Saturday, January 16, 2010

HAITI selepas gempa







Sunday, January 3, 2010

Fikirkan

Sila klik untuk penjelasan lanjut

Rebut perkara yang SATU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ana baru saja pulang daripada kem di Maahad. Amanah besar telah terpaksa ku pikul.Atas dasar tertentu dan sebab tertentu, maka Amanah itulah keputusannya. Seperti tulisan ana yang terdahulu, 'Perancangan' telahpun berlaku.

Tetapi, apabila ana pulang ke rumah. Timbul isu yang baru, (walaupun telah wujud sejak 2 tahun lalu) yang digembar-gemburkan oleh media.Dan isu ini telah diPOLEMIKkan oleh beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Allah

Kata-kata Ustazah Farishana masih jelas diingatan. "Jika kamu tidak mampu untuk mengharumkan ISLAM, janganlah kamu merosakkan imej ISLAM". Seseorang itu perlu bekata tentang perkara-perkara yang diketahwinya sahaja, jika tidak FITNAH akan timbul dan ini hanya akan menambah kekeruhan yang sudah sedia ada. Ramai yang marah, mencaci,dan tak bersetuju dengan keputusan Hakim Lau Bee Lan (kenapa Hakim CINA yang tentukan?) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (ini ISU agama Islam, kenapa tidak dibawa ke Mahkamah Syariah? ) baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Apa motif?
1.Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD?

2.Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Tetapi Mahkamah Malaysia

Berdasarkan beberapa sumber, di sini ana nyatakan beberapa kes-kes di Malaysia yang diadili dengan 'ADIL' sekali :

1.Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

2. Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh

3.Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

4.Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.( Ini bukti yang kita bukan negara Islam)

Kesannya

Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang mengambil peduli. Malaysia sudah teruk diserang fahaman pluralisme ataupun kesamaan antara semua perkara termasuk agama. Pelik? tidak, lihat saja dengan gagasan 1MALAYSIA yang dicanang kesana-kemari. Sehinggakan, kata 'Assalamualaikum' digantikan dengan 'Salam 1 malaysia'. Begitu muliakah kata-kata ini sehingga apa yang dianjurkan agama ditolak ke tepi? Yang jelas, ini hanya akan menambah kekeliruan dan kecelaruan yang timbul dalam masyarakat. Bukan saja orang ISLAM yang keliru, malah orng bukan ISLAM juga keliru. Masakan tidak, kerajaan 'ISLAM' kita kata kata boleh, ULAMA' kata tidak boleh dan orang islam kata 'sensetif'. Maka , bilakah berakhirnya semua ini? Ingat, jangan kita jadi seperti negara-negara 'ISLAM' yang lain yang sudah celaru akidahnya seperti Indonesia. Dan , jangan tunggu lahirnya 'KAMAL AL-TARTUK' edisi Malaysia yang akan mengsekularkan negara kita ini

PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah

PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.

Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.

Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.