Monday, June 29, 2009

Pakaian Muslimah


kitab husnul ibanah, kitab nilah yang akan di gunakan di Pengajian Kitat di MMAS sempena Minggu Penghayatan Islam 2009. boleh didapati di gerai BDK , dan di Pustaka Darul Salam

H1N1 Semakin merebak di Malaysia

12 kes baru influenza A, sekolah kelima ditutup
Harakahdaily
Mon | Jun 29, 09 | 9:12:42 am MYT
SEREMBAN, 29 Jun (Hrkh) - Sekolah Tinggi Chung Hwa di Seremban ditutup mulai hari ini hingga 6 Julai ini apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 3 sekolah terbabit dijangkiti virus Influenza H1N1 daripada adiknya.



Menurut agensi berita, adik mangsa yang sedang belajar di Australia telah pulang untuk menghabiskan cuti baru-baru ini telah disahkan menghidap virus tersebut.
Sekolah berkenaan merupakan sekolah kelima yang ditutup untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut.
Minggu lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 1 dan 2 di Petaling Jaya serta Seri Cempaka International School di Cheras ditutup seminggu kerana penularan tempatan virus tersebut.
Empat sekolah yang ditutup sebelum ini telah memulakan sesi persekolahan masing-masing.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Malaysia telah mengesahkan 12 kes baru influenza A(H1N1) termasuk satu kes jangkitan tempatan setakat pukul 8 pagi ini, menjadikan keseluruhan 124 kes dilaporkan di negara ini.
Ismail berkata kesemua kes baru itu membabitkan tujuh rakyat Malaysia dan lima warga asing iaitu tiga dari Indonesia dan dua dari Amerika Syarikat.
"Daripada 11 kes import, mereka telah memberikan sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1) iaitu Melbourne (4), Jakarta (4), Amerika Syarikat (2) dan London (1)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Dr Mohd Ismail berkata daripada jumlah terkumpul 124 kes, 106 adalah kes import dan 18 kes jangkitan tempatan manakala 53 kes masih menunggu keputusan.
Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.Katanya setakat ini, 36 pesakit influenza A(H1N1) masih menerima rawatan di 10 buah hospital di seluruh negara dengan 88 lagi pesakit telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurutnya jumlah kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah adalah 628 orang dan semuanya berada dalam keadaan sihat.
Merujuk ke situasi global, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 61,191 kes dan 265 kematian daripada 112 negara telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mengenai kes tempatan terbaru itu yang dikesan Jumaat lalu, Dr Mohd Ismail berkata ia adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan di mana ibunya sebelum ini dikesan positif jangkitan itu selepas kembali dari Phuket, Thailand.
"Mangsa kanakkanak itu tidak mempunyai sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak itu dan keadaannya kini stabil selepas diberi rawatan antiviral," katanya.
Katanya enam ahli keluarga budak berkenaan dikenakan kuarantin rumah dan berada dalam keadaan sihat selepas diberikan rawatan profilaksis antiviral. - azm _


komen- Ana masih mengikuti perkembangan penyakit ini sedikit sebanyak. Masa penyakit ini mula-mula di kesan di Malaysia. Menteri kata semuanya dalam kawalan, virus ini mungkin tidak akan tersebar lagi, orang ramai tak perlu bimbang. Tapi, sekarang?. Sudah 5 buah sekolah di tutup dan kerajaan masih lagi 'Releks'? Mungkin inilah bala daripada Allah kepada bangsa yang tidak mahu mengikut perintahnya. Ya Allah Ampunilah kami....

Tuesday, June 23, 2009

Baju baru


baju baru Darul Islah . Sesiapa yang berminat hubungi ana. Harga lebih kurang RM 30 SAHAJA

Saturday, June 20, 2009

Perginya seorang Pemikir Islam yang Hebat


Dr Fathi Yakan

Hari ini dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang pendakwah dan aktivis serta penulis yang dikenali di seluruh dunia Islam, As-Syaikh Fathi Yakan. Beliau yang merupakan pengarang kitab Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam (Kenapa Saya Menganut Islam) yang menjadi rujukan di dalam program-program usrah dan tamrin telah meninggalkan nama yang harum di dalam medan dakwah.

Sumber AFP menyatakan:
Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara Lubnan.

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.


kitab yang sering menjadi rujukan dalam program Usrah di seluruh dunia

Saturday, June 6, 2009

DAULAT TUANKU






(GAMBAR KIRI); Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) menganugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota kepada Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. Manakala gambar kanan; Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan Darjah Bakti pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

Doa patik agar Tuanku sentiasa berada di bawah hidayah Allah, Amin, InsyaAllah

Friday, June 5, 2009

Lirik Minggu Ini


Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Thursday, June 4, 2009

Katakan TIDAK kpada maksiat



la ni kena buat kempen,katakan tidak kepada maksiat. Biasalah manusia ni pelupa. Tetapi yang paling penting, ingat mengingati.

Monday, June 1, 2009

4 hari di MRSM Pendang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ana petang tadi baru balik daripada MRSM Pendang. Ada sedikit program kat sana. Ana nak katakan di sini bahawa 'ukhwah Isalamiah' adalah suatu perkara yang sangat manis. Setiap mukmin itu beraudara. Ana dan sahabat-sahabat lain yang tiba di sana disambut mesra. Kami sama-sama menambah ilmu. Cara mereka belajar, Infrastruktur yang cukup lengkap dan guru-guru yang sangat 'profesional'. Mungkin wujud perkara yang boleh ditingkatkatkan, tetapi secara kesuluruhannya, 'antum memang hebat dan bertuah' tahniah!
Semoga kita bertemu di lain waktu. InsyaAllah!






pemandangan di MRSM Pendang

penulis bersama sahabat-sahabat dan MT MRSM Pendang

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,"
katanya selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkatam daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek. - Bernama


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ana rasa banyak dah antara kita yang sudah mengetahwi perkara ini. Ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya. Atas dasar tersendiri, semua mereka berhujjah. Mungkin ini sekadar 'pembaharuan' yang ingin di lakukan oleh Menteri Pendidikan kita kang baru ni iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerana, ramai yang berpendapat, setiap kali Menteri baru yang dilantik, basati mereka akan menukar sesuatu untuk 'di kenang' dalam lipatan sejarah. Contohnya, bagaimana tulisan Jawi mula dilupakan, an kini menjadi satu masalah kerana kebanyakan orang Melayu sendiri 'Buta Jawi'. Mengikut ustazah ana yang dulu, orang yang buta jawi ini selalunya buta Al-quran.Contoh lain seperti pengenalan sistem PPSMI. Mungkin perkara ini tak perlu di cerita panjang kerana sudah diketahwi umum.


Ana tak setuju
Ana tak setuju. JIka perkara ini di jalankan di semua sekolah termasuk sekolah Aliran Agama. Sebagai contoh, Maktab Mahmud Alor setar mewajibkan pelajar aliran Sains mengambil 12 subjek. Dan aliran Ekonomi juga 11 subjek. Jika subjek SPM ini dihadkan, maka semua cara pembelajaran yang sedia ada akan terganggu. Ini mungkin situasi di kebanyakan sekolah-sekolah Agama di Malaysia. Jika di sekolah kebangsaan biasa, perkara ini mungkin tidak memberi impak yang besar.

Ilmu itu tak ada had

Ni adalah faktor utama yang menyebabkan ana tak setuju. ilmu itu tak boleh disekat. Jika jumlah matapelajaran dihadkan kepada 10,maka hanya 10 sahajalah matapelajaran yang hanya dipelajari oleh pelajar. Jika ada juga yang belajar lebih, mereka hanya sekadar belajar tetapi pasti tidak akan memberikan perhatian 100%. Kita di Malaysia , kebanyakan pemikiran pelajar kita adalah 'berorentasikan peperiksaan'. Maka, mana-mana matapelajaran yang tidak disenaraikan dalam SPM, pasti akan dipandang 'enteng' dan 'remeh' oleh pelajar.Maka, ini sudah pasti tidak membantu lansung pelajar-pelajar kita.


Pilihan Sendiri

Sekarang ni sapa yang nak periksa? Sapa yang nak SPM? pelajar-pelajarlah! bukannya yang dok cakap banyak tu. Maka biarlah kami sendiri iaitu para pelajar yang membuat pilihan. Pelajar-pelajar yang berpotensi patut diberikan peluang yang lebih. Maka dapatlah kita lahirkan pelajar yang berani menyahut cabaran selain cerdik. Jika kita dihadkan matapelajaran . Samalah ertinya seperti di kurangkan pendedahan ilmu . Maka pelajar kita akan terus terkebelakang dalam persaingan dalam pembelajaran.

Fikirkan semula

Ana harap , pihak kerajaan dapat memikirkan semula dasar yang baru ini yang pasti memberikan kesan yang negatif kepada pelajar,khasnya pelajar-pelajar sekolah agama. Ataupun, kecualikan sekolah-sekolah yang sememangnya perlukan matapelajaran yang lebih seperti sekolah agama.

nota: ini adalah pendapat penulis semata-mata,sekadar pengetahwan dan ilmu yang cetek. WaAllahhua'lam
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.