mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Anak-anak yatim itu adalah sama seperti saudara-saudara kepada para penjaga mereka. Mereka adalah saudara seagama dalam Islam. Mereka adalah anggota-anggota dalam keluarga Islam yang besar dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dan sesiapa yang membuat kebaikan. Yang menjadi asas pegangan bukannya tindakannya yang lahir, tetapi ialah niat dan hasilnya.

Tercetus

Demikianlah segala urusan ini dihubungkan kepada Allah dan diikatkan pada paksinya yang kukuh di mana berlegarnya akidah dan hayat. Inilah kelebihan perundangan yang diasaskan di atas akidah. Oleh itu, jaminan pelaksanaan undang-undang selama-lamanya tidak datang dari luar andainya ia tidak tercetus dan bertunjang di dasar-dasar hati nurani.

Firman Allah: Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama);

Apabila Allah mengizinkan manusia bercampur gaul dengan anak-anak yatim bagi tujuan memperbaiki dan menyelia urusan mereka, maka itu adalah dalil keharusan mengurus bagi pihak anak yatim sebagaimana mengurus bagi pihak anak yatim.

Dalam athar ada disebutkan: Sebagaimana caranya engkau mendidik anakmu maka didiklah anak yatim dengan cara itu. Oleh itu, sebahagian ulama mengatakan: Adalah harus bagi pengasuh membelanjakan harta anak yatim sebagaimana wasi membelanjakannya dalam soal jual beli, pembahagian dan selainnya. Kami telah menerangkan hal ini dalam kitab Masail al-FuruՉ۪ Inilah pendapat yang dipegang oleh penulis.

Oleh itu tindakan pengasuh itu diperakui sama ada pada harta yang banyak itu sedikit berdasarkan kemutlakan ayat tersebut.

Firman Allah: Dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).
Apabila seseorang mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim, maka dia boleh menguruskan harta anak yatim itu. Sekalipun tidak dilantik oleh wali anak yatim itu. Ini disebabkan ayat tersebut menyebutkan kebenaran itu secara mutlak dan kerana kafalah (penjagaan) itu juga sama kedudukan seperti wilayah (kewalian) yang umum.

Ketahuilah bahawa tidak ditemui berita daripada mana-mana khalifah yang melantik seseorang untuk menjaga anak yatim, walaupun ramai anak yatim yang ada pada zaman mereka, tetapi mereka memperakui hak menjaga anak yatim itu apabila anak yatim itu tinggal dengan mereka.

Diriwayatkan daripada Umar r.a. bahawa beliau berkata tentang seorang anak pungut: “Dan merdeka, engkau boleh menjadi walinya dan kami bertanggungjawab membiayainya.” Yang dimaksudkan dengan wali itu ialah wali bagi urusan penjagaan bukannya bagi urusan harta pusaka, seperti yang disangkakan oleh satu kumpulan.

Firman Allah: Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Setiap perkara yang dibimbangi tetapi Allah menyerahkan kepada orang mukalaf untuk menjalankan amanahnya, tidak boleh dikatakan; Orang itu hendak mengelakkan daripada melakukan perkara yang ditegah, kerana itulah dia enggan melakukannya.

Samalah sebagaimana Allah menjadikan orang perempuan beramanah menjaga kemaluan mereka, sedangkan dari aspek lain banyak lagi bahaya yang boleh keluar daripada kata-kata mereka yang bersangkut dengan hukum hakam dan berkait dengan halal, haram dan keturunan, walaupun ada kemungkinan mereka boleh berbohong. Sesungguhnya ini adalah satu gaya penerangan yang menarik.

Sepatutnya anda memberikan perhatian dan menjadikannya sebagai pedoman dalam usaha mengetahui hukum-hakam. Allah jua yang memberikan taufik ke arah yang benar dengan rahmatnya.

Iktibar Ayat

Tanggungjawab memelihara anak yatim merupakan besar pahalanya.
Sifat Allah yang Maha Mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik.
Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.
* DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

(syukran semua)

Wednesday, May 11, 2011

Marah


Marah

Marah itu api
Dibakar oleh nafsu sendiri
Disokong oleh syaitan pendengki
Dengki dengan ukhwah islami

Marah punya aura tersendiri
Penyebab manusia terasa dihati
Gelisah gundah menyapa hati
Aura itu menggelapkan harmoni

Cuba kalian ingati
Apakah manfaatnya menyimpan di hati
Rasa marah memakan budi
Penyebab hati hilang seri

Lenyapkan ia dengan ibadah
Alirkan wuduk penyuci yang indah
Maafkan sahaja apa yang sudah
Agar berbunga semula ukhwah mawaddah

Hiasilah diri dengan sifat nabi
Memaafkan manusia yang serba serbi
Agar islam mekar di hati
Agar hidup penuh harmoni

Mencari diri


Mencari diri

Terkadang hilang seketika
Sesuatu yang sediaada
Diri jasmani yang terbuka
Oleh hidayah pengubat luka

Luka jasad mudah dirawati
Kerana jelas nampak apabila diamati
Luka jasmani siapa peduli?
Dek kerana dosa yang silih berganti

Siapa pernah peduli?
Sakit deritanya jasmani
Dek kerana racun duniawi
Pahitnya jelas menyeksa hati

Ramai manusia kini gila
Gila mengejar yang sementara
Sanggup menggadai apa sahaja
Asalkan dapat apa yang dicita

Melakukan dosa seperti biasa
Bahkan penyebab insan lain berdosa
Tidak terdetikkah rasa berdosa?
Penyebab yang beriman turut berdosa

Mencari diri di tengah manusia
Manusia akhirat atau manusia dunia?
Bersama-sama berbuat dosa
Atau bersama-sama merasa pahala

Terkadang sebak terasa
Bagaikan hanya kita seorang yang merasa
Tetapi hakikat adalah sebaliknya
Semua yang beriman berkongsi rasa

Rasa sedih dengan diri
Yang sering terpalit dosa tanpa disedari
Walaupun mujahadah setiap hari
Masih lagi rebah dek dunia ilusi

Aku masih mencari diri
Tidak ingin hilang di tengah lautan duniawi
Tenggelam dalam jutaan manusia kini
Mencari diri untuk bertemu ilahi

Harapnya kita menjumpai
Diri sendiri yang dicari
Agar tenang membalut hati
Agar kita dirahmati

Saturday, May 7, 2011

Sekitar program I LEAD TRACK CAMP MML












Hujung minggu ini, saya sempat menghadiri satu program kepimpinan di Maktab Mahmud Langkawi. Alhamdulilah,walaupun agak sibuk, berjaya juga kami selesaikan amanah ini.

Sesungguhnya program ini sangat memberi kesan kepada saya dan sahabat-sahabat kerana sudah agak lama bagi kami semua untuk bersama-sama berprogram.Maklumlah, semua sudah dewasa, bukan dalgi di satu sekolah yang sama.
Tetapi, insyaAllah sentiasa di bawah matlamat yang sama. ISLAM!

Semoga bermanfaat untuk kalian semua, para pejuang dan pembawa agama ALLAH

gambar-gambar yang sempat saya tunjukkan di sini adalah sumbangan dariapada henset saya dan juga daripada photographer DSLR.Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga kepada saudara Izzat kerana sudi menjemput kami.
Semoga Allah redha!

(P/S kepada photographer terbabit,kalau boleh , hubungi saya lagi melalui e-mail di bawah. Kerana saya masih belum mendapat gambar yang diharapkan.Gambar utama. Terima kasih)
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.